Monday, May 30, 2011

Universal Studios Singapore : episod 1

Tarikan terbaru di Singapura adalah Universal Studios Singapore yang dibuka kepada umum pada tahun lepas. Ramai kawan-kawan aku dah mai sini. Hatiku melonjak-lonjak untuk turut sama mai ke sini. Alhamdulillah aku sempat mai sini hari Sabtu lepas.

Dari KL lebih kurang jam 8.30 malam aku meluncur laju bersama jentera Power of Dreams ke JB. Sampai kat JB sekitar jam 12 tengah malam lebih dah. Masuk JB ja terus aku cari arah ke Danga Bay sebab dah buat reservation kat KOZI HOTEL. Tau pasal tempat ni pun melalui beberapa orang kenalan. Tapi ramai yang sajes ambik TUNE Hotel. Maybe next time. 



Dia macam bajet hotel tapi ok la kot untuk mai tidoq saja. Rate untuk bilik aku RM98 tapi dapat bilik takdak tingkap. Hmm masa dalam telefon booking dia tak cakap, yang aku pun tak tanya. Takpalah cuma mai untuk tidoq saja kan.

Bangun pagi siap-siap semua lebih kurang 8 pagi dah check out nak pi cari makanan. Hotel ni mana provide breakfast la. Pusing merata town JB jumpa kedai apa nama ntah tepi jalan singgah makan. Ada sahabat sajes pi kat Plaza Larkin tapi malas la buang masa cari jalan. Mana kedai yang jumpak makan situ ja.

Lepas makan, pi tukaq duit, isi minyak full tank kendian menuju ke CIQ JB. Kali pertama aku nak bawak kereta masuk Singaporaaa. Sebelum mai dah habis study maklumat dalam internet & tanya kawan-kawan.

Ok ni dah sampai CIQ dan nak menuju ke check point imigresen Malaysia. Ramai gilak orang maklumla weekend + cuti sekolah.  Dah sampai lane imigresen, puan tu ambik lah pasport kami bertiga. Pastu dia tanya 

" Kamu orang Perlis?" .... 
  aku jawab "Ya awat?".. 
  dia balas " La saya orang Perlis jugak".

Ok so jumpa orang kampung. Sempat la sembang pok pek pok pek pastu dia pun pulangkan balik pasport kami bertiga.


Yahoo off we go to Singaporaa melalui Tambak Johor. Lepas tu terus menuju ke Woodlands punya check point. Tang sini dah tak berani ambik gambaq. Satgi dia rampas kamera aku naya ja.


Ok dah start queue panjang gilak. Takpa sabaq. Sampai turn imigresen Singapora tu awek pakai spek. Aku bagi salam. Bagi passport, turunkan semua tingkap dia tengok orang-orang dalam kereta. Pastu bagitau dia, Kak..kami tak isi white card lagi. Ok so dia bagi kami isi la dalam kereta. Tunggulah kau kereta di belakang aku. Lepas isi semua pot pet pot pet ia bagi balik passport dengan keratan white card menuju ke RED LANE ZONE B untuk nak beli autopass. Bagi kenderaan yang pertama kali masuk Singapora kena beli autopass dulu. Kalo tak takleh masuk. Autopass ni hanya untuk satu kenderaan yang berdaftar makna kata tak boleh ditukar milik. Selesai parking ada orang mai approach then dia tengok no plat kereta dan road tax pastu dia bagi keratan yang dia tulis maklumat semua tu pastu kita queue lah beli. Bayaq 10 dollar singapora dia deduct berapa ntah 4$ kot kalo tak silap aku.  


Ini lah dia rupa autopass tu. Oleh sebab aku lupa nak snap gambaq autopass terpaksa dicilok dari blog abam paling hensem dalam dunia. Nak tau dia hensem ke tak pi la melawat blog dia. 

Lepas tu sampai kat kaunter Kastam depa mintak bukak bonet kereta dan tanya lah nak pi mana, bawak apa dalam kereta. Lepas tu ucap terima kasih dan senyum.

Kemudian pasang GPS cap ayam dan off we go to Sentosa Island. Senang gila pemanduan dengan bantuan GPS walaupun dia cap ayam saja. Nak ke Sentosa Island ikut BKE highway kemudian apa ntah aku pun dah lupa. Pertama kali drive kat Singapora rasa lain sebab speed limit hanyalah 80kmh sahaja. Kalo kena saman speed trap mampuih kena bayaq. Tak bayaq takleh keluaq ke Malaysia.



