Thursday, January 21, 2010

Pre - Honeymoon

Alhamdulillah..setelah selesai semuanya di pihak lelaki di Kangar Perlis, kami mengambil kesempatan untuk pi Langkawi. Dah tak jauh pun. Nama pun Pre-Honeymoon. Jadi bilakah honeymon yang betul-betul? Tungguuuuu

Sampai ja kat Kuah terus amik keta sewa ke Makam Mahsuri.



Sangat suka rumah nih. Kalaulah...

Mak encik sangat teruja... sana sini dia pi terjah meninggalkan aku tertidur seketika kat rumah nih.
Dah nak dekat petang terus ke Pantai Cenang nak cari tempat bermalam. Sudah set dari awai nak cari tempat yang paling murah dan berpatutan. So dapat lah satu bilik kat Amzar Motel area Pantai Cenang nih. RM45 ja. Ok what.... yang penting tilam selesa dan air-cond. Ngeh..ngeh..ngehh

Kuaq sat pi cari makanan kat kedai depan motel ni. Online seketika sementara menanti makanan sampai...

Tadaa... simple dan sedap serta berpatutan..

.....
.....



Keesokannya headed to Awana Porto Malai. Ambik-ambik angin dan berangan jadi orang kaya sat.

Dalam gambar kelihatan mak encik bersama kereta yang disewa. Sangat koboi sekali keadaan kenderaan tersebut ya..





Macam kat Bali pun ada jugak kat sekitar kawasan dalam premis nih

Then headed to kereta kabel. 2nd time aku naik menatang nih. Dan tetap nerves dan mungkin akan nerves bagi seumur hidup aku. On the way singgah kat Marina apa ke nama ntah.

Harga RM30/pax ... kalo tunjuk mykad dapat half-price. Untung bukan menjadi rakyat Malaysia?


Berjalan-jalan di jambatan gantung di stesen kat atas. Fuh bergegaqqq oooo



Dalm sejam turun semula ke bawah dan bersiar-siar di kawasan Oriental Village. Terima kasih abang askar dan aweknya kerna menghulurkan bantuan mengambil gambar kami berdua.

Pusing pi pusing mai..beli coklat dua tiga guni, gamat la tak gamat lah, kain batik pelikat lah dipendekkan ceritanya sebelum balik perlu singgah di Dataran Lang sebagai simbolik mai Langkawi. Ayat ni diambil kerna teringat kata-kata yang diungkapkan oleh rakan aku di kampung.

Online sebentar kat stabak Jetty Point sebelum naik feri balik ke Kuala Perlis.

45 minit kemudian touch down kat Jeti Kuala Perlis dan ambil kereta yang disimpan kat Yusof Bee parking kereta dengan kos RM10 bagi satu malam kalo tak silap. Lepas singgah beli Laksa Kuala Perlis kat famili aku dan dalam 30 minit kemudia kami berdua selamat tiba di rumah.


*Kenduri di rumah aku akan di ceritakan kemudian hari...

11 comments:

Leez said...

Wahhh pre-honeymoon yg sangat santai berselipar jepun bagai.. :)

Nita, cantik spek pancasitara tu..huhuhu.

singAsong said...

hahahahaha....takde benda lain...

just gelak dan senyum je sepanjang baca blog anda...

FareeZan said...

eceh pre hornymonn...

aku ske gnbo mak encik yg ada sayap tuh.. hehe kewl.

illa said...

wow lidah....
sup lidah terbaik!

sepul said...

kak leez..
ya memang santai pun. unplanned honeymoon

sepul said...

song..
apa yang anda gelakkan itu?

sepul said...

jeejan...
tenkiu tenkiu

sepul said...

illa..
hehehehe mau tau laaaa

MOLY said...

dah lama x ke langkawi
saya nak honeymoon jugak !!

sepul said...

Moly..
jom nanti kita gi langkawi.

@xiM said...

so honeymoon betul betul bila tuh??

jeng jeng jeng..

anda berdua ialah sepasang suami isteri yang sungguh sempoi..:p