Sunday, November 28, 2010

Aku dan Keropok

Keropok merupakan makanan ringan. Ia sangat lazat dan rangup. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, keropok yang ingin diutarakan ialah dalam konteks keropok yang ada pewarna yang dijual di kedai runcit seperti tuistis, kontos, cikedis dan sebagainya.

Ketika kecil sekitar sekolah rendah saya gemar memakan keropok ini. Antara yang menjadi kegemaran super ring, cikedis dan kam-kam. Fuh memang lagenda la. Kehidupan kini di kotaraya yang besar membataskan aku untuk bertemu lagi dengan keropok yang telah disebut tadi. Namun demikian, bila balik ke kampung pula, tak banyak dah kedai-kedai runcit kampung yang menjual keropok ini. Aku rasa kam-kam telah pupus begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangannya.

Baru-baru ini di sebuah pasaraya mini di Seremban 2 dengan tidak semena-mena aku telah berjumpa dengan keropok yang boleh diangkat sebagai khazanah negara dan sangat lagenda. 



Ya itu dia keropok durian. Gila lama tak jumpa dan tak makan. Teringat lagi masa sekitar darjah 3 Merah (tahun 1990), balik sekolah petang pi mengaji Al-Quran masa rehat mengaji beli keropok ni kat gerai sebelah madrasah. Masa tu ada pek kecik yg berharga RM0.20 setiap satu. Gila macho habis siot dapat makan keropok ni time tuh. Rasa macam kawan-kawan cakap "Fuiyooo gile ahh enciksepul makan keropok durian, hebatlah, hensem sangat !" Begitulah perasaan yang menggambarkan betapa lazatnya keropok ini.

Kini setelah hampir 20 tahun aku bertemu semula dengan kau wahai keropok durian.




Aku syak suatu hari nanti Umar Shadiq turut menggemari keropok seperti mana abahnya ketika kecil dahulu.

Wednesday, November 24, 2010

Demi sebuah kelangsungan hidup

Takdak tajuk yang menarik yang hendak diberikan. Ketika ini makencik masih dalam proses berpantang dan semoga dapat dijauhkan perkara-perkara yang tidak diingini. Umar Shadiq pula semakin nampak peel nya. Tapi alhamdulillah, tak banyak ragam sangat. Menangis bila nak susu. Lepas tu tidoq balik. Pastu berak. That's the cycle so far.

Aku memainkan peranan sebagai supporter yang melakukan perkara-perkara bagi memudahkan kedua mereka sepanjang proses berpantang ini. Perlu sangat-sangat banyak berSABAR. Karenah mereka harus dilayan. :)

Lately, aku semakin addicted dengan twitter. In fact semakin jarang aku update status kat FB. Padahal aku memang jenis jarang update pun. Suka komen dan tengok status/gambaq orang saja.

Petang tadi tetiba kat twitter geng-geng merapu aku boleh duk bercerita pasal Dr. Rambut Cendawan a.k.a Dr. Rozmey. Kah kah kah memang lawok nak mapuh. 

Terus aku google dan jumpa blog yang sangat gampang lawaknya. Maksud aku memang kelakar habis. Aku boleh gelak berdekah dekah sampai keluaq ayaq mata. Hehehehehe. Serius beb, memang lawak penulis blog ni. Lu best la bro. KLIK SINI.

Petang tadi memang meriah la kat twitter ku. You alls make my day la geng.

Buat masa sekarang ni aku tengah gigih memerah otak !

Saturday, November 20, 2010

Hari Itu Telah Tiba

Mengikut ramalan doktor, 23 Nov 2010 sepatutnya makencik melahirkan zuriat kami. Kuasa Tuhan siapa yang boleh menidakkannya? Bila masa dia nak jadi, maka jadilah ia tanpa ada sebarang sekatan langsung. Sehari sebelum itu kami bermalam di rumah akaknya di Seremban 2.

Ketika aku sedang nyenyak tidur lepas subuh sekitar jam 8.00 pagi, kakak makencik terus saja kejut aku
"enciksepul, enciksepul...makencik dah pecah ayaq ketuban kat dalam toilet nuh ! "

Zus zas zus zas.... aku dan makencik telah berada di Dewan bersalin Hospital Putrajaya.

Selesai register semua, tunggulah sang suami di luar sementara petugas disitu mengecheck makencik.

