Tuesday, January 31, 2012

Sarapan di Pasar Bagan Serai

Pemandangan dari salah satu sudut di Pekan Bagan Serai, Perak.



Tenang dan pergerakan kehidupan perlahan. Tidak seperti di kotaraya metropolitan.



Neskepey ais dengan pak tongko. Ada yang panggil cakoi. Sedap. Rangup. Panas-panas. 4 biji rm 1. Murah bukan.



Makan bihun sup sama mee goreng. Sedap.



Jalan-jalan beli barang makan. 




Just another pasar pagi di sebuah pekan kecil.

Monday, January 30, 2012

Gigih Balik Kampung di musim CNY


Jalan jem bukan kepalang. Demi nak balik kampung apa pun tidak boleh menghalang lagi. Cadang nak keluar rumah jam 3 pagi 21 hb Januari lalu. Sekali terlajak tidoq bangun jam 6 lebih. Siap-siap pukul 7 jugak keluaq. Sebaik saja mula keluaq Tol Kota Damansara sangat sangat pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dah boleh nampak betapa hebat dan dahsyatnya kesesakan. Deh. Gagah jugak la.




Terpaksa menjadi pengguna yang mementingkan diri. Aku bantai laluan kecemasan dari Sungai Buloh hingga ke Tanjung Malim. Just imagine. Decide nak ikut jalan dalam aku exit Tanjung Malim.




Nampaknya semakin ramai yang exit kat Tanjung Malim. Nak singgah tandas pun memang ramai sangat-sangat.



Singgah makan di warung kat tepi jalan kat Tanjung Malim. Makcik warung kata hari ni dah ramai singgah makan kat warung dia dan hampir keseluruhannya sama tujuan macam kami. Balik kampung.




Order teh ais, nasik lemak dan roti canai. Biasa saja.




Lalu di Pekan Tanjung Malim. Ingatkan jauh lagi nak sampai ke pekan dia. Kalau tau tadi singgah makan kat Pasar Awam ni pun takpa. Mesti lagi banyak pilihan makanan kan.



Jalan menuju ke arah Slim River.


Ni Pekan Bidor.



Lepas Bidor lalu Pekan Kampar.



Tiba di Pekan Gopeng. Ada satu yang menarik perhatian aku kat Gopeng iaitu ada struktur Paip Besar Gopeng. Tak pernah dengar pulak pasai benda ni.

"Gopeng juga mempunyai kesan sejarah perlombongan yang hampir pupus iaitu paip air gergasi. Batang paip besi dan laluannya sepanjang yang dianggarkan 14.5 kilometer batu itu pernah menjadi mercu tanda Gopeng ketika era kegemilangan industri perlombongan tetapi kini dipandang sebelah mata sebagai ‘besi buruk’ yang langsung tiada nilainya.
Jika dikira usianya, dianggarkan sudah lebih 160 tahun tetapi mungkin bagi pihak berkuasa tempatan, paip itu hanya suatu yang menyemak mata memandang dan perlu dibuang tanpa sebarang usaha mengekal atau menjadikan sebahagian daripadanya sebagai bahan sejarah." Berita Harian 3/5/2010
 
 
 

Kami masuk semula ke lebuhraya daripada Simpang Pulai sebab tengok sepanjang laluan kat lebuhraya dah mula lancar.




Exit Bukit Merah sebab jalan baru yang menhubungkan ke Alor Pongsu sudah siap. Jimat hampir 45 minit sebab selalunya akan exit Kamunting lepastu guna jalan biasa nak ke Bagan Serai dan Alor Pongsu. Memang terasa sangat dekat bila jalan ni dah siap.




Setelah hampir 6 jam memandu barulah selamat tiba ke kampung halaman. Kampung bini daaaaaa.

Friday, January 20, 2012

In Penang


Lokasi : Kek Lok Si Temple, Penang

Yeahh


Lamanya tak jamming. Next 2 weeks balik Perlis. Sabar.

Antenna



Lokasi : Parking B1 IKEA

Makan Malam di Ikea Restaurante


Sempena CNY ni seperti kebiasaannya setiap tahun IKEA Restaurant ada buat menu special. Seperti tahun lepas tahun ni punya menu Whole Chicken with fries atau bahasa modennya ayam sekoq. Murah ja cuma RM15.80. See murah kan. Untuk tahun ni dah 2 kali ku makan. Saja gatai nak buat entry. Seperti biasa guna kamera henpon cap ayam saja.










Tapi biasa la kami kan nafsu makan macam kuda belang di tengah padang.






Umar behaved very well. Walaupun di saat-saat akhir dia boleh pi tuang pinggan spageti tu ataih kepala dia!  T______T



Thursday, January 19, 2012

Minda Seorang Lelaki


Lokasi : The Curve

Spek Baru



*Brand : Marc Jacobs, MYR 800 ++, The Curve

Lingerie punya cerita


 Daripada Seremban 2 kami plan nak terus balik rumah saja. Tiba-tiba kat simpang Sunway Damansara nampak banner warehouse sale pakaian dalam. Apa lagi mak encik ajak aku singgah. Tempat dia kat dalam kawasan perindustrian kat area-area Sunway Damansara lah. Kalau daripada IKEA tu terus saja masuk terowong nampak Houz Depot belah kiri pastu trafic light kedua lepas tu masuk kanan.




Orang tak ramai sangat. Nampaknya lingerie (baru aku tau sebutan betulnya adalah lon-jeray) sahaja yang ada. Untuk lelaki nggak ada. Turun la jugak walaupun ada sikit malu-malu kucing parsi di muka ini. 




