Thursday, May 31, 2012

Roti Canai Transfer Rd.

Ni kali pertama aku makan roti canai Transfer Rd. yang khabarnya begitu popular dan sedap di Penang ni. Let's try.






Beginilah gerainya. Terletak di satu sudut di Jalan Transfer berhampiran Caltex dan bertentangan dengan sebuah kedai roti.




Selain aneka jenis roti canai juga dijual roti bakaq yang dibakaq menggunakan arang.










Kenalkan ni jiran aku masa makan kat sini. Meja disusun memanjang seolah-olah di kantin sekolah. Aku tengok dia syok ja duk pekena roti banjir kuah ayam.





Aku order roti banjir kuah daging sama teh ais.






Roti canai dia agak rangup. Tapi bagi aku sedikit oily. Memanglah roti canai oily tapi yang ni keoilyian dia terasa dengan agak ketara sikit.





Terasa macam tak puaih pulak roti canai tadi, tambah lagik order roti bakaq telor. Makan tak abis pun sebenaqnya. 



Ok bagi aku roti canai disini yang aku makan hari tu memang agak rangup dan sedap jugak la walaupun sedikit berminyak. Bolehla kot. Nak kata paling sedap ka apa ka memang tak lah kot pada pendapat aku. Setiap orang lain seleranya.

Another NKB Session

Apa barang kalau pi Penang tak makan Nasi Kandaq Beratoq kan?







Lauk default aku. Ayam masak ros, telur serta bendi. Amazing.












Lagi dua menu di atas merupakan menu dua orang sahabat yang turut serta. Sebenarnya malam tu program depa. Aku yang dijemput join sekali.





Masa nak balik tu ada sorang peminat ajak aku bergambaq. Bagi tak menghampakan permintaan beliau, bergambar sajalah.

Wednesday, May 30, 2012

Going North

Minggu lepas punya cerita..











View from ma room

Tuesday, May 22, 2012

Kedai Ais Krim Bentong

Masa kat Bentong bila ada waktu terluang saja ambik kesempatan jalan-jalan. Ternampak satu kedai ni.





Macam menarik saja.





Kedai ni sungguh old skool. Memang stail kopitiam lama. Sungguh lama. Kecuali kerusi dia ja yang agak moden.






Kedai ni dia jual ABC, cendol, ais jagung, ayaq buah (fruit cocktail) dan roti bakar.





Mula-mula was-was nak masuk sebab yang jual cina. Tapi tengok ramai ja orang Melayu duk pi makan. Lagipun lepas aku makan kat sini ada jugak bercerita dengan orang tempatan depa kata memang situ ABC dan lain-lain yang dijual halal.






Ini dia ABC stail Kedai Ais Krim Bentong. Simple. Bekas kaca dan sudu pun jenis besi. Memang old skool. Harga RM1.80. Aku makan sorang-sorang sambil layan cerita hindustan yang dipasang melalui tv kat kedai ni.





Just Bentong

Ada apa dengan Bentong? Bentong merupakan salah satu daerah dalam negeri Pahang. Terletak hampir 80 km dari Kuala Lumpur Kotaraya Metropolitan yang kita sayangi. Sebelum Bentong mendapat nama, ia dikenali sebagai Kapong.


Sejak dua menjak ni kerap pulak aku ke Bentong atas urusan kerja. Kepada yang tak pernah ke Bentong, ia merupakan pekan kecil yang majoritinya didiami oleh kaum Cina.















Ada la sebijik kompleks beli belah. Tapi sangat usang dan hanya ada The Store kat dalam ni.










Beginilah lebih kurang keadaan pekan Bentong.




















Jadi ini lah serba ringkas mengenai suasana di Bentong. Tenang, aman damai, permai dan sedikit bosan.

Thursday, May 17, 2012

Gerai Makan Tepi Uniten

Dah lama teringin nak makan kat sini. Akhirnya dapat juga merasa. Gerai-gerai jalanan ni memang agak popular di kawasan Putrajaya dan Bangi. Terletak di sebelah Uniten dekat dengan flyover yang ada roundabout kecik tu.Seawal pukul 12 dah terpacak para peniaga kat sini. Bermacam jenis makanan minuman duk ada. Teringat Pasar Ramadan.





Jam 1.30 tengahari. Panas.










Aneka cucurs.





Murtabaks.





Lauk pauks.











Pilih nak makan pasemboq sebab diberitakan ia amat sedap. Ku ambik pasemboq sotong. Biasa saja. Kuah agak manis.






Bersama cencol biasa yang rasa dia boleh la sedap jugak. Rasa bersalah pulak kat badan sebab ambik manis manis sangat. Takpalah sekali sekala.



Bersama Mak Hela

Terjumpak dengan keluarga Mak Hela di Seksyen 3 Shah Alam minggu yang lalu.









 Sungguh-sungguh tak nak.






Keluarga bahagia menikmati nasik beriyani yang paling sedap di Shah Alam.



Wednesday, May 16, 2012

Just Mee Sanggul

Kecik-kecik dulu selalu makan. Bila dah besaq ni rasa terlalu lama tak makan. Haritu terjumpak ada  dijual di Petronas Parit Buntaq.





No luck !






Thursday, May 10, 2012

Ais Calit

Di kampung aku kami panggey ni ais calit. Masa sekolah rendah dulu abih aja waktu sekolah belari nak pi beli ais calit kat luaq pagaq sekolah. Kenangan.




Fatinnaz Corner

Asalnya nama Fatin Corner. Gerai ni sangat terkenal di Kangar kerana menyajikan laksa serta cendol yang agung. Lokasi yang begitu strategik membuatkan ia begitu mudah dinampaki dan disinggahi oleh sesiapa sahaja. Terletak hadapan Kuarters Polis Kangar dan Balai Bomba Kangar. 














Buah tembikai tu free. Sapa agak-agak lapaq takdak duit nak makan mai la makan buah tembikai ni. Tergantung kat dinding tu gambaq masa pasukan bolasepak Liga Super Perlis berada di kemuncak iaitu sekitar tahun 2003 hingga 2007. Lepas tu sampai sekarang taraf permainan pasukan Perlis sama macam pasukan bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.



















Menikmati.

Stroller Lama










tapi kasut pinjam