Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri


Tuesday, August 23, 2011

Ramadan Randomly


Caramel pudding. Bought this at Pasar Ramadan Kangar near the stadium. This portion cost only RM2.50. Yes u heard me damn right.Where got this big here in KL?



Tok gave him ketayap for raya.Thanks tok.



Got this defect note from local bank. Luckily can change it. 



My tweet on the other hand appeared in beautifulnara.com. That day nara was asking question on Siapa artis Malaysia yang anda paling minat? He seems to publish selected tweets and i'm the lucky ones.



My sampul raya this year. Kids, choose either u want an iPhone4 or a Blackberry Bold 9780.



Home made tomyam campur for bukak puasa.


Thursday, August 11, 2011

Sadao Morning Market

Lammmmmaa tak mai market Sadao. Pekan Siam ni terletak bersebelahan dengan Padang Besaq Perlis. Nak masuk macam biasalah kena pakai passport ataupun untuk rakyat negeri yang berjiran dengan Thailand yakni Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan boleh pakai border pass saja.




Pagi-pagi Ahad lepas terus saja mai sini lebih kurang jam 9 pagi. Ni masa nak masuk ke Imigresen cek point. Benti kereta sebab nak isi arrival card. Ada ja orang duk tukang isi. Bayaq je lah RM1. Kena la isi sebab pakai passport. Macam mak aku, kakak dan anak dia takyah la sebab pakai border pass cuma pi cop saja.




Melepasi imigresen cek point. Kalo ke kanan ke Hatyai lebih kurang sejam perjalanan dari sini. Nak ke Sadao belok kiri. lebih kurang 5 minit ja dari sini.



Pekan dia sunyi ja.




Kalo aku sorang drive agak blur sikit. Nasib baik kakak aku cekap jalan. Dia yang jadi navigator.




Lepas parking duk prepare nak start jalan-jalan. Panas pulak masa ni. Kesian Umar lupa bawak topi. Aha passport Umar dah ada dua cop. Hehehe kecik-kecik lagi dah pi Singapore la Thailand la.




Sempoi ja pasar pagi dia. Lebih kurang macam kat Stadium Shah Alam kot cuma kat sini tak berapa nak moden sangat la. Jalan-jalan kat sini memang jumpa ramai lah orang kampung. Dah menjadi tradisi orang Perlis duk mai shopping barang-barang kat sini. Kat sini haritu terjumpak Ustazah duk mengajaq aku masa darjah 6 dulu. Kebetulan kawan mak aku jugak Ustazah tu. 



Bekas makanan ni RM4 kalo tak salah aku. Tapi tak beli pun.

Ada banyak juga bundle kasut,beg,patung,baju dan macam-macam lagi lah.




Tok belikan Umar kasut ni. RM10 mintak kurang dapat la RM9. Balik rumah aku buang elephant tu. Baru nampak cool.




Cuaca sangat panas. Hilangkan dahaga dengan air tebu.


Menyinggah nak cari pulut ayam.



Menyinggah di Tesco Express jugak.



Errr...



Dah balik.



Letih berjalan-jalan kat Siam balik teruih tidoq. Ni kawan baru dia.

Tuesday, August 09, 2011

Makan Buah-Buahan Tempatan

Petang Ahad lepas yakni sehari sebelum berpuasa. Masih di kampung. Pagi tu kami ke Thailand atau lebih tepat lagi ke Pekan Sadao saja nak pi pasar pagi atau orang Perlis panggil nat. Lammmmmmaaaa tak pi sana. Dulu masa sekolah rendah selalu sangat duk pi. Masa tu of course dengan family lah. Nanti lain hari lah aku cerita. Kali ni cerita pasal makan durian, manggis & rambutan di rumah mokcik dan pokcik di Chuping. Ya Chuping satu kawasan yang popular jugak lah di Perlis sana.



Kawasan rumah mokcik aku ni sangat lah damai. Gila damai. Sejuk berlatarbelakangkan bukit Chuping. Bukan sejuk macam salji tapi udara dia nyaman, sejuk dan teduh-teduh. Best gilak!



Luas dan damai sangat.


Kan?


Nampak durian sebiji duk tergantung tuh? Sebenaqnya kawasan rumah dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan. 



Merah menyala sungguh rambutan nih.



Manggis yang ada petang tu tak banyak.



Ada jugak pulut sibaq walaupun tak banyak, Beli pagi tadi sebab duk plan asal nak mai pagi tapi sebab pi Siam dulu postpone ke petang. Tu yang pulut pun jadi semakin sikit.



Ngap !!



Hey ketawa pulak!



Hey suap abah pulak !



Durian ni tunggu nak gugur ja.



