Wednesday, December 22, 2010

Aku di Alam Fantasi

Ahad yang lepas ada event kat Berjaya Times Square. Next to our event punya venue ada one more lagi event. Ishhh cakap apa nih duk campoq-campoq Melayu -English !!! OK Tune balik..

Mula aku kaget dan konfius sebab ramai sangat duk pakai kostum pelik-pelik. Oh rupanya ada pameran online games apa ke benda ntah. Ok la tu boleh jalan-jalan tengok booth pastu layan tangkap gambaq depa-depa nih. Aku tak kenai pun karaktor-karaktor nih. Yang penting depa sproting gila bila nampak lensa kamera ditala kat depa saja terus buat aksi. Cool ! 



Ok yang ni aku kenai nama dia Joker



Fuhh


Amoi-amoi ni pun sporting dan sweet



Mamat yang duk usung board facebook nih memang cool. Duk tanya dia mana dapat idea? Dia kata saya cuma nak jadi lain daripada yang lain. Ok hang memang lain dari yang lain. Sempoi ja!



Ok yang ni memang tak kenai



Yang ni pun. Fuh kalau lah yang tengah tu boleh jadik maid aku. Ok my wild imagination plz go away



Grup ni memang sporting abissss...



Slrupsss lazat sekali



Ok dah abis gambaq. Selesai aku snap-snap kat sini aku masuk gerak bali kke tempat event aku diadakan untuk sambung tugas sampai jam 6 ptg. Hari Ahad tu wehh nasib baik leh claim cuti.

Monday, December 20, 2010

Di jalanan

Melihat pelbagai ragam manusia di jalanan begitu mengasyikkan. Daripada pemerhatian kita boleh mengekspresi pelbagai andaian dan perilaku manusia di sekeliling. Sekali sekala boleh la. Sabtu lepas aku ke lokasi di mana aku syak ramai anak muda dan pelbagai golongan masyarakat yang lain gemar berkumpul. Pavillion. Kalo tak salah perkiraan ini adalah kali ketiga aku ke sini. Sedikit bukan? Bagi aku sini sangat semak dan tempat orang kaya. :)



















Kehadiran orang yang sedikit unik ini menarik perhatian ramai orang yang sedang lalu-lalang di sini.



Di antara ramai-ramai orang aku tertarik untuk mengetahui perilaku gadis di sebelah kanan sekali. Siapakah yang beliau sedang tunggu? Kemanakah arah tujuannya selepas ini? Bukan apa cuma saja nak main teka-teka.




Selain daripada si fotorgrafer itu sendiri aku tertarik untuk mengetahui perilaku mamat yang duk pegang stroller tuh. Dia duk tunggu sapa? Bini dia? Anak dia?



Hmm memang muka dah gelisah !


Owhh duk tunggu anak dia rupanya. Bagaimana pulak dengan mat saleh ni? Dia sesat ka? Atau sedang telefon duk cari di mana rakan-rakan dia yang lain sedang berada.



Sekian monolog saya.

Wednesday, December 15, 2010

Saya sendiri


Ya..sekarang ini aku seorang diri kerana mereka berdua berada di kampung halaman. Aku ambik kesempatan ini untuk explore dan keluaq berjalan-jalan.


Thursday, December 09, 2010

Apa Cer?

Apa cer merupakan ungkapan yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Jadi untuk tidak tergolong dalam golongan konservatif dan menolak arus pembangunan manusia sejagat, aku turut bersama-sama mengabadikan ungkapan apa cer sebagai tajuk entry kali ini.

Ini merupakan entry tidak bergambar yang akan menjadikan ia entry pertama di bulan Disember 2010 ini. Sebab tidak meletakkan gambar kerana bukan tiada gambar-gambar baharu namun kerja-kerja pengeditan gambar begitu rancak sekali dilakukan. Aku akan pastikan setiap gambar yang muncul di sini akan menampakkan sesuatu yang segar dan beridentiti. Fewwit tak tahan !

2-3 hari lagi akan ku hantar makencik dan Umar Shadiq ke kampung untuk meneruskan proses pemantangan di sana. Reason aku melewatkan penghantaran adalah supaya makencik benar-benar sedikit segar dan pulih sedikit daripada rasa sakit/ngilu/pedih/tragis/ dan pelbagai rasa lagi hasil daripada kesan pembedahan semasa melahirkan Umar Shadiq yang amat kami kasihi. Maklumlah nak menempuh perjalanan hampir 4 jam ke Taiping dengan hampir pasti kereta  yang bervibrate akan memberi kesan dan menyakitkan beliau dan Umar Shadiq.

Okeh sampai disini, akan ku pastikan next entry akan penuh dengan gambar yang cantik-cantik. Tak janji !

Oh Twitter sungguh amat-amat melekakan aku dewasa kini. Gila sunggoh bertweet ! FB? Naaahh sejak dari beberapa lama dulu aku bukanlah FB type. Kat Twitter aku lebih bebas bersuara. 

*Tak guna duk update status kat FB cakap "Aku jenis yang berterus-terang" tapi bila nak cakap direct hilang terus telur. Wadaffrak?

Enjoy ur life... :)