Monday, June 14, 2010

Hong Kong Day 3 - HK Island & Kowloon Adventure


Tajuk macam haram. Adventure..... nevermind.
Hari ke-4 di bumi HK ni kami dah plan dari awal untuk explore HK Island & sekitar Kowloon. Explore? Tak sangat la sebab itinerary yang 2-3 bulan aku buat telah hilang. Mungkin aku terbuang ke dalam tong sampah semalam kot. Haish... Dengan berkat ingatan yang masih waras.. kami gagahi jua.


Pagi dimulakan dengan breakfast yang ala kadar dan best


Dari hostel, kami jalan kaki ke jeti untuk naik feri ke HK Island. Rupanya Hermitage yang cantik ni hanyalah di depan sikit ja dari hostel kami. Unik reka bentuk nya.

Sekali lagi ambik seat kat upper deck. Ingatkan tambang sama macam haritu.. rupanya disebabkan hari ni adalah hari Ahad, jadi tambang kat upper deck ni jadi $3 HKD (lebih kurang RM1.60 seorang). Aku syak weekdays dgn weekend tambangnya berbeda.

Angin pagi yang sejuk. Tapi tak puas la beb, tak sampai 10 minit dah sampai seberang. Tapi kalau nak jimat, naik feri jauh lebih murah daripada naik MTR kalo nak ke seberang sana.


Sampai kat seberang sana, kami amik MTR dari Central ke Causeway Bay. Tambang $5 HKD (lebih kurang RM 2.60 seorang). Keluaq aja kat Causeway Bay ni, masyallah... penuh gilak dengan manusia yang berwarganegarakan Indonesia. Penuh disini membawa maksud sampai depa buleh lepak tepi jalan lapik suratkhabaq & tikaq sambil makan-makan lepak-lepak. Kalau kat Chow Kit @ Jalan Pudu tu ramai manusia warga asing, di sini jaaaauuuhhhhh leebbbiiihhhh baaannyyaakkkk. Percayalah. Aku syak mereka ini adalah maid yang diberikan cuti hujung minggu oleh majikan mereka.


Di sini kami masuk hampir ke semua shopping complex yang ada kat sini. E.g: SOGO & Fashion Walk. Barang kat SOGO sini agak murah terutama bagi pakaian.

Di sini juga terdapat IKEA HK. Sangat kecik sebab lokasi nya kat basement sebuah hotel yang diberi nama The Park Lane. Kat dalam ni ada Ikea Bistro. Sama ja dengan kat Damansara tu cuma kat Damansara nama dia Ikea cafe. Masuk dalam ni sebab nak ke toilet. Barang di sini jauh lebih mahal dari Ikea M'sia.


Masa ni pun dah nak masuk pukul 12.30 dah. Perut dah lapaq. Kat sekitar sini mengikut pen"google"an yang telah dilakukan sebelum ini terletak satu kedai makan Indonesia yang sedap.


Tempat makan yang kami nak cari tu memang agak sukar la sebab kena pusing jalan sana, pusing jalan sini. Tapi jangan risau sebab tanya ja kat orang Indonesia kat sini. Semuanya tahu di mana terletaknya Waroeng Malang.

Ia terletak kat Pennington Street. Ya memang pening. Kat dalam bangunan kaler pink tuh. Naik ke tingkat 3, rupanya kat lot bangunan ni memang dipenuhi dengan warga Indonesia dengan bisnes depa. Macam Little Indon pulak. Dalam premis ni ada saloon, kedai pakaian, toko buku, menjual barangan mekap dan perhiasan diri serta makanan. Semuanya daripada Indonesia.

Di sini kami order Nasi ayam penyet + nasi ayam panggang bersama pres oren dan cucoq jagung dan sayur. Harga yang dikenakan $99 HKD (lebih kurang RM 55 untuk 2 orang). SEDAP DAN LAZAT LEMAK BERKRIM. Strongly reccomended.

Tak jauh dari situ juga kami masuk dalam Times Square nih. Shopping lagik. Kat entrance dia ada World Cup 2010 fair.

Sejuk jugak hari ni

Lebih kurang 2 jam kat dalam Times Square kami berjalan ke Lee Garden Road sebab menurut pembacaan aku, ada satu street market kat sini. Tapi cari tak jumpak pun. Yang aku jumpak market apa nama ntah tak best betul!

Hmm... masuk je lah. Sekali lagi ramai gilak warga Indonesia. Selesai kat sini lebih kurang jam 3.30 ptg kami decide nak balik semula ke Kowloon. So kami ambik tren dari Causeway Bay balik ke Central dan terus ke Tsim Sha Tsui dengan harga $10.50 HKD (lebih kurang RM11 seorang). Perjalanan lebih kurang 3o minit ja.


Tren kat depan hostel aja. Kami decide nak naik lagi ke atas yang kami tak explore lagi. Tiba-tiba terjumpa pusat sumber nih. Hmmm nak tanak aku masuk jugak sebab relate dengan kerja aku. Saja nak tengok-tengok. At least aku leh dapat ilmu & ilham sikit.


Hampir sejam kat sini, sebelah pusat sumber tadi ialah Kowloon Islamic Centre. Ada sebuah masjid yang tersergam indah di tengah-tengah Kowloon. Ramai juga orang Islam kat sini. Begitu juga dengan warga dari Malaysia yang aku syaksetelah mendengar percakapan mereka.

Then kami jalan lagi ke atas. Sepanjang jalan ni ialah Nathan Road. Kedai jual macam-macam sepanjang-panjang yang buleh. Lenguh lehiaq nak tengok ke kiri aja.

BABILA

Lebih kurang 20 minit jalan kaki kami sampai di area Jordan MTR Tren. Kat sini ada Temple Street yang sangat-sangat femes tuh. Kalo baca info pasal HK mesti ada sebut pasal nite market ni. Jumpak lagi BABILA.

Tapi sebelum kami pi Temple Street ni kami masuk satu lagi street market kat sini iaitu Bowring Market. Hmmm memang boring pun. Mostly jual barang baby. Huh~


Pentunjuk arah merata-rata. Insyallah tak sesat.

Masa ni dah nak pukul 5. Tapi ibu bengandung lapaq. Nasib baik jumpak Mekdi yang tak halal yang berdekatan. Fries + pres oren + coklat. Cukup kenyang. Macam biasa depa kedekut sos. Dah tu bagi sos tomato. Luckily kami prepare sos cili dari Malaysia siap-siap.


Temple Street. Lebih kurang macam Petaling Street.

... Hujan renyai-renyai...
Nak beli?


Peniaga kat sini memang rude. Nak ambik gambaq pun tak kasi. Ada satu mamat ni sound aku " Oiii.. no picture aaaa !!.. " Shit... aku tak ambik gambaq barang yang hang juai pun tak rugi apa.
Lepas satu round jalan macam takdak apa nak beli kat sini kami balik ke stesen MTR Jordan untuk ke Mong Kok.