Wednesday, September 21, 2011

Aneboda




















TADAAAAA....... SUDAH SIAP !

Panggilan Tak Hangit

2-3 hari lepas terima panggilan yang tak berapa nak hangit daripada nombor +320267949,seorang Cina yang mendakwa daripada AEON Credit Sdn. Bhd. Mengatakan bahawa aku ada hutang kad kredit tertunggak sebanyak RM 9760.00. Sekali lagi beliau mendakwa nama dia Steven Chong. Cakap memang pelat Cina pekat sangat. Sampai kadang-kadang aku pun tak faham apa yang dia nak cakap sebenarnya. Biasalah bila dia kata aku ada hutang sampai banyak tu aku pun agak cuak. Lagi cuak bila dia sebut nama aku dengan tepat dan baca no IC aku dengan tepat. Sapa tak cuak?

Jadi aku tanya lagi di mana aku apply kad tu dan pada tarikh bila serta dimana transaksi terakhir? Dia kata lagi aku apply kad tu di pejabat AEON JB pada 4 Julai 2011. Tarikh isu kad tersebut pada 20 Julai 2011. Siap bagitau lag no kad kredit 5460 7500 4870 1840. Kredit limit adalah sebanyak RM10,000 dan transaksi terakhir sebanyak RM9760.00 di Sentosa Casino Singapore. Ok masa ni memang aku duk bertekak dengan dia kata identiti aku dicuri dan dia pun sambung lagi " Kami faham. Selalu terjadi kes macam ini encik. Tapi takpa jangan Risau saya akan panjangkan kes encik ini kepada pihak Bank Negara Malaysia. Dalam tempoh 10 hingga 15 lagi mereka akan call dan akan siasat ke ini dengan encik. Aku mula tak sedap hati. Nasib baik makencik kerja kat bank. Call dia tanya betulkah prosedur macam ni? Dia kata pelik jugak Bank Negara memang tak akan call balik mana-mana pelanggan untuk kes macam ni. 

Betul. Lepas 15 minit lebih kurang terima satu call daripada nombor +326988044. Memang aku tak jawab lah sebab pelik sangat kot. Dua kali miss called. Huh cubaan nak menipu aku lagi.

Lepas tu aku verify sendiri dengan call center Ibu Pejabat AEON kat Jalan Raja Chulan di nombor 03-271 9999. Bercakap dengan Yati. Bila aku cakap ada terima daripada individu nama Steven Chong bagitau aku ada hutan RM9760.00 terus Yati sambung " dia kata transaksi terakhir di Sentosa Casino Singapore? " Aku tanya eh mana tau ni? " Cik, setiap hari kami duk terima aduan yang sama daripada beratus -ratus orang cik. Jangan terpedaya Bank Negara tak akan call punya lah. Jadi sekarang ni saya nasihat cik pi buat laporan polis segera".

Phewww. Lega. Masa dapat call tadi daripada Steve Chong ni cuak la jugak sebab tengah drive tiba-tiba ada orang bagitau macam tu. Jadi kepada semua yang dapat panggilan macam ni just be extra careful.

Monday, September 19, 2011

Abah dan Anak Bersama

Setiap hari minggu (baca: Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am yang lain ) aku akan berlari. Kalau tak berlari akan rasa macam serba tak kena. Alhamdulillah dah hampir 2 tahun aku mengekalkan aktiviti ni. Inshallah jika diizinkanNya aku nak cuba mengekalkan aktiviti ini sepanjang hayat aku.

Sejak kebelakangan ni Umar bangun awal. Sekitar 6.30 hingga 6.45 pagi sudah celik mata dia. Yes my amazing hero. Sengaja hari tu bawak dia ikut bersama-sama aku jogging kat tempat kegemaran di Taman Rekreasi Lembah Kiara Taman Tun Dr. Ismail.
Sesampai aku parking dia kat depan tasik dan ambik masa lebih kurang 5 minit untuk aku stretching.



Let's go bebeh



The scenery










Berjaya menamatkan 4.18km. Lepas habis dia pulak yang dahaga. Hmmmm.

Wednesday, September 14, 2011

Nasi Kandar Kudu

Minggu lepas masih ada baki cuti raya 2 hari pada Isnin dan Selasa. Telah berada di Kotaraya sebab orang rumah dah mula kerja. Tengahari menjelma rasa lapar amat sangat. Teringat sebuah kedai yang nak sangat aku pi tapi tak tersampai-sampai. Peluang ada jadi mari kita ke sana.

Nama kedai ni Restoran Kudu bin Abdul Penang Nasi Kandar. Terletak di No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari sehingga lebih kurang jam 8.30 malam. Kalau nak pi terus saja ke Jln Tuanku Abdul Rahman kemudian slow-slow rapat sebelah kiri dan bila nampak Honda showroom terus belok kiri dan cari lah parking. Ia betul-betul di simpang depan Honda. 





Bila sampai kat sini dah pukul 12.20 tgh hari lebih kurang. Pehhh panjang nya beratoq. Mungkin ni nasi kandaq beratoq versi KL. Tapi memang panjang jugak lah. Hampir 40 minit beratoq akhirnya giliran aku sampai jugak.




Kebanyakannya golongan pekerja sekitar sini lah kot aku rasa.



I smell foods. Good foods.



Mungkin ayam kicap ni jadi killer menu kat sini. Semua orang kebanyakannya duk ambik ayam ni. 



Makanan tengahari pada hari itu. SO JUICY !



Bau sangat sedap. Bila masuk mulut aku...fine! Nasi kandaq Kudu memang sedap seperti yang diperkatakan. Tak sia-sia mai makan beratoq lama. Kuah kicap dia tu yang sangat sedap. Just nice. Ok sedap. Memang sedap dan lazat. Macam nak tambah nasi lagi. Tapi cover. Lain kali saja mai makan. 



Di samping itu minuman yang diorder bandung special. Eh sedap lah. 



Khabarnya kedai ni mejadi antara tempat kegemaran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mai makan. Dekorasi sangat sempoi dan memang kalau kedai macam ni orang mai untuk menikmati kesedapan nasi kandaq. 



Gambaq-gambaq lama restoran ni di zaman 60an dan 70an turut dipamerkan. Kat sini duduk lah sebelah menyebelah dengan orang yang kita tak kenai pun. Sebab tujuannya hanyalah menikmati rasa yang enak tu. Kemudian blah. Bukannya untuk bersembang melepak lama-lama.

Saat aku menikmati nasi kandaq ni aku toleh ke belakang tengok.. pehhhhh makin panjang barisan orang yang gigih beratoq.

Overall.. yes highly recommended.

Monday, September 12, 2011

Nasi Vanggey Ipoh

Lepas beraya kat Aloq Pongsu, hari Sabtu 3 September kami balik semula ke kotaraya yang penuh dengan tipu muslihat. Kota metropolitan yang menjanjikan seribu satu peluang dan harapan kepada insan-insan sejagat khususnya warga perantau dari desa. Ok sudah nanti jadi novel pulak.

Menyedari akan kesesakan di highway PLUS menghala ke Kelumpo dari Alor Pongsu kami ikut jalan lama menyelusuri Taiping, Kuale Kangsor, Sungai Siput, Chemor dan seterusnya ke Ipoh. Memilih untuk berhenti di Ipoh sebab nak singgah di Restoran Nasi Vanggey yang khabarnya sangat terkenal dan enak. Khabarnya.

Secara tepatnya alamat kedai ni kat 5A, Lebuh 1, Greentown Business Centre,Ipoh, Malaysia. Kalau ada GPS set kan seperti gambar di bawah ini:

Koordinat GPS ni aku dapat dari blog sini.

Kalau takdak GPS, nak cari kedai ni bila dah masuk Ipoh cari Hospital. Bila hospital ada kat sebelah kanan terus lagi sampai nampak Greentown Mall belah kanan jugak. Nampak simpang kanan yang kedua lepas tu belok masuk kanan dan kedai ni berada di sebelah kiri. Memang ramai orang makan kat sini.



Inilah front side kedai ni. 


 Just another kedai mamak.



Lepas dah beratoq yang tak berapa panjang dapatlah sepinggan nasik vanggey. Rasanya tidaklah seperti yang digembar gemburkan. Bagi aku biasa saja. Cuma yang aku perasa ayam kicap tu menjadi signature kat sini. Sebab mamak tu 2-3 kali asyik duk topap ja. 
Biasa saja. Sangat biasa. Rasanya tidak hingga terbawa-bawa.Setakat rasa di lidah aku la. Setiap orang lain citarasa. Tak salah mencuba. 



Umar suka sangat tengok orang main gitar. Sejak dari dia baby dulu. Mungkin mewarisi abah dia kot. Petang-petang kalau balik kerja duk main 2-3 lagu bukan main suka dia sampai terjerit-jerit terlompat. Suka sangat. Masa kami half way duk makan ada mamat busker ni mai busking kat depan sini. Antara lagu dia bawak Wondeful Tonite, Leaving on A Jetplane dan macam-macam lagi. Lepas makan bawak Umar pi dekat dia dan sedekah sikit kat mamat busker ni.
Ketidakpuasan aku kat nasi vanggey ni menyebabkan aku order sepinggan megi goreng. Nampak awek meja sebelah makan macam sedap. Tapi.....hmmmpph... tak sedaplah. Citarasa aku kot. Orang lain mungkin sedap. 

Bagi aku cukuplah sekali mai rasa nasi vanggey ni. Bukan citarasa aku. Yang pasti kalau pi Ipoh bagi hardcore nasik kandaq macam aku jangan lupa pi Jalan Yang Kalsom. 

Ok tata.

Friday, September 09, 2011

Petang di Kuala Perlis

Petang raya kedua adik beradik dan sepupus yang ada pi makan di Kuala Perlis.Tempat default ikan bakaq di Utara.



Masa ni semua makanan yang diorder dah sampai.



Tengah makan Umar meragam. Boring lah tu. Bawak dia pi jalan-jalan bagi cool sikit.



Udang goreng majerin



Sotong goreng tepung. Always the best in the world.


Air asam



Mentarang masak halia



Mix vege



Ikan siakap tiga rasa. Sebenarnya tak paham kejadah apa mai sini order siakap tiga rasa. Sepatutnya order ikan bakaq. Tapi since ini bukan kami punya program dan dah majoriti nak makan tiga rasa. Balun je lah.


Lepas siap makan balik. Kemas-kemas barang sebab esok pagi (raya ketiga) nak balik ke Aloq Pongsu.

Thursday, September 08, 2011

Suka tengok kereta

Umar memang bangun awal. Sekitar jam 7 pagi dia dah bangun. Sedapnya cium Umar bila dia bangun. Masam-masam susu. Wahhh sangat wangi. Cium ibu Umar jugak. Tetttt. Ok kalau kat kampung awal-awal macam ni suka bawak dia pusing-pusing sekeliling rumah. Maklumlah rumah kat kampung kawasan sekeliling agak luas. Ada kebun lagi kat belakang rumah. Bukan sekarang ni kebun la. Dulu masa arwah Tok Ayah ada lah. Sekarang ni hanyalah tanah lapang yang dipenuhi beberapa pokok kelapa dan semak samun.



Kakak Hana, Umar pinjam kenderaan sat.




Sebenarnya dia suka tengok kereta lalu lalang depan rumah. Suka sangat ia sampai tersenyum-senyum. Kalau ada orang lalu naik basikal depan rumah dia akan menjerit-jerit. Lalu dibalas dengan lambaian oleh tuan empunya basikal atau motorsikal tersebut. Bila tengok mata dia dah mula layu disulami dengan menguap, ok dah mengantuk. Masuk umah kasi susu....zzzZZzzzZZZzzz.....

Wednesday, September 07, 2011

Masih cerita raya

Assalamualaikum. Biasalah dah musim raya. Blog sana sini cerita raya. Aku nak selit sikit jugak. Bukan apa sebagai rujukan di masa hadapan mungkin. Bila dah tak aktif blog. Dengan harapan dapat mengimbau semula memori.

Balik beraya di Perlis. Sebelum balik singgah berbuka di Aloq Pongsu. Best kan kalau kampung wife satu jalan menghala kampung kita? Jarak lebih kurang 3 jam saja. Meriah kat sini sampaikan susun meja kerusi buka kat luaq la. Macam kedai. Sangat meriah. Ok 2 kali perkataan meriah.






Tidoq satu malam di sana sebenarnya. Esok nya sebelum balik pagi-pagi lagi keluaq nak pi basuh kereta. Biasalah raya. Ya betul. Semuanya sebab raya. Ramai sangat orang. Hmm tunggu je lah. Nasib baik dah beli paper dan bawak ipod. Hilang bosan seketika.




Perlis musim hujan masa dekat-dekat nak raya. Lebih tepat lagi gambaq kat atas ni sehari sebelum raya. Baru ja sampai dari Aloq Pongsu. Kan dah basuh kereta kan? Hmmm hujan lebat sangat turun. Takpalah nak buat cemana. Kereta kita. Tetap kena basuh jugak.


Malam raya. Ramai kawan-kawan lama sudah ada kat kampung. Kawan-kawan dari sekolah rendah dan sekolah menengah jugak. Berjumpak sembang gelak dan macam-macam lagi. Hujan lebat waktu ni. Gasaklah. Ada bumbung. Masa ni MU bantai Arsengeh 8 bijik berbalas 2. Sayangnya astro kat kedai takdak. Biasa la hujan tengah lebat. Ada member bawak lah Samsung Galaxy Tab 10.1. Duk tengok live score je lah. Ada member sorang baru beli kamera DSLR Nikon 3100. Kena bahan teruk malam tu. Tapi style hari kering tak ambik hati. Biasa la kami dah kenal lama sangat. Kawan-kawan lama lain dengan kita kenal kat dalam internet ni. Kita tak kenai hati budi depa macam mana kita kenai kawan-kawan lama kita. Tapi tak semuanya macam tu lah. Faham? Terasa? Gi mampos ataupun bahasa kampung aku pi mampuih.


Balik kampung memang kebarangkalian digetit nyamuk sangat tinggi. Lihatlah kapoq di muka Umar. Tok yang letak nak kasi hilang kesan gigitan dengan cepat. Berkesan.



Namanya Kek Gemala Sari. Mak aku tanpa gagal buat kek ni setiap tahun sejak aku sekolah menengah lagi. Seingat aku lah. Sedap masam-masam. Menu istimewa hari raya.



Malam raya semua saudara termasuk tok baba & tok berkumpul di rumah. Ada jamuan satay Pak Man. Sedap tak terperi. Sedap lagi bila dapat berkumpul ramai-ramai. Hampir pecah rumah. Raya kan? Siapa yang tak suka.

Hari raya kan hari untuk bergembira dan meraikan kemenangan. Bukannya untuk bersedih-sedih. Kalau nak melawat kubor tak payah tunggu raya baru terhegeh-hegeh nak pi. Bila-bila pun boleh. Tapi tak lah salah kalau nak pi masa raya pun. Cuma dikhuatiri akan mengundang kesedihan dan kedukaan. Pesan Tok Baba kat aku. Ini semua adat kita saja. Bertanya kat Tok Baba lagi. Depa duk kata orang Perlis tak baca doa lepas sembahyang. Tok Baba kata faham tak apa yang kita ucapkan dalam sembahyang itu apa? Mana lebih baik berdoa dalam sembahyang atau berdoa lepas waktu sembahyang? Tapi tak salah pun nak doa lepas sembahyang. Cuma ramai orang duk kata orang Perlis ni kebanyakan tak buat seperti kebiasaan. Tak buat tak bererti salah atau berdosa. Sebab tu orang duk kata orang Perlis ni ajaran WAHABI. Tau Wahabi tu apa? Find out urself. Oh by the way aku tak amalkan doa Qunut dalam solat Subuh.


Aku bukan ustaz. Cuma berkongsi secebis ilmu yang ada di dada.