Selepas 3 jam....




Beliau keluaq dengan senyuman dan cakap " dah terbukak 3 cm". Ok so bersedialah kami. Masa tu lapaq memang lapaqlah, tapi tak leh nak makan sebab ntah la. Aku bagi makencik roti gardenia plus ayaq mineral. Sambil mulut aku tak henti-henti berdoa.

Time tu beliau boleh keluaq on-off lah daripada bilik rawatan itu. Aku pulak lepak kat tempat menunggu.



Berikut dipaparkan elektronik info. senarai status ibu yang dijangka bersalin pada ketika itu.

Menjelang Maghrib, beliau pun dimasukkan ke dalam labor room. Masa ni hanya Tuhan saja yang tahu perasaan beliau dan perasaan aku. :)


After 2 jam lebih menunggu, doktor decided to do cesarean dalam usaha untuk menyelamatkan bayi. Kami setuju.

Tatkala beliau dibawa ke OT, aku menunggu di ruang menunggu mulut aku tak henti-henti berdoa, berzikir dan sebagainya.
Alhamdulillah, tak sampai 45 minit, doktor called cakap dah selamat semuanya. Baby ada kat Dewan Bersalin. Terus pecut ke Dewan Bersalin.

"Awak suami makencik ye?, itu baby awak".



Alhamdulillah. Sungguh indah ciptaan Mu Ya Allah. Eksklusif. Ini adalah gambar pertama zuriat kami.

Makencik pula terus dibawa ke wad 2B. Selesai tanggunggjawab ke atas zuriat, aku bergegas ke sini dan terus tunjuk gambaq our baby. :)

Terpaku dan semacam tidak percaya. Rasa macam baru semalam pertama kali aku jumpa makencik kat platform 3 di Puduraya pada 26 Mei 2004. Nostalgik. Kini pada 13 Nov 2010 dah ada zuriat. Ini semua ketentuanNya. :)

Hampir 3 malam kami berada di sini, alhamdulillah doktor lepaskan kami keluaq. 



Sepanjang berada di sini, ramai kawan-kawan mai melawat. 

Terima kasih Lily,Nurman dan Nyla. 
Terima kasih Illa dan Fida.
Terima kasih kepada kawan-kawan makencik.
Terima kasih kepada doktor-doktor & nurse.
Terima kasih kepada makcik cleaner.
Terima kasih kepada akak tukang hantaq makanan.

TERIMA KASIH KELUARGAKU & KELUARGA MAKENCIK.

Kalian sangat ku hargai. Hanya Tuhan mampu membalas jasa kalian.

Aku harap kami sekeluarga akan bahagia hingga ke akhir hayat. Tahun depan dapat baby lagik?

MENJERIT makencik kat aku !!!   hehehehhee...

Thursday, November 18, 2010

There goes a new chapter in my life

Alhamdulillah makencik dah selamat melahirkan babyboy yang sihat di Hospital Putrajaya pada 13 November 2010 (Sabtu) jam 10.35 yang lalu. Nanti aku updatekan details. ;)

From now on...... everything for u my son. Oh nama dia ialah Umar Shadiq.









Friday, November 12, 2010

Kedai Makcik Pot Pet

Minggu lepas sempat ke Felda Kratong 2...nun jauh di pedalaman Pahang untuk makan kenduri. Kena pi jugak sebab ex-housemate makencik aku yang kawen. Since depa memang closef rens sejak dari UiTM days lagik. Melalui jalan Kuala Pilah. 1st time aku sampai ke sini. What to expect? Felda anyway. Aman damai tenang dan sedikit panas.


Lepas memakani makanan kenduri balik sempat singgah kat warung makcik ni. Kenapa tajuk post ni sedemikian rupa? Ya kerana makcik ni saaannnggaaattt kuat pot pet pot pet. Tapi dalam konteks yang mesra la. Ala orang tua-tua yang bercakap tapi macam nak bergaduh tu. Paham? Yang lawaknya dia punya dialek nogori saaanggaattt la pekat. Sampai aku sendiri termanggu-manggu.


Tapi syiok la makcik ni. Sempoi dan lawak. Plus, kuih muih kat kedai dia pun lazat dan rangup. Kedai dia pun sangat strategik, betul-betul kat kepala simpang nak masuk ke jalan apa ke nama ntah. Tapi strategik la.


