Thursday, December 31, 2009

My Destiny

Alhamdulillah.... 1st posting sebagai suami. Aku telah selamat menjadi suami orang weh. Teruja dan terasa satu tanggungjawab besar yang sedang dan perlu aku galas sehingga akhir hayat aku. Insyallah. Sangat-sangat terima kasih kepada kawan-kawan yang mai kenduri di Bagan Serai last week. Axim.. gambaq yang hang ambik tuh memang cun...

So... what's next? Semoga aku dapat menjalankan kehidupan dengan lebih bahagia lepas nih. Insyallah. Gambaq mana ?................... Nantilah aku haplod. Tapi ada segelintir yang telah dihaplod oleh encik axim kat FB. Sapa-sapa yang nak tengok cari aku di FB ye... pesticyde@yahoo.com

Lusa (2 Jan 2010) kenduri di sebelah rumah aku pulak. Sekarang nih memang penat weh. Ke hulu ke hiliaq angkut tong, susun pinggan,lap cermin, pi beli barang-barang kat kedai. Memang la aku pengantin kan tapi takkan nak hayun t***q kat rumah kan tanpa membuat sebarang pekerjaan.

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2010. Semoga hidup anda menjadi lebih bahagia berbanding 2009. Hidup mesti terus beb.... Chiow

Thursday, December 24, 2009

Cacamarba

Sekarang ni aku posting pun jenis letak 2-3 keping gambaq aja. Haish....
Oh ternampak sepasang kasut ni kat dalam FO apa ke nama ntah kat Jalan Dago itu hari. FROGS? i tot crocs


.......
.......
.......
.......


Weekend yang lepas once again pi Nilai 3. Aku rasa sapa-sapa yang nak kawen mesti akan mai sini kan nak survey/beli barang-barang. Ni yang aku rasa la.... kalao hangpa nak kawen tapi tak mai sini tu hangpa punya sukalah. Noticed kedai nih.... punya la nak promote suruh orang pi shopping kat kedai dia....

Friday, December 18, 2009

Jemput Ye

Dengan rasa rendah hati... saya menjemput semua rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya yeh. Nun jauh di utara sana. Kot-kot la yang ada tersesat sampai ke Perlis pada tarikh tu jemput la.


....
....
....

*nerves !

Wednesday, December 16, 2009

CAPEK

ya... last week aku ke Jakarta & Bandung. Jalan-jalan shopping perabis duit. Dan aku memang tak larat nak buat entry pasal trip kali nih. Anyway aku akan menjadi suami orang kepada gadis yang tercomel di dunia pada pandangan mata aku lah 27 Disember nih. Nanti lah aku upload kad kawen kat sinih.
...
...
...
...
...

Letih gak eh nak kawen nih!?

Sunday, December 06, 2009

MASTRO

Tergelak aku apabila ternampak remote nih kat kedai mamak dekat umah aku.

Thursday, December 03, 2009

Oh

Amboih Kak Pah..dah bukak kedai nasik kandaq la nih.

.........

Me & Datuk Sharifah Aini


*Kedai nasik kandaq tu takdak kena mengena langsung dengan Kak Pah. Terjumpak masa pi Penang arituh. Sekian

Saturday, November 28, 2009

Pissed Off!!

Ish apa ni di Hari Raya Korban yang mulia ini duk pissed off pissed off nih. Tapi betul la recently ni 3-4 benda yang membuatkan aku pissed off! Atau dalam bahasa kampung aku " rasa macam nak terajang orang!"


1. Balik kerja tengok-tengok dapat surat pink TNB "Arahan Pemotongan Bekalan Elektrik"
Beruk makyeh betul penyewa umah lama, boleh dia tak bayaq 2 bulan punya bil. Habis malam tu aku bermalam dalam keadaan panas dan sexy. Hahaha. Terus mengadu kat tuan rumah and thanx God dapat claim dari dia.... Kepada brader cust. service TNB PJ, sori sebab aku maki hang walaupun aku tau benda tu bukan salah hang.

Lagi 2-4 benda yang buatkan aku macam nak tetak leher orang tu malas la nak cerita. Ini adalah disebabkan aku yang Pissed Off!!!!

*pic taken from bijikline.blogspot.com

Thursday, November 19, 2009

Menghilangkan Diri??

Oh tidak... saya masih di sini. Bulan November terlalu pack buat saya.

1. Saya pindah rumah. Bila masuk rumah tu memang macam Cibai. Bongok punya penyewa
lama. Kata famili..anak 3 orang. Rumah dah macam rumah sampah! Gampang sialan. Rumah
saya masih dalam proses make-up but not so over.

2. Ke sana ke mari memenuhi tuntutan tugas. Betullah.. aku tak tipu.

3. Benda penting dalam hidup saya. Nanti saya akan umumkan. Chekidaut bebeh!

4. I love to express my feeling/emotions here. Saya nak hapgred lah agar tempat ini menjadi
lebih nampak cantik dan advanced sikit. Therefore.... aku suka meneliti website-website yang
menawarkan info tentang dunia IT,Graphic,Tricks dan macam-macam lah!

