Friday, August 27, 2010

Tata

Assalamualaikum.....

Akan memulakan perjalanan sejauh 432 km sebentar lagi.


Tapi apalah sangat 432km jika nak dibandingkan dengan....


Phewww... wish us luck!

Wednesday, August 25, 2010

Ganja ?

Bukan. Aku bukan penagih ganja. Jauh sekali untuk merasa ganja. Adakah dalam bungkusan suratkhabaq ini mengandungi ketulan ganja?


Tapi bau dia lain macam sikit. Macam pernah aku bau.

...
....
.....
......
.......
........
.........
..........
............
..........
........
......
.....
....
...
..


Rupanya ni Nasik Ganja. Ya the heavenly nasik ganja. Sangat menjadi kegemaran aku.

Kena pulak dengan kuah hitam ni. I'm speechless. I mean like very-very speechless.

Kuah yang agak kemerah-merahan itu ialah kuah bbq untuk kebab cucuk nih.

Rezeki lagi di bulan ramadan ni. Terima kasih kepada Mie. My good ol' frens since UiTM days. Hang memang terer masak. Rasa nasik ganja hang buat sejibik yang aku duk makan kat market Kangaq. Tak sia-sia hang duk mai stadi malam-malam dulu dengan Bob, Pak Din & Kameel kat rumah Seksyen 7 dulu ni. La ni hang dah berjaya menjadi lecturer kulinari yang hebat !

Mie ada juai nasik ganja ni kat Pasar Ramadan kat Saujana Impian Kajang. Dia buat rempah pastu student dia yang masak dan duk menjual kat situ. Semoga rezeki hang lepas ni bertambah-tambah lagi. Ok kita jumpa di Kangaq raya nanti.

Tuesday, August 24, 2010

Eh.. ?

Apa benda ni? Beg plastik bukan main M & S lagi. Takpalah.. mai kita cekidaut what's inside.


.....
.....
.....
.....

Jeng..jeng... jeng.... preng prung prang kapowww


Oh.. buboq deghyan dengan lempeng. Sedap sedap. Bau pun menusuk hidung. Mesti best ni.


Lempeng dia power la. Walaupun simple tapi sedap. Alhamdulillah murtabak Singapore pun ada. Memang besaq gedabak.


Rezeki di bulan posa. Terima kasih kepada akak Donna a.k.a akak Radz atas sumbangan murni buboq deghyan dengan lempeng ni. Kalau ada nanti bagi la lebih kat kami.

Murtabak singapora tu aku beli kat pasar Bukit Mahkota. Selamat bersahur semua.

Sunday, August 22, 2010

Di peti ais saya


Beginilah keadaan peti ais di rumah aku. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi. You know who you are okeh. Dan ketika aku menaip ni tiba-tiba makencik bagi satu lagi untuk dilekatkan kat sini.

ok Kak Leez? Ha ni dah buat entry pasal FM seperti yang diminta tempoh hari.

Friday, August 13, 2010

Iftar @ Sime Darby Convention Centre

Syukur alhamdulillah. Hari pertama Ramadan tahun ini sudah berpeluang berbuka di luar. Kali ni follow makencik & co.

Jadi, destinasi ialah ke Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Tak jauh pun dari rumah kitorengs.
Restoran Halia inilah yang kami berbuka-bukaan.

Beginilah suasana restoran ini di dalamnya. Memang tak ramai orang sebab rasanya hari pertama Ramadan.

......

Makanan kat sini sangat banyak dan pelbagai. Tapi rasanya tak semua aku masukkan kat dalam ni.Salah satu yang menjadi tumpuan adalah gerai ikan bakaq ini.

Dan juga gerai ini. Sangat menjadi tumpuan kerana bau yang dikeluarkannya sangat menusuk rasa dan jiwa.

Gulai kawah ini tidak kurang juga hebatnya.

Seterusnya gerai ayam panggang. Fuhhh !

Dan gerai nasik ayam.

Gerai rojak.

Murtabak ni keras !

Bubur lambuks

Gerai sotong kangkung.

Petai turut kelihatan juga bersama-sama ulam-ulaman yang lain.

