Tuesday, December 30, 2008

Extended holiday...

Demi memanjakan diri ini lagi, gua pi s'pore pulak. saja jalan2. kali ni masuk melalui CIQ baru @ gerbang perdana. memang 'wow' lah.


punya la berazam tanak beli apa2, akhirnya gua tewas bila sampai nike kat Wisma Atria nih. wallaweii design sendiri t-shirt beb.

then akhirnya jumpa jugak HRC. mekasih kat cik lililulu dan cik nan sebab bagitau direction.


then gua ke sentosa island. 1st time sampai sini. ok la not bad. gua amik pakej yg berharga $33.90. masuk melalui monorel + sky tower + muzium + merlion statue + cable car utk balik. rasa macam berbaloi kot. yang bestnya sky tower. tapi tak puas sebab sekejap ja. cable car dia pun ok je. lagi best kat langkawi.


hmmm inilah penutup percutian untuk gua 'pamper' kan diri selepas abis master gua. memang gua deserve la untuk semua ni. i'm just applying the so called reward concept lah.

Thursday, December 25, 2008

oh yeah lagik

On the way back to bukittinggi bertembung dgn grup nih. Ingatkan apa, rupanya2 ni majlis khatam Al-Qur'an. sampai mcm ni punya meriah sekali.

On the way back to Padang, melalui satu kawasan perkelahan air terjun yg sangat-sangat-sangat cantik. Air sangat-sangat-sangat jernih. Apa nama ntah kawasan ni, dah lupa pulak. Takleh nak recall sekarang nih.


Dah sampai pekan Padang lebih kurang 2 jam. Stay kat The Ambacang Hotel. Pekan Padang ni mcm kawasan Chow Kit tapi dalam skala yang lebih besar la. Agak crowded dan tak berapa menarik sangat.
The famous Malim Kundang Legend. terletak kat Pantai Air Manis. Pantai dia kurang sket la. Agak kotor jgk.

Sebelum berangkat pulang, sekali lagi pekena nasi padang kat kedai berdekatan dgn airport. Sangat-sangat-sangat lazat.


*semua statement pasal lokasi-lokasi yang disebut adalah pendapat peribadi aku

Wednesday, December 24, 2008

oh yeah..

semalam baru sampai. letih la. lagipun journey kat sana mcm agak jauh dgn keadaan jln raya yang berlopak sana lopak sini. mula2 ingat nak mai sebab kenduri cousin gua sorang lagi. tapi kenduri dia sebenarnya bulan 1 ni. btw, gua pi padang & bukittinggi. ok la...not bad. bukan destinasi pilihan pelancong yang utama pun.

kakak2 ku & cousin2 ku. muka toya mat amin sebab kena bangun pukul 3.30 pagi.


sampai2 aja nasi padang dulu. sepanjang 4 hari kat sini takdak kedai makan yang pak novra bawak yang tak sedap. seperti biasa lauk mmg byk dia kasi tapi bayar untuk lauk yang kita makan saja.
sampai2 aja terus ke bukittinggi melalui Kelok 44. view dia masyallah. sangat2 cantik dengan cuaca yang dingin. leih kurang mcm cameron la tapi lagi cantik kot. singgah solat jumaat kat Masjid Bayur. lebih kurang 4 jam sampai bukittinggi terus pi kedai nasi padang lagi. gila punya sedap.

sekitar bandar bukittinggi. sejuk. stay kat Hotel Dahlia. tak best hotel ni. busuk. ntah sapa la yang pi booking. tapi takpalah daripada kena tidoq kat tepi jalan @ bwh jambatan.

2nd day sementara tunggu pak navro sampai gua ternampak kedai optik Arau. huhuh sampai kat sini ada Arau. then breakfast..makan roti goreng. mcm colors of rangoli. yang satu lagi tu nama dia minas. sebab mi + nasi. sedap...

then pi meronda2 sekitar pekan pandai sikek. masyallah...pemandangan yang sangat2 cantik. banyak kebun2 sayur dan padi huma pun ada.


pastu on the way turun balik ke bukittinggi singgah kat pekan koto baru. singgah kat warung bika. makanan tradisi sini campuran tepung,kelapa dan ntah apa gua pun tatau. yang pasti sangat lazat dan lemak berkrim ditambah pula dengan kopi kaw panas.


patah balik ke bukittinggi ni singgah ke Lobang Jepang ataupun kubu underground jepun.

yang seterusnya nanti la gua hapdet.