Ok dah sampai ke destinasi. Parking kat basement Resorts World. Kalo tanak masuk kenderaan direct ke Sentosa Island boleh ja parking kat Vivo City kendian ambik monorel atau kereta kabel ke sini. Sebab kami bawak Umar so nak kesenangan dan keselesaan so parking sajalah kat sini. A bit pricey gila-gila parking sini. Tapi .....anything for u my son ! Anything....everything....



Lepas naik escalator tadi tu berjumpaklah kita dengan globe pusing-pusing ni. Nak ambik gambaq sini memang kena sabaq. Kiri kanan penuh orang saja. Of all the pictures taken... i think this is the best kot. Terima kasih kepada mat saleh mana ntah. Dis happened when u fogot to bring ur tripod.



Gambar lagi dan lagi


Kat sekitar entrance Universal Studios ni ada beberapa tempat best-best lagi antaranya kedai coklat, Chilis, cafes, Hard Rock Cafe, Hard Rock Hotel dan lain-lain lagi.



So.... grab another collection in hand.2 helai classic tees and 2 balloons for Umar. Belon tu free aja. Tq akak Hard Rock.


Singgah sebenterrr di Hershey's Store.



Sejam jugak la duk pusing-pusing baru lah masuk dalam Universal Studios ni. Kebetulan malam tu ada grand opening, so boleh nampak decoration lebih pastu ada tempat yang depa susun kerusi untuk tetamu. Dengar cerita Jet Li antara selebriti yang mai.


Kawasan main entrance ni dilitupi oleh struktur bumbung daripada material apa ntah. Menyebabkan sedikit rasa panas dan berpeluh.



Masuk saja ke sebelah kiri ialah Universal Studios Store. Kalau terlebih duit tu beli la apa-apa yang berkenan di hati.



Antara panorama yang boleh dinikmati  di persekitaran Universal Studios.




Duk berjalan-jalan Umar merengek menandakan lapaq susu. So berenti kat Mel's. Makan je lah burger & fries.


Adanya tanda ni rasanya tak perlu was-was kot.




Beli pek makanan yang Woodywood Packer untuk Umar. Nak bekas dia sebenarnya. Dalam tu ada cheese burger untuk aku la makan.


Lepas makan nak pi basuh tangan ternampak benda ni. Hmmmm dah lama iPad ni ada.

Ok nanti sambung lagi.

Laptop Rosak

Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakSAYA BENGANGLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakSAYA KECEWALaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosak Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop Laptop rosa
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop
Laptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop rosakLaptop

Tuesday, May 24, 2011

Musim Harumanis

Buah mangga harumanis hanya terdapat di negeri Perlis.(Betulkan jika aku silap). Ia kini menjadi produk 'emas' negeri Perlis. Musim buah ini selalunya sekitar bulan April hingga Jun setiap tahun. Tapi tahun lepas dia menjadi lebih kurang 2 minggu saja. So kalau tiba musim harumanis memang aku tak akan ketinggalan balik kampung lah. Dah anak jati Perlis kan.

Minggu lepas cuti seminggu balik kampung. Puas! Kakak aku bawak pi cari buah harumanis kat kebun anak murid dia. Memang murah gila. Sekilo RM7. Mana nak cari? Hanya di kebun harumanis Kg. Paya Kelubi. Kalau yang jual kat tepi-tepi jalan tu lebih kurang RM 10-15 sekilo.




Petang tu hujan renyai-renyai. So redah jugak la pi kebun. Kakak aku yang drive.



Nak redah ke kebun ni memang aku tak reti nak explain macam mana. Jalan menghala ke arah Padang Besar melalui Bukit Keteri.




Ok dah sampai. Buah yang sedang mekar nak masak perlu dibalut untuk mengelakkan serangan serangga perosak.




Lagi sekitar suasana di kebun.




Dalam kebun ni ada dangau tempat tuan pengusaha untuk rehat-rehat dan bahagian belakang dijadikan tempat penyimpanan sementara buah yang dimasak. Ada juga ruang untuk tidoq. Depa kena berjaga kat kebun ni takut pencuri yang duk masuk kawasan kebun ni mencuri buah-buah. Time musim-musim tengah duk menjadi ni memang ramai yang nak ambik kesempatan. Aku memang teringin sangat nak tidoq dalam dangau ni sambil menjaga kebun macam ni. Hmmmm inshallah mungkin suatu hari nanti. 




Floor plan kawasan kebun ni.




No. telefon dan alamat .




Sambil duk tunggu buah yang dipesan, lepak dulu dalam dangau ni. Lagipun tengah hujan ni.