Yang atas ini ialah Ayam Masak Merah Serai. Dan yang kekuningan itu ialah Chicken Picatta with Spicy Napoliana Sauce. Fuhh nama bukan main, tapi rasa nya hanyalah biasa sahaja.

Manakala yang di atas ini pula ialah Roast Beef Medallion with Black Pepper Sauce. Turut kelihatan ialah Sotong Sumbat Percik.

Meal pertama saya selepas meneguk air suam dengan sejibik kurma ialah 6 cucuk sate ayam yang sangat enak serta rangup. Selain itu rasanya juga sangat lazat dan berkrim.

Selepas itu, saya terus memakan kambing dan ayam panggang.

Turut tidak ketinggalan ialah kueytiaw goreng bersama udang, sotong percik sumbat dan ayam masak serai.


Selepas memakan beberapa jenis lagi makanan, tiba masa untuk pencuci mulut. Saya sangat tertarik sebab seorang chef mengofferkan ais krim goreng. Pertama kali dalam hidup saya makan ais krim goreng. Fuhhh sangat enak dan rangup! Saya makan sebanyak 3 ketul.

Di samping itu, saya menjamah fruit ice blended ciptaan saya sendiri.

Lebih kurang sejam menjamu selera, seorang chef disini datang bertanyakan prestasi masakan di sini. Lantas beliau turut mengemukakan voucher free untuk dinner di restoran yang sama. Tawaran ini sah sebelum akhir Oktober 2010. Voucher hanya ada empat. Namun entah bagaimana saya dan makencik antara yang bertuah. Insyallah jika ada masa kami mai makan tang sini lagi. Surau pun selesa dan luas. Parking pun dekat dan sonang.

Rasanya harga per pax RM45. Tapi itu mungkin dibeli semasa promosi sebelum bulan puasa lagi. Kalu sekarang saya syak harganya telah melambung tinggi.

SELAMAT BERPUASA !

Wednesday, August 11, 2010

Ramadan Al-Mubarak

Semoga kalian dapat menjalani ibadah dengan penuh tumpuan dan selamat hendaknya.

Tuesday, August 10, 2010

Octopus bukan Sotong Peramal Piala Dunia

Hari itu kami ke Octopus. Bukan.. bukan sotong yang femes ketika Piala Dunia baru-baru ini tuh. Octopus ialah sebuah restoran sushi yang terletak di dalam Ampang Point, tingkat 2. Ia merupakan sebuah restoran yang mengkhususkan kepada masakan sushi.

Sebenarnya sebab nak jumpak kakak haku last Saturday yang mana dia mai dengan rakan baik dia. Rakannya la yang beria-ia hendak makan di sini. Pabila kami tiba, haku kaget la. Mana la haku reti makan sushi sushi ni.

Namun begitu, ia sebuah restoran yang fleksibel kerana selain sushi kalian juga boleh order makanan lain yang bergoreng dan juga bersup. Ok.. hilang sikit kekagetan haku. ;)

Hak hak... jangan maki sudah la lepas makan makanan ini. Maki. hihihhi kelakars.

Selesai order mengorder kami bersembang-sembang dan ketawa.

Bagi penggemar sushi, kalian juga boleh duduk makan kat kaunter itu.

.....

Apa nama blended ntah..

Yang haku punya ialah blueberry blended.

Haku order tomyam noodle. Sejibik macam kat Secret Recipe.

Ni kawan hakak haku order. Sushi apa kenama ntah.

Dia juga cakap ini pulut dan belut.

Hakak haku order nasik goreng bijik gajus.

Mak encik order nasik goreng juga.

Yang ini kawan hakak haku yang order. Nasik dengan telur dengan ayam. Apa kenama ntah. Selesai makan dan amil barang yang dikirim oleh mak haku, kami pun bersurai. Mengikuti haluan masing-masing. Tapi hayam dia sedap sebab aku dah rasa.

Dan jualan sempena hari lebaran pun sudah bermula. Ok ok nanti kita pi beli baju raya.