Thursday, December 18, 2008

Sewel Betul

Ini memang filem Afdlin Shauki Paling Sewel. Memang lawak dan sangat lawak. Kreatif betul jalan cerita. Seperti biasa gua gi nonton kat Cineleisure Damansara. Berbanding Cicakman 2 yang gua tengok Isnin lepas, gua rasa Los dan Faun lagi ok kot. Tapi tak fair la pulak nak compare kan. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan.
Esok gua gi piknik dengan classmates yang sama-sama nak meng'enjoy'kan diri kat Sg. Gabai. Then gua away sampai la Isnin. Gua nak pamper kan diri ini puas-puas. Come fly with me...

Wednesday, December 17, 2008

Hoorayyyy

Amat gembira sekali tika ini. Alhamdulillah berakhir sudah penantian ini. Sementara kesempatan yang ada ni gua akan pamper kan diri gua puas-puas sebelum masuk ofis balik Januari ni. Bila kita terlalu lama meninggalkan kerja-kerja di ofis untuk jadik student, nak tune balik diri gua ni agak susah la.

Gua hadiahkan diri gua Banana Chocolate kat SR. My favourite. Yesssss sedap as usual.

Monday, December 15, 2008

gua letih beb...

sangat memenatkan arini beb. ke sana ke mari ku berlari di pentas dunia ini.


Thursday, December 11, 2008

Terima Kasih Dr. Noor Ibrahim















Terima kasih Prof Madya Dr. Noor Ibrahim. Supervisor aku sepanjang lebih kurang 6 bulan nih. Org nya sempoi , very down to earth, selamber dan cool. Tadi last jumpa dia mintak restu dan sbb nak ucap mekasih kat dia bcoz aku punya thesis will come to end isnin nih.. Insyallah pasni ada program KKM leh jemput Dr. ye. Sembang punya sembang bagitau pasal blog nih. Rasa-rasanya dia jenguk tak?





















Last nite pi layan Bolt, kat mana lagi kalo tak Cineleisure Damansara yang terletak kira-kira 2 km dari umah aku. Nak tgk Madagascar tapi tiket dah abis. OK la jgk movie ni. Kisah pasal anjing yang berlakon dlm citer superhero. Kira dia sidekick heroin la. Ada power mcm2 dan yg paling power ialah salakan power dia la. Tapi anjing ni tak tau yg dia ni belakon dlm movie. Dia ingat yang tu ialah betul2 real life dia sampai la satu hari secara tak sengaja Bolt termasuk dlm kotak dan di pos ke mana ntah dah tak ingat aku. Most of the story pasal journey dia nak balik ke Hollywood nak jumpa Penny balik, si heroin dalam filem dia berlakon tuh. Dalam journey tu dia jumpa Mittens dan Rhino yang amat2 kelakar selamba rock. 3 bintang kot.

Tuesday, December 09, 2008

kembali

Salam aidiladha semua. alhamdulillah aku selamat pulang ke kampung halaman nun jauh di utara dan selamat kembali ke kl balik. letihhh woo...

Thursday, December 04, 2008

wow...















Mcm nilah muka org baru abih viva. pehhh mmg release gila. terasa lepas beban yang berat terpaksa ditanggung selama setaun sengah ni. walaupun awai2 dah tau lulus, tapi perasaan nervous mmg tak dpt dielakkan. apa2 pun cuti raya dulu, lepas tu baru buat correction. aiyakkk tak sampai sebulan lagi masuk opis balik. dah tak bleh mangkit lewat. huhuhu...

wo....















hmmm....blog lama aku dah delete. dekat setaun jgk la. merayau2 blog org ja. by the way esok aku viva (last presentation for my thesis). wish me luck. after 2morro aku bebas. dekat setaun sengah kepala otak aku dipenuhi dgn berbagai teori,nombor2,jadual2,tidur yg tak teratur. this blog will soon get better and better.