Sunday, November 28, 2010

Aku dan Keropok

Keropok merupakan makanan ringan. Ia sangat lazat dan rangup. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut, keropok yang ingin diutarakan ialah dalam konteks keropok yang ada pewarna yang dijual di kedai runcit seperti tuistis, kontos, cikedis dan sebagainya.

Ketika kecil sekitar sekolah rendah saya gemar memakan keropok ini. Antara yang menjadi kegemaran super ring, cikedis dan kam-kam. Fuh memang lagenda la. Kehidupan kini di kotaraya yang besar membataskan aku untuk bertemu lagi dengan keropok yang telah disebut tadi. Namun demikian, bila balik ke kampung pula, tak banyak dah kedai-kedai runcit kampung yang menjual keropok ini. Aku rasa kam-kam telah pupus begitu juga dengan rakan-rakan seperjuangannya.

Baru-baru ini di sebuah pasaraya mini di Seremban 2 dengan tidak semena-mena aku telah berjumpa dengan keropok yang boleh diangkat sebagai khazanah negara dan sangat lagenda. 



Ya itu dia keropok durian. Gila lama tak jumpa dan tak makan. Teringat lagi masa sekitar darjah 3 Merah (tahun 1990), balik sekolah petang pi mengaji Al-Quran masa rehat mengaji beli keropok ni kat gerai sebelah madrasah. Masa tu ada pek kecik yg berharga RM0.20 setiap satu. Gila macho habis siot dapat makan keropok ni time tuh. Rasa macam kawan-kawan cakap "Fuiyooo gile ahh enciksepul makan keropok durian, hebatlah, hensem sangat !" Begitulah perasaan yang menggambarkan betapa lazatnya keropok ini.

Kini setelah hampir 20 tahun aku bertemu semula dengan kau wahai keropok durian.




Aku syak suatu hari nanti Umar Shadiq turut menggemari keropok seperti mana abahnya ketika kecil dahulu.

9 comments:

Wahidah said...

i like this keropok too..sedap n murah...duploh sen ajo....hehehe..:)

sepul said...

aunty Wai...
nanti bawak balik sikit keropok pak arab kat aku

hannafauzann said...

walei! ! faveret tuhhh !
budak sekarang kalau suruh pilih kopok ni mesti kata tak sedapla pastu amek kopokyg mahal2 . ecsen betol . haha

sepul said...

keh keh keh nampaknya saudari pun penggemar keropok durian ini ye. good good

Muz@mmil said...

haha..gila lah..lama gila tak jumpa keropok tu.dulu kat kedai wan aku mmg ada juai..la ni dah pupus ditelan zaman

Wahidah said...

pak arab tk mkn kopok okehh..:P

sepul said...

mujamen..
hang nak makan mai la seremban

ザ-sylver-shooter said...

uish, feveret nih
2kupang lagi kan?

sepul said...

haishh mana ada dua kupang... ni hat besaq ni rm1.50 dah