Sunday, October 31, 2010

Tuhan yang menentukan

Jadi beginilah..... Manusia mampu merancang namun Tuhan jua yang lebih berkuasa untuk menentukan segala-galanya.

1. Rancangan ke Muar- JB- USS S'pore dibatalkan di saat-saat akhir tatkala aku dalam kelajuan hampir 110km/j meluncur melepasi Tol Sg. Besi. Takpalah mungkin ada hikmahnya.

2. Rancangan ke Kuala Selangoq berjalan lancar. Menarik juga scenery di waktu pagi tapi malangnya sangat tidak banyak gambar diambil.

3. Sudahnya melepakkan diri di samping aunty dan uncle tersayang di BM. Nantilah aku letak gambaq. Malas nak edit di hari minggu ini.

Friday, October 29, 2010

Ke sana dan ke mari

Oh... hujung minggu yang sungguh hectic...

Malam ini ke Kuala Selangoq, got program pagi esok. Kalau sempat menyinggah ke Riverview, Pasir Penambang.



After program pagi esok heading to Muar then ke JB. Plan nak ke Singapore. Tapi baru dapat taw wanita mengandung 7 bulan ke atas are restricted to enter Singapore. Jadi kisahnya hancur berkecai impian nak ke USS. Mungkin ada hikmahnya.

Aku kepingin gila nasik beryani yang sedap mantap panas. Insyallah harap-harap akan dapat menikmatinya. 

Aku tengok mostly blog my frens duk update pasal percutian depa. Hnsssshh ! Takpalah kena banyak bersabar. Mungkin ada hikmahnya setiap kejadian yang berlaku.



Still haven't decide a name for my Jr.

Monday, October 25, 2010

Sewaktu ini

  • Semakin terasa aura keamanan di dalam hati kecilku. Barang yang lepas usahlah dikenang. Move forward. I may FORGIVE u, but i won't FORGET. Kih kih kih cakap orang putih !

 http://growabrain.typepad.com/growabrain/peace/

  • Semenjak dua menjak ni aku dah makin aktif bertweet. Rupanya memang addictive sungguh.  Lebih menarik dari FB i guess.
  •  Pembinaan menara Warisan Merdeka terus mendapat bantahan yang sangat hebat dan dahsyat daripada segenap lapisan masyarakat terutama di Facebook. Aku rasa jika Facebook wujud semasa kerajaan nak buat Putrajaya / Menara KLCC / Litar F1 Sepang dan pelbagai projek mega yang lain mungkin keadaan akan sama dengan apa yang sedang berlaku kini kepada menara Warisan Merdeka ini.
  • Betul kata orang-orang tua. Rezeki anak. Alhamdulillah rezeki kurniaan Nya semakin murah dan banyak masalah yang sudah dapat diselesaikan.

Friday, October 22, 2010

sex

Aku perasan bahawa semakin banyak iklan sebegini rupa digantung di merata-rata tempat. Terbaru betul-betul di hadapan simpang memasuki rumahku. Shit !



Sapa rasa dia desperade @ horny 24 jam.. silalah. PERVERT!

Monday, October 18, 2010

FK

Terletak di salah satu ceruk jalan di Seremban.





Apa agaknya perniagaan yang dijalankannya? Kepingin sekali aku mengetahuinya.

Tuesday, October 12, 2010

Waddafrak??

Situasinya begini...

Aku kahwin Januari 2010 atau lebih tepat lagi kenduri di rumah aku pada 2 Januari 2010. Setiap majlis perkahwinan mestilah ada fotografer kan? Atau lebih tepat lagi individu yang telah diupah untuk menjalankan kerja-kerja mengambil gambar dan menyiapkan album perkahwinan. Itu spesifikasinya yang telah dipersetujui oleh pihak pengantin dan si fotografer.

Soalannya........
Jika sampai ke hari ini... ya hari ini, masih belum dapat album tersebut apa reaksi hangpa?



Tapi itulah yang terjadi kepada aku.


By the time now, I bet that the fucking so called photographer wanted to taste so badly my version of "total annihilation to others". Ok now u officially asked for it !

I'll elaborate more on my next posting...

Friday, October 08, 2010

Malacca.. in the eyes of enciksepul

Dah banyak kali rasanya ke Melaka. Hampir tak terkira. Termasuklah kunjungan yang terbaru sekitar 3 minggu lepas.

Kata orang Practice Makes Perfect.... yang penting jangan malu bertanya. Tak kiralah betapa hebat pun kamera dan lensa yang anda miliki. Yang penting terus rajin mencari ilmu dan praktis.
 




"Di Melaka, beca sangat popular dan tidak perlu mencari-mencarinya kerana apabila sahaja masuk ke Banda Hilir, pasti pengunjung sudah ternampak beberapa buah beca sepanjang Banda Hilir ."
Utusan Online 3 Ogos 2010 






A Famosa, or "The Famous" in Portuguese, is one of the oldest surviving remnants of European architecture in Asia. 



Bayaran masuk ialah RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.


Jonker Street, houses some of the MelakaĆ¢€™s oldest dwellings or houses dating back to the 17th century, is also informally known as the antique street.
http://www.amazingmelaka.com/2006/01/29/jonker-street-jalan-hang-jebat/



Marilah makan aiskrim bersama saya.
Sekian terima kasih.

Wednesday, October 06, 2010

Makanan Orang Kaya

Makanan orang kaya pada hemat aku jenis yang simple-simple. Takdak deco yang over. Pinggan putih yang over size. Sama ada berbentuk bulat mahupun lain-lain bentuk. Satu lagi dari segi namanya... panjang dan susah nak sebut bagaikan nama sejenis molekul untuk bahan kimia atau pun terms anatomy. Dan akhir sekali sudah tentulah harganya.


Siapa setuju boleh terus membaca. Bagi orang kaya yang sedang membaca blog ini, ia hanyalah sekadar hemat aku sebagai orang kebanyakan yang berpeluang merasai nikmat makanan orang kaya di tempat yang sangat mewah. Oh ini bukanlah hendak menunjuk-nunjuk. Ini sebagai coretan rasa ku.



Inilah maksudku........ Makanan secipot saja.


 Dan menggunakan pinggan berkaler putih.


Harga bagi sepotong daging di atas pinggan ini adalah sangat-sangat di luar kemampuan aku.


 Begitu juga dessert ini. Secepeloet ajo.

Namun apa-apa pun aku bersyukur atas rezeki Nya. Dan juga kepada individu yang telah sudi membayarkan harga makanan yang telah dimakan oleh aku dan makencik tempoh hari di sini....



Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai makan di sini, aku dan makencik singgah di Restoran Al-Madina, Mutiara Damansara dan makan dengan lahapnya.

Monday, October 04, 2010

Aku dan Dia...


Aku tak bermaksud untuk melukai hatimu
Aku tak berniat menduakan dirimu
Aku tak sanggup melihat kau derita kerana ku
Aku tak bisa biarkan kau melara kerana ku


Namun, kau harus mengerti bahawa antara kita sudah tidak punya apa-apa
Bebaslah kau terbang mencari arah kehidupanmu

Ternyata antara kita sudah tiada apa-apa lagi
Anggaplah semua yang berlaku dulu sebagai kenangan terindah dalam hidup kita











Oh Lisa Surihani, mintak maaf kerana aku dah berkahwin.