D'Simpang nama diberi. Ya la sebab kat simpang.

Khusyuk menggoreng. Aku sempat duk kacau makcik ni. "Haa goreng apo tu mokcik?"... "Eh ekau ni poie makan nuu, kacao orang ajo kojonyo"..ujar beliau.


Ni pula seksyen anak-anak dia duk meniaga.


Maso eden nak amik gambo ni makcik ni kato " Eh ekau ni apohal pulak nie nak amik gamba aku heiiii".. 
aku bilang..."Ala nak masuk dalam internet, nanti makcik dan kedai makcik femes. Haa baru makcik tau"
Yang berbaju biru tu akak ipar eden. Dio pun ikut sekali poie makan konduwieee.


Tapi kan, macam mana tetiba aku boleh mesra dengan makcik ni walaupun dia jenih pot pet pot pet. 
Haaa, inilah puncanya. Kerana sebotol ayaq botol kampung  (orang kampung aku panggil ayaq menet). 


Aku mintak botol ni nak bawak balik, tapi dia tak kasi. Dia cakap nanti kena bayaq duit lagi kat pembekal. Aku cakap takpa aku nak bayaq duit tambahan untuk botol ni. Dia tak bagi lagi. Start dari situ la yang aku duk kacau dia duk cakap Makcik ni cantik la macam Erra Fazira, Makcik ni sexy la macam Pasa Sanda, kalu makcik datang KL saya bawak makcik jalan-jalan KLCC dengan Zoo Negara. Tergolak bosau dio dan anak-anak dio. 

Hehehehe... last-last kacau punya kacau dapat la aku bawak balik botol ni bagi menambah koleksi botol yang aku kumpul.

Saturday, November 06, 2010

KL Photography Fest 2010

Kan kata nak pi Muar -JB kan? Lepas saja tol Sg. Besi aku saja gatai try call my superior suddenly
 " Sepul, hang tak yah mai la.. event until 2pm sajo"
 Aku : "Lah..dalam surat kata sampai 6pm, saya duty petang"
Superior: "Takpa takyah mai"

-DANGG-


Ok sementara masih berada di atas highway jom exit Bukit Mahkota lah.. lagi baguih.. Jadi duduklah di situ sampai hari Ahad.

Then hari Ahad masa nak balik rumah singgah ke MValley. Aku amat pasti bahawa inilah kunjungan kami yang pertama sejak kami bergelar suami isteri. Dan hampir pasti 3-4 bulan sebelum kami berkahwin. Punya nak cakap lama kan. Elleh bukan ada effect apa pun kalo 10 tahun pun tak mai MValley.

Jadi disinilah kami ke KLPF 2010.



Menarik, since banyak ilmu dan latest tech berkaitan foto. Barang-barang kamera pun jatuh murah harganya. Walaupun harga sebijik kamera masih kekal seperti biasa. Cuma bila ada karnival macam ni bila beli barang tu dapat la banyak free gift, pastu leh daftar jadi ahli kelab dan ada tutorial percuma.


Banyak fotografer datang dengan kamera besaq gedabak serta pelbagai aksesori tambahan. Kagum dan teruja melihat gelagat mereka.


Ada jugak booth-booth yang menampilakan model yang sedang beraksi. Lantas ia menjadi tumpuan berpuluh-puluh lensa dengan cahaya kemilau.


Booth -booth yang turut serta juga menampilakan kelainan dan kreativiti dari segi penampilan. Nampak sempoi je mamat nih.


Kamera ini kaler putih..... errr so?


Hmm... agak-agak berapa harga lens gajah ni?



?


Teropong Do Re Mi


Nak beratoq untuk mendapatkan servis percuma ini alahai... sangatlah panjang. Terus tak jadi. Aku tengok hanya NIKON yang menyediakan perkhidmatan percuma ini di sini.


Pelbagai komuniti foto turut serta. Bagus untuk mendapat networking.

Booth yang menampilkan model yang cantik molek memang menjadi tumpuan ramai termasuklah aku. 



"Hai enciksepul, i really like to read your posts in your blog. " amoi ni berkata .





Amoi ni nampak begitu tidak bermaya dan not very camera frenly i guess.


Tapi ini amoi aaaa... sudah buat gua tangkap cintan sama lu aaa amoi.. 


Amoi ni pun sampaikan aku takda spot menarik untuk snap dia.