Jumaat nih nak pi tengok Semi Final Musik Musik. Terima kasih atas jemputan kamu itu.

Wednesday, October 28, 2009

Rutin

Hari Bekerja...

6.30 a.m bangun-Subuh-Mandi... bla bla bla

7.15 a.m merempit ke ofis. kalau drive kul 7 dah kena keluaq (15 minit yg memberi impak yang sangat besar)


8.00 a.m kerja..kerja..dan kerja.. sampai kul 5.00 p.m

5.45 p.m sampai umah... tengok tv... zzzzzZZZzzzZZZzzz
(ishh tak baik betul tidoq petang2 nih)

8.30 p.m lepas solat mandi apa semua.. kalo rajin keluaq cari makan. kalao tak makan je apa
yang ada kat dalam fridge tuh...

10.00 p.m tengok tv...intenet...merapu...

1.00 a.m @ 2.00 a.m ......zzzzzzZZZZZZZZzzzzzzz.

....dan begitulah hari-hari berikutnya. Kalau outstation lain la pulak kan. Begitu juga kalau hari cuti. Semua macam sama ja kan? ~sigh~

Monday, October 19, 2009

Pooojaan hatikooooo

Fuhh... awak ni cantik la. Agak-agak bila kita boleh jadi couple??

Wednesday, October 07, 2009

Ambacang dalam Kenangan..

Ya Allah...Hotel Ambacang yang pernah menjadi tempat persinggahan kami sekeluarga sedikit masa dahulu musnah sama sekali...

Disember 2008

Bersama Pak Novra (Baju Hitam). Semoga Bapak dan keluarga selamat.


Bellboy yang menjadi idaman cousin aku. Semoga anda dan keluarga jugak selamat.


......
......
......

September 2009





gambar dicedok dari sumber-sumber berikut:

http://antara.co.idberita
http://www.detiknews.com

Wednesday, September 30, 2009

Ada ni..... Saja tak dak entry baru

Assalamualaikum. Gila best betui raya aku taun ni. Macam-macam aku yang aku makan dan lakukan. Lepak dengan member-member sampai lebam, makan tak yah cakap la, main merchon lagi kedepum kedempang, main futsal sampai lembik lutut, BBQ di rumah baru kawan aku lagi. Macam-macam la buat sampai aku rasa tanak balik ke ibu kota dah. ..but life must go on.


My grandpa...At my makngah's house.... bukit kat belakang tu nama dia Bukit Chuping.

Futsal 2 jam tanpa henti menyebabkan lutut kami semua bergetar-getar...


The act of levitation..


Hanya aku dan azzad (baju biru) masih bujang.......... at least for this year. Next year semua dah kawenn..... ceyyyy pandai-pandai aku aja..

Friday, September 18, 2009

DAH NAK RAYE WOI......

Enjoy your hari raya folks. Aku dah nak pulang ke Kangaq, Perlis dah ni. Woissshhhh tak sabaqnya nak makan nasik tomato ayam merah nenek aku buat di hari raya pertama. Hehehehe memang tiap-tiap taun dia dah tau mesti aku nak makan yang itu aje kalau pi ghumah dia. Mak aku punya laksa perhhhhhhhhhhh kapowwww debush debum debum debam sedap gilaaa gilaan. Eh cakap banyak pun tak guna. Kita berjumpa lagi. Insyallah seminggu lepas raya. Byeeee...

*gambaq pelita tu aku jumpak kat http://royalpattani.blogspot.com

Wednesday, September 16, 2009

Thanks H

Nak balik jauh ni kena la servis dulu. H perlu diservis sebelum memulakan perjalanan jauh. Ini kali yang ke-2 aku datang servis kat sini. Before this ada la kat area-area rumah aku jugak. Tapi yang ni la yang paling best dan aku sangat-sangat berpuas hati. Saja nak share pengalaman aku.

Sebab dah booking so orang memang tak ramai la time aku pi. Bersih, nyaman dan selesa. Layanan memang tip top la.

.....Sementara nak tunggu kereta siap lebih kurang 2 jam, aku turun bawah pi bilik AV namanya. Best gilak. Internet punya la laju. Bayangkan baru je nak kuarkan laptop dari beg, dah dapat line. hahahahah saja ja over sebab nak menjelaskan betapa lajunya internet kat sini. Kalau yang lupa bawak laptop leh je pakai pc yang disediakan ni.