Ni ha anak murid kakak aku. Rajin duk tolong bapak dia petang-petang macam ni.




Bahagian belakang dangau.


Buah yang dah siap dipilih.



Baguih budak ni siap tolong angkat pi kat kereta lagi.



Dah siap-siap haplod. Mari kita pulang.........



Ferhhhhh..... inzal 1000000000000000000 kali !

*semua gambar-gambar di atas diambil menggunakan Blackberry 9780

Sunday, May 15, 2011

Port Dickson : episode 4

Nak updet 2 hari lepas tapi macam semua sedia maklum. Blogspot punya server down. 

Ok mari kita sambung cerita. Bangun pagi lebih kurang jam 7 lepas subuh dah plan nak pi jogging. Kebetulan abam ajimashaary pun nak pi jogging so kami bersama-sama melakukan aktiviti sihat ini sambil berpegangan tangan lah. (ok yang ni tipu). Taktau nak lari pi tang mana duk pusing kat dataran teluk kemang ni lebih kurang 2.2 km.





Menyelusuri pantai Teluk Kemang yang tak berapa menarik sangat dah.



Lepas duk ambik gambaq tepi pantai ni ternampak beberapa deretan gerai yang dah bukak duk jual breakfast. Duk pikiaq menarik jugak minum kopi makan nasik lemak tepi pantai macam ni.



Call Nikli ajak join sekali tapi lebih kepada memaksa beliau mai join kami la. Ada perkara penting untuk dibincangkan. Sebelum dia mai sempat suruh dia passingkan berus gigi kat makencik. Ya aku dan isteriku share berus gigi. Any problems?



Kami pilih makan kat satu gerai ni. Tengok bungkusan nasik lemak macam power ja. Tapi herhhh..hampes. Sambal tak sedap. Tapi rezeki makan je lah.



Selang beberapa ketika Burn join sama.



Nampak macam sedapkan? Hmm yang lain ok la cuma tang nasik lemak ja.


Kendian wife Nikli , Yus pun mai join sama. Duk sembang pasai chemistry dgn azim sampai aku taktau nak buat apa. Biasa la bila orang yang kerja satu bidang dengan kita ni berjumpa memang keluaq habih terms terms apa semua tu.


Lepas duk sembang-sembang makan minum dalam kul 10 kami beransur lah. hari tu cuaca sangat elok. Orang pun dah mula ramai kat kawasan sekitar pantai ni.



Tengok pool pun dah semakin ramai budak-budak duk mandi. Herrrhhhh....




Balik tengok semua pakat dah bangun. Depa duk perangat balik lebih lauk pauk semalam. Thanks Buzu sebab bawak mai microwave kecik. Boleh la panaskan balik. Memang sedappppp. Lebih-lebih lagi ayam tu. Cecah mayonis dengan coleslaw. Ferrhhh.



Umar pun dah bangun. Masa ni dia tengah makan nestum. Oh masamnya kamu....



Sementara yang lain-lain pun duk makan sambil layan Dragonball kat ntv7. 



Lepas makan, rilek-rilek bagi makanan tadi turun sikit barulah boleh terjun ke dalam kolam. Kali ni semua all out. Ye la sebab satgi dah nak check-out dah.



Bila duk tengok semula gambaq-gambaq ni tergelak aku sorang-sorang. Duk teringat bunyi percikat ayaq kolam tu. Kedebushhhhhhhhhhhhhh !!!!



Ini pulak acara terjun berjemaah




Lepas tu pakat duk main tolak-tolak macam ni pulak. Lawak!


Sesi bergambar dalam ayaq.


Lepas semua dah macam letih, lebih kurang pukul 12.30 semua naik untuk bersihkan badan, siap-siap packing nak check-out. So before check-out kami setelkan berkenaan bayaran apa semua. Total 14 orang lebih kurang RM30 ringgit sorang kalo tak salah aku. Ntah aku pun dah lupa. Banyak makan kepala ikan sangat kot. Tak pun banyak termakan semut. 

Ada satu sesi bergambaq depan entrance resort ni tapi tak sempat nak kopipes daripada kamera abam. Takpalah nanti usha blog dia untuk lain-lain gambaq. Lepas tu kami terus menuju ke Senawang sebab nak pi makan Nasik Arab Damsyik. Tu pun pi refer kat blog abam.

Lebih kurang jam 4 lebih selesai makan kat situ kami pun beransur pulang dengan senyuman kegembiraan walaupun keletihan yang sangat maksima. Ada umur dan rezeki kita jumpa lagi. Ok tamat cerita kat PD.