Nampak plastik biru dan merah tergantung tu? Dalamnya ada kabat. Bila hujan, kabat akan mengeluarkan bau macam peluru dan akan menyebabkan binatang-binatang seperti musang dan lain-lain tak berani nak dekat dengan pokok ni. Kalau tak buat macam ni memang buah-buah semua ni selamat jadi santapan musang dan sanak sedaranya lah. Setiap pokok memang ada diletakkan benda ni. Tapi tak pasti pulak apa orang panggil benda ni.



Lepas dah makan kenyang-kenyang balik singgah Tasik Melati. Tudiaa punya lama tak mai. Dah elok depa naik taraf. Seingat aku dulu mai tempat ni serius usang penuh dengan semak samun dan sangat tidak terurus.


Monday, August 08, 2011

Deen Nasi Kandar

Maaf. Sepatutnya entri ni keluaq sebelum bulan puasa. Tapi apa boleh buat. Ni sambungan perjalanan pulang semula ke kotaraya yang penuh dengan tipu daya selepas selesai urusan rasmi di Sungai Petani seminggu sebelum bulan puasa. Nak makan nasik kandaq. Of course what else kan. Kali ni teringat nak try tempat yang tak pernah pi lagi. Sebelum masuk Penang google + nasi kandar paling sedap di Penang. Macam-macam hasil carian keluaq. Klik kat forum cari dan macam-macam dia sajeskan. Ntah macam mana aku boleh pilih Amir Nasi Kandar. Mungkin sebab banyak forumer cakap sedap kot. Depa cakap jugak nasik dia sangat wangi dan lembut. Salah satu sebabnya mungkin sebab depa duk cerita gerai ni tepi simpang jalan dan kecik saja gerai dia. Bukan restoran yang kononnya menyajikan nasi kandar penang asli. Bila dah masuk area Jelutong cari punya cari rupanya dah tutup. Baru teringat gerai ni bukak sebelah pagi saja. Hmmm. Takpalah takda rezeki kali ni. Tapi tak putus asa jugak sebab masa tengah duk riki Amir nasi kandaq ni terjumpak Deen Nasi Kandaq kat tepi jalan area2 Jelutong ni jugak.



Sebelum makan sini masa duk parking tu saja google dulu pasai kedai ni. So far banyak review cakap ok sedap dan the best. Tak kurang jugak yang mengeji dan cakap biasa saja tak dan macam-macam lagi. Biasa la citarasa manusia bukan semuanya sama ye dok?



Bila masuk ja tengok seleksi makanan fuhhhhhh. Yang tak tahan tu sebab kuah kari dia mercik keluaq daripada bekas dia tu yang aku tatahan. Lauk pauk kat kedai mamak perlu macam ni kot. Kuah dia mercik-mercik dan nampak selekeh. Tapi bau kari fuhhhhh. Ok ok rilek. Masa ni duk beratur lebih kurang 5 orang di hadapan.



Lagi pilihan lauk yang ada.





Mungkin salah sorang daripada mamak ni kot nama Deen. Ntahlah.



Lauk hari tu kari ayam, bendi sama telur rebus.



Hmmmmm... 


Oh lazat

Restoran ni terletak di Jelutong. Dia sekali dengan deretan rumah kedai sebelum Balai Polis Jelutong. Kalau dari Jambatan tu bila dah sampai ke pulau ambik sebelah kanan. Jangan ambik ke arah Bayan Lepas. Kemudian terus sahaja sampai jumpak flyover yang kedua. Jangan naik flyover tu tapi turun bawah jumpa trafik lait belok ke kiri dan terus saja sampai jumpa satu lagi trafik lait kemudian ambik kiri. Bila sampai sini dah area Jelutong dah. Bawak kereta pelan-pelan sehingga melepasi Balai Polis di sebelah kanan anda. Teruskan lagi sampai nampak signboard besaq Deen Nasi Kandaq di sebelah kanan anda. Pandai-pandailah cari parking.

Bagi aku rasa nasik kandaq ni sedap dan memang sangat kari rasa kuah dia. Tapi masih tak boleh lawan Nasi Kandaq Beratoq kat Masjid Kapitan Keling sana tu. Tapi nasi kandaq Deen ni bagi aku lebih sedap daripada Line Clear. Entahlah lain orang lain lah citarasanya. 
Selamat berpuasa.

Ramadhan Kali Ini

Alhamdulillah bertemu lagi dengan bulan Ramadhan untuk kali yang ke 30 buat diri aku. Sejak mula puasa seingat aku darjah 1 masa tu umur 7 tahun hingga kini pelbagai kenangan aku tempuhi. Yang paling best semasa di asrama pada tahun 1994 hingga 1998. Yang paling mencabar semasa menuntut di menara gading UiTM Shah Alam 1999 hingga 2004. Yang paling membahagiakan? 

I have to say Ramadhan kali ini. Alhamdulillah nikmat Dia bagi kat kita tu sungguh besar sekali.