Thursday, January 27, 2011

Semalam di Pizza Hut TTDI

Semalam dinner kat Pizza Hut Tmn Tun Dr. Ismail. Lamanya tak makan piza. Sebulan sekali cukuplah. First time jugak bawak Umar Shadiq ke sini. Sekarang mostly ke mana-mana tempat adalah yang 1st untuk dia. Good boy.

Ada pizza baru sempena CNY. Teringin nak order sebab tengok kat menu macam menarik.




Tapi bila sampai aja...





Hmm macam kelabu asap aja. Tapi boleh la makan sedap jugak. Cuma kepingan-kepingan jagung tu tak membantu pun.


Balik rumah sebelum tidoq layan tv. Duk tukar-tukar channel terbukak 8TV.





Hmmm nak cari BFF pun nak buat reality show. Kiranya 16 stranger fight untuk memenangi hati Paris Hilton dan at last dapat jadi BFF dia. WTF?





Tuesday, January 18, 2011

Radio Antik

Barang yang akan ditunjukkan ini merupakan hak milik aku dan kakakku.Dulu masa kecik-kecik mak selalu menghadiahkan dengan banyak barang-barang namun antaranya yang menjadi style pada sekitar lewat 80-an adalah portable radio.  Bolehla takat-takat nak layan radio. Satu lagi kalo kami pi berjalan mana-mana mesti bawak punya. Harganya taklah mahal kalo tak silap aku lebih kurang RM30 kot pada masa tu. Entahlah aku hantam saja.



Style gila ada benda ni. Ini yang kakak aku punya. Boleh kata masih elok lagi cuma dah takleh nak berfungsi.



Ha ni aku punya. Biasala benda budak laki mesti rabak punya.


Sebenarnya banyak benda-benda nostalgia atau antik yang boleh dikorek kat rumah aku. Dulu tak kenal pun erti untuk menghargai benda-benda macam ni. Main campak ja. Tapi lately ni aku semakin sayang dan macam nak korek lagi harta peninggalan keluarga kami yang ada kat rumah di kampung.

Tak sabar nak balik cuti sempena raya cina.

Saturday, January 15, 2011

Farewell my beloved boss

Semalam sempat meraikan farewell dinner untuk my boss yang nak pindah keluaq sebab dapat naik pangkat. Lokasi di DTasek @Residence Uniten. Restoran terapung ni merupakan salah satu wing untuk Hotel Residence ni. 

Kualiti gambaq memang macam HARAM sebab aku guna kamera fon 2mp aja ada faham?


Dia macam terapung la. Suasana sini memang best dan sangat-sangat romentix.



Sampai saja kami tidak dibenarkan masuk lagi sebaliknya family my boss masuk dulu. Ok ikut saja.



Masuk-masuk saja dah ada tagging nama dan siap ada gift lagi. Pehh mana nak carik boss lagu ni>?




Bekas teloq ni pun ada. Aku syak ia dibeli di Nilai 3.


Makanan semua dah siap diorder awal. Jadi elok-elok duduk saja waitress pakat duk mai serve makanan. Tapi mostly makanan kat sini fail la. Tak sedap pun. Cuma yang uniknya sotong goreng tepung ni dia bungkuih sekali dengan lebihan tepung. Macam menarik tapi rasa sotong hmmmmmmm macam harem.



Seterusnya mempersembahkan.....



Ikan siakap 3 rasa keras kianggg ! Hambik hang. Ikan tak fresh, berkerak-kerak dan isi liat. Kuah masam. 

Ada banyak lagi seleksi makanan seperti biasalah...sayoq kailan, tomyam, taufu dan pelbagai lagik. Cuma ayaq tembikai dia ja sedap sebab pure tembikai tanpa sebarang perisa tambahan.

Tapi ketidaksedapan makanannya dapat dicover oleh quartet yang menyampaikan seleksi-seleksi lagu malar segar dan setiap meja dapat membuat 2 request lagu sewaktu mereka datang ke meja masing-masing.


Time ni depa nyanyi lagu Cinta Hampa yang dipopularkan oleh Dlloyd. Kalo boleh tukaq tajuk sket "Rasa Makanan Hampa"


Biaqlah makanan tak sedap pun yang penting dapat bersama-sama meraikan seorang individu yang sangat-sangat aku hormati dalam bidang pekerjaan aku ini. Semoga Tn. Hj. gembira di tempat baru. I'm really looking forward to work directly under u again boss.

Thursday, January 13, 2011

Umar Shadiq 2 bulan

Alhamdulillah... terasa macam semalam saja kami bertungkus lumus di Hospital Putrajaya dan hari ini Umar Shadiq telah pun berusia 2 bulan. Sekejap bukan? Selama 2 bulan juga kehidupan kami bertukar dengan begitu drastik sekali. Sekarang apa-apa yang dilakukan pun fikiran tetap tertumpu kepada beliau. Masih lagi dalam mode menyesuaikan diri. Inshallah usaha tangga kejayaan. :) 

Hari ni beliau 2 bulan. Tiada apa yang istimewa pun. Aku ambik cuti nak pi cucuk dia kat klinik TTDI. Awal pagi dia bangun macam tau-tau saja.



Sampai lebih kurang 8.30 orang ramai jugaklah. Giliran no.18.




Klinik ni macam oldies sikit walaupun terletak di kawasan yang high-end. Nak panggil patient pun jerit no. giliran. Kepada pengurusan klinik request la sistem nombor giliran digital kat JKN Wilayah Persekutuan. Kalo dah request jugak tapi tak dapat, request la kat hangpa punya YB.




Hah.. tudia jenuh nurse tu menjerit. Lagi satu nurse-nurse kat sini hangpa takyah la duk buat garang-garang sangat dengan patient hangpa. Tera mana sangat hangpa tu nak kasaq-kasaq dengan orang? Kalau orang pi pakai selipar jamban, jeans GA Blue, baju cheetah hangpa cakap kasaq-kasaq. Kalo orang pi pakai jaket ZARA MEN ka kasut salvatore ferragamo layanan baik sekali. Chaih! 

Hampir 2 jam lebih kat sini kami masih belum makan apa-apa kecuali sekotak ayaq milo. Kendian kami terus ke KWSP Setapak untuk menyelesaikan urusan yang patut. :)





KWSP ni dipilih kerna memang orang tak ramai dan kadar kecepatan staf menjalankan tugas memang sangat pantas dan sangat ramah tamah serta mesra. 

Dari sini kami balik semula ke kawasan Damansara kerana nak pi Ikano. Di sini kami makan kat tempat yg sangat menjadi kegemaran iaitu ....


Ntah apa dia letak dalam kuah dan sambal dia. Memang la sedap nak mampus. Ini tekak aku dan makencik la. Kalo hangpa pi try tak sedap tu.. nasiblah kan.



Yang atas tu ayam untuk aku dan daging set tu untuk makencik. Simple dan sedap.



Ayaq kosong



Apa la depa bubuh dalam sambal ni sampai sedap nak mampuih? Huh!

Selesai makan kat sini makencik bawak Umar Shadiq pi opis dia. Ya opis makencik dalam Ikano. Sementara tu aku ke Cold Storage berdekatan. Hampir setengah jam tengok-tengok makencik mai bawak hadiah toys ehsan dari rakan opis dia. Terima kasih.

Then ke Curve pulak nak setelkan beberapa urusan. Cewah macam penting aja. Singgah beli wafel coklat tang sini. Sedap sangat walaupun lembab nak mampus bangla ni buat kerja.



Hampir sejam merayau-rayau jam dah hampir pukul 3.30 ptg.


Ok lah jom balik. Umar Shadiq sangat baik hari ini. Tak meragam pun. Cuma sekali tukaq pampers dan dua kali breastfeed dia.


Sekian sahaja cerita Umar Shadiq di hari ke 60 nya di muka bumi milik Allah s.w.t ini.

Monday, January 10, 2011

Anak bapak


Amanah.Alhamdulillah syukur atas kurniaanNya.
As to date he is now 1 month and 28 days. Inshallah hari Khamis ni dah 2 bulan. :)

Friday, January 07, 2011

Gardens, The Curve

Ini adalah kali kedua kami ke sini. Dulu masa celebrate besday makencik kami pernah jugak ke sini. Suka dengan suasana yang sangat cantik cool dan santai gila. Tak terasa seperti berada di Malaysia. Tiba-tiba. Jadi semalam kami ke sini lagi. Lagipun macam lama tak buat entry kedai makan. 

Sekali lagi kami bawak Umar Shadiq dengan kami. Haruslah kalo tak nak tinggal kat sapa. Alhamdulillah semakin lama kami semakin biasa dengan kehadiran Umar Shadiq. Syukur alhamdulillah. Tidak lagi kelam kabut seperti mana pertama kali bawak dia keluaq ke Tesco tempoh hari. Nanti aku share.




Aku order Shanghai Chicken Noodles apa kebenda ntah. Rupanya ia tidak berkuah. Cuma digaul-gaul dengan sos yang nak macam kicap. Agak masin dan aku tak habis pun.




Ni makencik yang order. Beehon apa kebenda ntah nama dia. Sedap dan rangup serta menyelerakan.



Ni chicken apa kebenda ntah. Seingat aku sama seperti aku order dulu. Masih sedap.



Ni salmon grilled apa kebendantah nama dia. Sedap.



Seperti biasa gelas dia unik. Macam nak rembat satu bawak balik ghumah.



Sambil makan diiringi dengan petikan piano yang sangat mendamaikan jiwa oleh mamat cina ni. Pandai dia main.


 Eh tapi order makanan banyak-banyak tu bukanlah hanya untuk aku dan makencik. Kebetulan malam tu turut disertai oleh Z dan AA. Lagipun depa dah lama nak jumpa dengan Umar Shadiq. Kebetulan kena dengan masa dan tempat maka pertemuan ini berlakulah.




Berkawan biar seribu berkasih biar satu bermusuh jangan sekali. Kawanlah dengan siapa yang anda rasa nak kawan pun asalkan anda selesa dan tidak mempunyai niat-niat yang tertentu. Tak perlu nak ada sifat menguasai seseorang ka. Hanya berkawan kan? What's the big deal?



Ibu dan anak.


Alhamdulillah Umar well behaved malam tu. 
Good Boy :)



Mula-mula kekok depa nak pegang Umar Shadiq. Tapi lama-lama dah ok.

Lepas makan sembang tengok-tengok jam dah nak dekat kul 12 jadi masing-masing berundur dan menuju ke destinasi masing-masing. Inshallah ada masa dan jodoh kita jumpa lagik. 

Terima kasih AA dan ZZ for the time. Terima kasih lagik kat AA untuk hadiah Umar Shadiq tuh. Cool !

Wednesday, January 05, 2011

Buku Nostalgia

Ketika balik kampung sempena cuti sambut tahun baru minggu lepas, sempatlah melakukan kerja-kerja mengemas dan susun atur yang baru. Lagipun kesan banjir haritu belum dibersihkan sepenuhnya. Duk godek-godek kotak lama-lama rupanya dalam tu ada macam-macam buku semasa kami kecik kecik dulu. Kami itu merujuk kepada aku, kak ngah dan kakak. Duk belek-belek balik tersenyum sendirian. Betapa dulu memang tak dinafikan kami suka sangat membaca. Sangat kerap mak pak kami belikan buku bacaan kepada kami. Ada juga buku-buku teks yang lama-lama ada dalam simpanan di rumah. Mana mai ntah. 












Yang paling nostalgia ialah buku bertajuk "Orang Tamak Selalu Rugi"





Lembu Sesat memang best !

Sebenarnya memang banyak lagi buku-buku yang ada dalam simpanan kat rumah tapi tak larat nak snap semuanya.

*Oh dah tahun 2011 rupanya