Saturday, January 23, 2010

The Best of...

Taiping.... ya Taiping sebuah daerah di utara negeri Perak yang memang terkenal dengan Tasik Taiping dan Bukit Larut. Di Taiping juga terdapatnya sebuah penjara yang tertua di Malaysia.

Tersembunyi di Taiping ialah sebuah gerai yang menyediakan Yong Tau Foo yang TERBAIK DI DUNIA. (ini menurut anak tekak enciksepul)



Ooohh La La..... craving for YTF now.


Lokasinya ialah di dalam bandar Taiping lah. Takkan di Pasir Mas, Kelantan pulak. Oh ya tak ya ia terletak di belakang Balai Bomba Taiping. Bila berada di dalam bandar Taiping nanti janganlah untuk malu-malu bertanya kepada penduduk setempat di mana Food Court Bomba Taiping ya.


Yang menjadi kemusykilan saya ialah di depan entrance fudkot ini terpampang di dada signboardnya ialah Padang Sarkis.... namun begitu sila abaikan kerna tempat ini lebih popular dengan panggilan Food Court Bomba Taiping.

Selamat mencuba.

Thursday, January 21, 2010

Pre - Honeymoon

Alhamdulillah..setelah selesai semuanya di pihak lelaki di Kangar Perlis, kami mengambil kesempatan untuk pi Langkawi. Dah tak jauh pun. Nama pun Pre-Honeymoon. Jadi bilakah honeymon yang betul-betul? Tungguuuuu

Sampai ja kat Kuah terus amik keta sewa ke Makam Mahsuri.



Sangat suka rumah nih. Kalaulah...

Mak encik sangat teruja... sana sini dia pi terjah meninggalkan aku tertidur seketika kat rumah nih.
Dah nak dekat petang terus ke Pantai Cenang nak cari tempat bermalam. Sudah set dari awai nak cari tempat yang paling murah dan berpatutan. So dapat lah satu bilik kat Amzar Motel area Pantai Cenang nih. RM45 ja. Ok what.... yang penting tilam selesa dan air-cond. Ngeh..ngeh..ngehh

Kuaq sat pi cari makanan kat kedai depan motel ni. Online seketika sementara menanti makanan sampai...

Tadaa... simple dan sedap serta berpatutan..

.....
.....



Keesokannya headed to Awana Porto Malai. Ambik-ambik angin dan berangan jadi orang kaya sat.

Dalam gambar kelihatan mak encik bersama kereta yang disewa. Sangat koboi sekali keadaan kenderaan tersebut ya..





Macam kat Bali pun ada jugak kat sekitar kawasan dalam premis nih

Then headed to kereta kabel. 2nd time aku naik menatang nih. Dan tetap nerves dan mungkin akan nerves bagi seumur hidup aku. On the way singgah kat Marina apa ke nama ntah.

Harga RM30/pax ... kalo tunjuk mykad dapat half-price. Untung bukan menjadi rakyat Malaysia?


Berjalan-jalan di jambatan gantung di stesen kat atas. Fuh bergegaqqq oooo



Dalm sejam turun semula ke bawah dan bersiar-siar di kawasan Oriental Village. Terima kasih abang askar dan aweknya kerna menghulurkan bantuan mengambil gambar kami berdua.

Pusing pi pusing mai..beli coklat dua tiga guni, gamat la tak gamat lah, kain batik pelikat lah dipendekkan ceritanya sebelum balik perlu singgah di Dataran Lang sebagai simbolik mai Langkawi. Ayat ni diambil kerna teringat kata-kata yang diungkapkan oleh rakan aku di kampung.

Online sebentar kat stabak Jetty Point sebelum naik feri balik ke Kuala Perlis.

45 minit kemudian touch down kat Jeti Kuala Perlis dan ambil kereta yang disimpan kat Yusof Bee parking kereta dengan kos RM10 bagi satu malam kalo tak silap. Lepas singgah beli Laksa Kuala Perlis kat famili aku dan dalam 30 minit kemudia kami berdua selamat tiba di rumah.


*Kenduri di rumah aku akan di ceritakan kemudian hari...

Sunday, January 17, 2010

Aku Nikah Akan Dikau......

Alhamdulillah. Semuanya telah selamat. Hampir 2 minggu lebih sekarang ni. Walaupun agak lambat, aku tetap nak posting jugak. Mungkin ramai dah tengok gambaq-gambaq kawen aku kat FB. Tapi yang aku haplod nih yang tak dak kat dalam FB.

Jadi nak dipendekkan cerita, family aku datang sehari awal iaitu 26 Dis 2009 dan dari Kangar kami terus ke Bukit Merah Laketown Resort. 1st time aku sampai ke Bukit Merah tuh. Esok paginya dalam kul 10 terus c-out dan ke Masjid Alor Pongsu kat Bagan Serai untuk majlis Akad Nikah. Gila beb.... nerves. Waktu tok kadi tu pegang tangan aku memang aku pun tak rasa tangan aku sendiri. Akhirnya dengan 2 kali lafaz.... hahahahah 2 kali?? Ya 2 kali aku telah menjadi suami kepada mak encik aku.



Lepas ja akad nikah lebih kurang sejam kemudian terus ke Bagan Serai tempat butik pengantin tuh untuk sesi mekap dan tukaq baju pengantin lah. Tengok tuh kat atas rambut aku kalo boleh akak tuh nak letak sampai putih semua. Eh akak pulak.,.,. avang la....

Pak.. pak... pum pum dum dum dum dum pak pak pak pak pak pak dum dum dum... Yahooo the arrival of the bride. Abang dan kakak Nita menjadi pengapit kami.



Direnjis-renjis dipilis..... di tepungi la tawar.. Sedih dan terharu pun ada jugak tatkala mendengar pesanan ahli keluarga mertua aku semasa menepung tawar. "Jaga Nita baik-baik..." "Kawin ni sekali aja tau"... " Be a good husband.." " Ayah lepaskan dia untuk hang jaga Sepol"... Fuh terasa tanggungjawab yang begitu besar sekali untuk dipikul. Tapi aku tak la nangis. Ntah ayaq mata ni memang tak mau keluaq pulak.



Demikian saja sekilas majlis kenduri kawen aku pada 27 Dis 2009 yang lalu di Alor Pongsu Bagan Serai, Perak. Terlalu banyak gambaq yang ada dan aku pilih yang terbaik untuk disiarkan di sini sebagai simbolik moment aku bergelar suami.

Kepada semua.... TERIMA KASIH.