Monday, December 20, 2010

Di jalanan

Melihat pelbagai ragam manusia di jalanan begitu mengasyikkan. Daripada pemerhatian kita boleh mengekspresi pelbagai andaian dan perilaku manusia di sekeliling. Sekali sekala boleh la. Sabtu lepas aku ke lokasi di mana aku syak ramai anak muda dan pelbagai golongan masyarakat yang lain gemar berkumpul. Pavillion. Kalo tak salah perkiraan ini adalah kali ketiga aku ke sini. Sedikit bukan? Bagi aku sini sangat semak dan tempat orang kaya. :)



















Kehadiran orang yang sedikit unik ini menarik perhatian ramai orang yang sedang lalu-lalang di sini.



Di antara ramai-ramai orang aku tertarik untuk mengetahui perilaku gadis di sebelah kanan sekali. Siapakah yang beliau sedang tunggu? Kemanakah arah tujuannya selepas ini? Bukan apa cuma saja nak main teka-teka.




Selain daripada si fotorgrafer itu sendiri aku tertarik untuk mengetahui perilaku mamat yang duk pegang stroller tuh. Dia duk tunggu sapa? Bini dia? Anak dia?



Hmm memang muka dah gelisah !


Owhh duk tunggu anak dia rupanya. Bagaimana pulak dengan mat saleh ni? Dia sesat ka? Atau sedang telefon duk cari di mana rakan-rakan dia yang lain sedang berada.



Sekian monolog saya.

No comments: