Saturday, July 25, 2009

Kawe gi Kelate Minggu Lepah

Kawe gi Kota Baghu soghe-soghe minggu lepah. Buat gapo? Owhh ado kongforens sain sukan. Internasyenel punya kongferens kigho ghama la ore putih, ore hite, ore kuning, ore hijau. Eh ore hijau tu ingkredebel hak. Malah nak kecek banyok-banyok. Laye gambo je lah.

Ok lah. Cakap macam biasa balik ye. Function kat Grandriverview Hotel KB. Just nice dalam town KB. Kat belakang hotel ni ialah Sg. Kelantan, memang cantik view dia lebih-lebih lagi coffehouse mengadap sini.

Sila patuhi etika berpakaian disini.

Famous KB landmark.

Lama tak merasa naik beca. Aku naik beca ni dari hotel ke KB Mall. Saja jalan-jalan.

Masuk sat kat Pasar Siti Khadijah.

Jom pi PCB.



Time ni memang tak ramai orang pun sebab hari bekerja dan bukan pulak time cuti sekolah. Makan sorang-sorang mengadap laut. Boleh la tahan sedap lauk dia.

Tapi yang ni takleh lawan yang dekat pantai apa ntah kat Terengganu tuh.

Lepas makan kenyang-kenyang tu aku balik semula ke hotel. Aku mai sini naik bas merah yang kontot tu. Balik pun naik bas jugak la. Tiba-tiba aku rasa time aku mai Kelantan ni macam Ian Wright (Travel & Living) hahahaha.


* ni adalah kunjungan ke-2 aku ke Kelantan setelah 1st time mai sini semasa umur aku 4 tahun.
Lama tu beb. Lagi satu kepada orang-orang Kelantan aku mintak maaf kalau bahasa yang aku
guna masa intro entry ni tak betul. Ok nanti nak mai lagi lah.

Friday, July 17, 2009

Need A Break

Just arrived...

Kepada budak MAKSU thanks for the invitation. Tapi aku tak bley la ada hal yang menyebabkan aku tak dapat follow hangpa semua. Next time insyallah... have fun

Saturday, July 11, 2009

The Trip part 3 - malam

Lepas balik lepak hotel dengan perut kenyang..tiba-tiba my uncle call ajak lepak-lepak lagi. So here we are.. malam last kat Bali


HRC tak sudah-sudah... Interior dia nice. Besar lagi dari KL.



Tunggu my uncle lambat sangat posing dulu barang 2-3 keping gambaqs.. ;) Dah booking meja awal-awal sebab malam Sabtu kan. Tersangatlah ramai orangs-orangs

Order lite-lite aja... smoothies, brownies. Biasa aja tak la sedap mana pun. Maybe sebab perut still ketat lagi dengan seafood kat Jimbaran tadi.. :p

Tapi ada jugak yang gatal nak order pasta lah... sandwich lah. Last last muak..

My uncle dgn auntie diorang tak makan lagi.. Sedap aje tengok diorang makan.. :)

Kena pulak band raggae yang perform. Cool beb... rastafari

Dalam 4-5 jam kat HRC kitoang gerak la.. ingat nak balik terus hotel tapi memandangkan last nite kat sini kami pun gatai la kaki nak tengok benda-benda tak elok nih. Hmmm actually tu teaser ja.. once diorang naik kat tingkat atas memang persembahan harimau la... :P Tapi memandangkan mata dah sangat mengantuk terus balik hotel aje. Tidur lagi bagus. Laaa tak caye? Betul lah!!!