Tak lama pastu layan dvd lak. Pehhhh best gilak! Sound macam dalam panggung. Betul beb tak tipu. Best. Dengan diiringi sofa yang empuk nih. Tak lama pastu aku pun terlentok dan sedar-sedar aja telefon berbunyik kringg... kringg... kringg.. "Encik Sepul, u punya kereta sudah siap"
Lepas setel amik resit dapat free gift, air minum Ala Fonte.. Untuk Kesegaran Yang Berpanjangan. Tak cukup dengan itu, dapat pulak kad raya, sun shade dan paper beg nih. Ditambah lagi dengan kemanisan wajah awek cashier yang menggoda itu membuatkan aku macam nak ajak dia pi Pasar Ramadhan kat TTDI... tapi tak ajak pun. Mak encik cekik aku mampusss

Memang aku puas hati la sebab rasa sangat selesa dan aman damai sepanjang aku servis kereta nih. Jauh beza dengan cara pengeluar kereta lama aku dulu. Terima Kasih H.

Wednesday, September 09, 2009

Pernah Makan Tak?


Got this from Pasar Ramadhan Bandar Baru Bangi. Menarik bukan? Bagi yang pernah makan atau jumpak takpa lah. Bagi aku ni 1st time aku makan pulut udang yang betul-betul ada udang besar kat dalam tuh. Sedap gak.

Friday, September 04, 2009

NGERI & SADIS

Pagi tadi masa aku nak turun dari rumah nak pi opis, tiba-tiba sesak ja orang kat tingkat bawah umah aku. Aku tengok siap ada garisan polis yang kaler kuning tuh! Mak ai... aku dah cuak dah. Aku tanya la pakcik sorang ni yang baru balik dari masjid.

"Awat ni pakcik?".....
pakcik tu jawab "Cina ni kena bunuh.. bergaduh pagi tadi"

.......

Pehhh... melopong kejap aku. Camna ni, umah diorang ni betul-betul di bawah umah aku. Tapi agak kejam dan sadis jugak la. Aku boleh pulak nampak mayat dia siap berdarah-darah lagi kat lantai. Adoii.... rimas betul aku. Masa tu memang ramai orang yang berkerumun kat depan umah cina tu.

Banyak gila darah kat lantai... adussssssssss


Dengar cerita lelaki yang mati tu tinggal dengan bini dia kat umah tu. Pastu ada 2 orang kawan dia datang, pastu tak puas hati apa ntah bergaduh-gaduh time nak dekat-dekat abis sahur. Masa tu memang aku tak sedar langsung. Biasa la tidoq lentok tak ingat apa dah. Ish.. sekarang ni hati
kecil ku macam-macam duk fikir. Macam mana nak tidoq malam ni?????

Ya Tuhanku... kuatkanlah hati hamba mu ini. Amin.....

* gambar diatas diceduk daripada google images.
http://amirtaufiq.com
http://3.bp.blogspot.com
http://2.bp.blogspot.com

Friday, August 28, 2009

Rezeki..

Lokasi : Restoran Pannaz, Damansara Perdana. CLICK HERE
Aktiviti: Buffet Buka Puasa
Harga : RM32.90

.....
....drinks station
.... BBQ Station

....
....
....
...
...
... ada lagi 3-4 jenis makanan, macam malas nak snap sebab aku nak menumpukan perhatian untuk berbuka puasa. ice cream, cucur udang, kuih lapis and so on....

Worth it dan nice!



Monday, August 24, 2009

Baru-baru ini

Ya.. baru-baru ini perkonvoan aku telah berlangsung dengan jayanya. Sehari sebelum entry cousins day out tuh!... Banyak sangat pic dan aku malas nak upload banyak. Kepada sapa-sapa yang rajin singgah sini.. tak kiralah bangsa dan agama apa sekalipun marilah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan ini dengan penuh rasa syukur dan gembira.

~ Tinggal satu level ja lagi... gila mampukah aku? Rileks dulu kot.. nanti aku proceed. Apa aku membebel ni ha?

Wednesday, August 19, 2009

Cousins Day Out

Lama tak hang out dengan cousins. Ahad 16 Ogos 2009 (ye, day after konvo) kebetulan kawan Nad buat housewarming kat Tropicana. Dah sah-sah orang kaya kan? Bukan senang nak dapat masuk rumah orang kaya nih. I follow!!


Huh..... bila la tempat tengok tv aku nak jadi macam nih.

...... tak boleh letak gambar banyak sangat on the net nih. Memang tour satu rumah tu atas bawah lah. Modern kontemporari. Cosy.. On the way back singgah kat Tropicana Mall. Just because of this things.

Notice the sign of this coffeeshop and look at how was my cousin's reaction! Actually not him only la... aku & Nad pun sama ternganga. Aku rasa semua orang yang lalu kat area Tropicana Mall ni pun sama la. Bad Ass. Hahahaha gila cool punya nama.


Ala-ala starbucks jugak. Got merchandise also but bloody mahal la. Murah lagi HRC.


This is monkey mocha. Ok la not bad. Then we headed to Bangi...then back to Bukit Mahkota. Tapi on that nite, this beverage membuatkan our ass became bad lah!