Jadi begitulah yang terjadi sekitar minggu lepas. Bagi penggemar fotografi yang berkesempatan tak rugi rasanya mai ke festival seumpama ini.

Tata...

Wednesday, November 03, 2010

Riverview Kuala Selangoqs

Dalam masa sebulan ni 2 kali aku pi Kuala Selangor. Satu dengan memba-memba and satu lagi atas urusan rasmi. Lama jugak tak buat entry berasaskan tempat makan. Banyak sebenaqnya tempat makan yang menarik serta unik yang aku sempat explore kebelakangan ni. Setel yang ni dulu lah.


Sampai ja ke Kuala Selangoqs terus saja ke Pasir Penambang untuk ke Riverview. Sebuah restoran yang menyediakan makanan laut yang sangat lazat dan rangup. Google saja Riverview Kuala Selangor, nescaya pelbagai info dan peta yang lebih tepat untuk saudara-saudari sekalian untuk ke sana.


Walaupun terpampang logo Tiger Beer, namun ia hanyalah sekadar papan tanda kerana kami tidak meneguk hatta mengorder walau setitis air haram ini.


Mula-mula sampai lebih kurang jam 8 malam orang tidaklah ramai. Tapi lama-kelamaan semakin ramai pula especially orang Islam.


Makencik layan FB sementara menunggu lauk-pauk yang telah diorder untuk sampai.


Ayaq pres oren serta laici. Dan sambil itu terus sabar menanti killer menu di sini...



 Itu dia Chinese Bread yang aku syak menjadi pujaan pengunjung ke sini. Aku dapati hampir semua meja yang di occupied oleh pelanggan mempunyai roti ini. Rasanya sungguh rangup serta berkhasiat. Penuh dengan vitamin semulajadi dan segar dari New Zealand. .... 

Banyak jugak yang aku tambah. Ia sungguh panas dan lembut serta sesuai dijadikan menu untuk minum petang di samping rakan taulan mahupun orang tersayang.


SAYA DAH MAKAN CHINESE BREAD... 
ANDA BILA LAGI ?!!! 
dalam nada iklan Tongkat Ali Power Root yang menang hadiah tu...



Ini pun tak kurang hebatnya juga. Siakap stim lemon. RM28. 



Juga tampil dengan hebat ialah Baby Long Bean goreng ni. Kelazatannya hampir membuatkan saya jatuh pengsan dan angau dek penangan masakan ini.


Selesai makan kami pun beredar dari situ serta terus saja menuju ke De Palma Kuala Selangor. Gambar menunjukkan ia di siang hari kerana gambar diambil keesokan harinya. Namun dirangkumkan seolah-olah menjadi seperti sequence. Harap kalian memahami.




Hotel ini sedikit mengecewakan aku secara peribadi kerana harganya yang sedikit mahal berbanding kemuudahan serta keadaan bilik yang ditawarkan. Menu sarapan pagi juga hanyalah nasi goreng, bihun goreng, sosej serta konflakes masuk angin. Waddafrak?

Mula mula aku ingatkan hotel ini berbentuk bangunan yang tinggi namun keadaan ala-ala resortnya membuatkan aku sedikit kecewa. Silap aku jugak kerana tidak melakukan kajian yang mendalam serta pemerhatian khusus sebelum menempah hotel ini. Rupanya sangat banyak hotel di pekan Kuala Selangor ini. Cuma ia tidak dinyatakan dalam tepat di dalam google.




Memburukkan lagi keadaan kami mendapat unit yang agak jauh dari bangunan utama lobi. Bukan ramai pun yang check-in malam tu tapi petugas di situ tetap bertegas memberikan unit yang jauh ini. Dahla mak encik aku sarat mengandung. Esok pagi tu terpaksa meninggalkan beliau seorang diri lebih kurang 4 jam kerana aku ada urusan rasmi di Taman Alam, Kuala Selangor ini.

Lagi membuatkan keadaan parah, unit ini tv nya rosak, banyak nyamuk serta sangat bising kerana pagi-pagi lagi dah ada 3 orang tukang kebun yang memotong rumput menggunakan mesin di depan unit ini.

Selesai saja tugas rasmi aku, kami terus check-out dari sini dengan hati yang girang kerana ingin ke Muar dan JayBee.. namun apakah yang terjadi kesudahannya? Nantikan episod terbaru dalam enciksepul punya blog..