Friday, August 06, 2010

That Sunday we went to Amcorp Mall

Boleh dikatakan Amcorp Mall merupakan tempat yang sering daku kunjungi saban Ahad pagi. Mungkin perkara ini telah diulangi semenjak tahun 2006 kot. Semenjak daku tahu kewujudan Flea Market yang paling daku suka kunjungi berbanding Flea Market yang lain.


Kenapa daku suka ke sini??

1) Ia selesa dan ber 'ekon'.
2) Pelbagai jenis barang yang 'rare'.
3) Sangat lah banyak kedai-kedai antiks.
4) Ada kedai Uncle Joe yang cool (kedai music). Dan Uncle Joe sangat tahu menilai barang 2nd
hand especially guitar.
5) Ada kedai Sham yang jual t-shirt band-band rock yang 'rare'. Sham tu bukan artis @ selebriti.
Beliau hanyalah kawan daku.
6) Ada Restoran Salero Nogori yang makanan dia sangat lazat dan rangup.

Ahad hari tu sekali lagi daku ke sana. Baru kali ni berdetik nak ambik gambaq.

Memang kalau di Lembah Klang ni bagi daku Amcorp Mall punya Flea Market sangat pelbagai barangannya. Notice that antique iron? Guna arang tuh.

.....

Di sini juga daku sering terpesona dengan action figure. Namun demikian, daku kurang minat mengumpul action figure macam nih. Jiwa daku lebih ke arah lain. Terdapat sangat banyak gerai action figure ini di sini.

The Flash

Man of Steel

Mak encik sering terpesona dengan deco decoan terutama sekali gerai English Deco ini. Beliau akan membawa handbag yang sedikit besar jikalau kami ke sini kerana sudah pasti beliau akan membeli sedikit buah tangan untuk hiasan rumah kami.

Koleksi lagu-lagu lama yang di transform ke bentuk cakera padat.

Koleksi replika model kapal terbang. Setiap satu dijual RM30 kalau tak salah daku. Yang besar entah lah tak hingat.

.....

Bagi penggemar botol-botol lama, di sinilah heavennya. Botol kaca coca-cola ini sangat rare kerana.... emm kerana apa ye? Jikalau pak cik daku nampak sudah pasti dibelinya kerana beliau merupakan pengumpul tegar botol coca-cola dari serata pelusuk dunia.

Daku sangat teruja bila melihat replika kereta-kereta macam ini. Di gerai yang macam inilah daku sering terpesona.

.....


Fridge magnet yang sangat fridge kemagnetannya....

Juga terdapat gerai menjual jeans dan baju terpakai.

Kan dah cakap bahawa terdapat banyak action figure di sini.

Fridge magnet di sini lebih menarik dan beraneka rupa.

Lagi....

Masih ingatkah lagi kalian susu tepung penuh krim jenama KLIM keluaran Nestle ini? Ia merupakan lagenda susu tepung yang sangat klasik dan penuh nostalgia. Daku masih ingat signature color of this tin susu kerana daku membesar dek kerana susu tepung penuh krim berjenama KLIM. Kini ia terdapat di gerai ini dan masih punyai susu tepung di dalamnya.

Juga sebuah henfon jenama Motorola ketika di awal kemunculannya di pasaran negara kita.

Juga basikal kanak-kanak ini membuatkan kita termengimbau kenangan lalu ketika masih kecil bukan?


Bentuk radio ini sangat old skool. Teringat cerita Gila-gila Remaja sewaktu scene 'breakdance' di kolej Wira tempat Azroy dan rakan-rakan serta Suzy menuntut ilmu.

Kegilaan masyarakat terhadap Facebook menyaksikan ia turut diabadikan di dada t-shirt kanak-kanak ini.

Demikian tadi paparan mengenai Flea Market kegemaran daku. Jika dikau merasakan dikau tahu lain-lain Flea Market yang cool di Lembah Klang, sila beritahu kepada daku okeh?

Flea Market The Curve? oh tidak sangat tak best.. begitu juga Flea Market di Mont Kiara dan Damansara Perdana juga bukan citarasa daku. Flea Market di Sec. 13 Shah Alam juga menarik. Nanti daku paparkan di sini. Flea Market di Millennium Square PJ juga boring.