Wednesday, January 28, 2009

Holaa

sekarang ni sudah agak jarang gua hapdet. biasala gua pun bz jugak. tambah2 lagi nak dekat wedding kakak weekend ni. last week masa balik kampung singgah balik pulau kenduri sepupu gua. kawen dengan orang padang, indon.




tok dan nenek gua sedang makan dengan jayanya...


the cousins & the pakciks makciks...


erkkk budak yang dah tak betol....

so for now gua sedang sangat sibuk dengan preparation wedding kakak gua this weekend. nanti ada kelapangan gua hapdet. tata

Monday, January 19, 2009

So many things to do...

Yet so little time... pendapat gua la. Tapi still 24 hours a day. Cepat ke lambat itu perasaan kita saja. Perasaan gua sekarang ialah terlalu compress. Sekarang kehidupan gua sudah totally different berbanding 18 bulan yang lepas. Anyway congrats M.U.H. Bakri dah jadi drummer tetap depa ke? Atau sekadar sessionist?

Tepat seperti jangkaan gua walaupun gua rasa lan should dapat best vocal perfomance. Tapi nowadays terms indie eh orang pakai. Bukan maksudnya dulu orang tak pakai. Tapi tak secara menyeluruh la. Hemmmm kalaulah masa zaman gua dulu technologies adalah seperti masa sekarang. Computer + internet + creative thinking...we can make good music. Maksudnya bukan masa dulu takdak, tapi penggunaan social network mcm mespes,fesbuk,teg,fenster,fotopejes,feliker,belog (pinjam ayat zariel) dan bla bla bla tidak mengganas macam sekarang. Semua karya-karya kreatif dapat dimarketkan dengan lebih menyeluruh dan meluas lagi la. Teringat lagi masa dulu gua lukih gambaq ayam kena langgaq dengan lori untuk cover 'demo' 1st band gua dulu. hahahahaha.. pastu leh pi jual kat Campbell tu. Ada jugak orang beli ye. Takpalah semua tu dah tinggai kenangan......walaupun menggantung gitar tetapi tetap ku belai hari-hari kalau sempat.....




Sunday, January 11, 2009

Youth'09

Singgah kat M'sia Youth Lifestyle Festival semalam. Lokasi kat PWTC dari 9 sampai 11 jan '09. Macam-macam benda ada dalam expo ni. Bagi yang malas nak klik link, dia macam exhibition lifestyle remaja merangkumi education, entertainment, hobby, sports dan macam-macam lagi la. Dah nama pun lifestyle kan. Tapi macam rugi la tak bawak kamera. Snap pakai kamera fon aja.



Ada booth Hot fm,Fly fm & 8tv. Belinda Chee sangat comel lah. Tapi takda chance nak pose dengan dia. Ada performance dari indie punya talent. Sempoi dan menghiburkan.

Banyak stuff-stuff yang dijual. Pakaian, cd's, accessories, makanan, buku, lukisan dan macam-macam lagi lah. Jumpa mamat ni duk melepak.



Ok la. Gua beli cd KOMPLOT . Memang duk cari pun akhirnya jumpak jugak. Feelin' retro lak.

Tuesday, January 06, 2009

Oh what a day..

Tarikh: 5 Jan 2009
Masa: 7.25 a.m

Dah bangun awai cantik dah. Tetiba on the way tayar belakang buat hal. Benti tepi jalan, memikirkan apa nak buat seterusnya. Letak helmet jap kat side mirror. Lori besar gedabak lalu. Habih jatuh aku punya helmet. Pecah visor (betulkah ejaan???) helmet aku. Keputusannya...belasah jugak bawak sampai opis. Kelepak kelepuk bunyi tayar. Orang semua pandang ja.




Oh nasib ku di hari Isnin...

Thursday, January 01, 2009

Salam Tahun Baru


Selamat Tahun Baru.....semoga kita akan menjadi lebih success pada hari-hari yang mendatang. Bagi gua 2008 boleh dikira sebagai achievement la bagi certain things.

1. Kesihatan mak semakin pulih. 1st time ever dia admitted kat wad.
2. Complete master.
3. Menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia segmen Doktor & Anda (9 Sept. 2008) hehehehe poyo
4. Menjadi tetamu Radio Bernama segmen Kesihatan. hehehe poyo eh.
5. Artikel gua keluar kat Utusan Malaysia 23 Sept. 2008.
6. Akhirnya dapat jugak kereta idaman gua.
7. Menulis blog balik.

dan bermacam2 lagi la benda2 yang terjadi. Insyallah semoga tahun ni akan menjadi lebih success bagi kita semua.