Dah nama warehouse sale memang murah sangat la kot aku rasa. Seleksi bra dgn spender dari jenama CK, AIX dan lain-lain semuatu lebih kurang RM5-20 aja. Borong sakan la.




Dua orang lelaki yang termanggu-manggu sementara menunggu bini habih shopping. Terpaksa keluaq dari kereta sebab panas. Pasang ekon pun takleh sebab macam tak selesa. Ok apa turun tengk amoi-amoi duk fitting bra kat dada depa.

Wednesday, January 18, 2012

Peluh di City Park Seremban 2


Setiap hujung minggu dan lain-lain cuti (Sabtu dan Ahad) aku akan pastikan masa aku dan Umar Shadiq sekitar jam 6.30 pagi hingga 9 pagi dihabiskan untuk aktiviti kecergasan. Tudia kecergasan ayat kerajaan sangat.

Lepas balik dari The Curve beli selipar Umar hari sabtu haritu ntah macam mana nak tergerak pi Seremban 2. Rumah kakak di sana. Esok pagi dah bangun sekitar 6.45 pagi siap-siap bawak budak kecik ni lebih kurang 6.55 pagi dah sampai. Sepelaung ja rumah dengan City Park Seremban 2 ni.




Ni kali ketiga aku bawak Umar mai sini. Seperti baisa memang ramai orang. Mungkin sebab hari Ahad.








Satu pusingan tasik kat sini sebenarnya lebih kurang 500 meter lebih saja. Kecik aja. Boleh la buat beberapa kali pusingan. Macam biasalah sambil aku lari slow-slow aku tolak stroller Umar. Dah buat macam ni sejak umur dia 10 bulan lebih. Suka dia.







Pagi tu turut serta dengan kami ialah anak buah dengan tuan rumah la. Tu yang bawak raket badminton boleh la main bagi berpeluh lagi dengan jayanya. Lepas lari selalunya aku akan buat lompat tali sikit. Very effective and practical way to sweat. I mean a lots and lots of sweat. Tapi kena hati-hati lah sebab kalau salah teknik nanti mudah sangat cedera kat lutut dan bahagian kaki kita.




Sedang Umar dilayan oleh tuan rumah pi tengok fish...aku dengan anak buah main badminton.

Dah lama jugak aku tak lari seorang. Tapi tak kisahlah aku enjoy sangat lari sambil tolak stroller. Masa ni sempat jugak aku habiskan 5.7 km. Umar pun suka tak banyak ragam. Kalau boleh nak ja aku buat setiap hari macam ni kat dia. 

Kalau setiap pagi aku nak pi kerja dia akan bangun sama-sama masa aku cium dia terus nak aku dukung ingat nak bawak pi taman.Ibu dia duk eksplen tiap-tiap pagi hari ni tak boleh la Umar. Tunggu hari Sabtu ni ye. Petang ni kita main kat taman. Tapi Umar masih menangis. 

Tuesday, January 17, 2012

Selipar baru

Masa kat Jalan Bellamy bila Umar dah start boring merengek-rengek bawak la dia jalan-jalan ka depan tu. Perasan kasut dia dah macam nak pecah. Kaki kembang. Bulat. Macam roti burger.




Lepas selesai makan, balik semula ke Mutiara Damansara. Biasalah hari kerja ka hari cuti ka memang kami duk menempek kat area situ aja. Jarang sesangat sangat nak mai belah KL ni melainkan ada hal penting. Jalan-jalan kat Curve masuk FOS ternampak selipar untuk budak kecik nih. Ni kalau tak silap aku selipar ke dua dia selepas yang dia pakai la ni. Memang aku jarang sangat beli selipar. Kasut pun dia ada 2 sahaja. Tak perlu banyak-banyak kot untuk dia. Tapi kalau baju dengan seluaq hurmmm memang banyak gila.




Tadaaa... RM20. Saiz S. Boleh la takat nak pakai pi main kat taman. Selipar bapak dia ada tulih twitter pemberian daripada seorang sahabat nun jauh di Miri.



Hurmmm bila dah bagi berjalan dengan kasut baru bukan main lagi. Berlari-lari menjerit. Ntah apa la yang di duk seronok sangat. 

Kesimpulannya i love umar.

Monday, January 16, 2012

Jalan Bellamy

Hari Sabtu haritu makan tengah hari kat ikan bakaq Jalan Bellamy. Mostly warga kota dah sedia maklum tentang kewujudan tempat ni. Dah banyak kali jugak aku ke sini since 2007 yang lalu. Kali ni tergerak nak buat sedikit catatan. Betul-betul terletak di belakang Istana Negara yang lama. Jalan a bit tricky. Kena ikut jalan ke Dewan Bahasa dan Pustaka dan ikut arah Bukit Petaling.


Ikan Bakar Gerai No.3
Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, KL
GPS Coordinates: N3 07.835 E101 41.686 




Dulu masa 2007 - 2009 kawasan ni susah sangat nak cari parking. Sebab tu aku suka mia sini dalam lingkungan jam 11 pagi sebab masa ni orang tak ramai sangat jadi senang sikit nak cari parking. Tapi hari tu aku pi tengok belakang kawasan gerai ni dah siap ada taman lagi. Kawasan parking pun a bit luas sikit la.




Gerai no.3 ni sentiasa jadi idaman. Tak pernah pulak duk try gerai-gerai sebelah dia. Ada lebih kurang 3 gerai di sini.




Hari tu ambik lauk ikan susu dengan pari. 1st time merasa ikan susu. Jenis tulang banyak macam terubuk. Niat nak ambik talapia tapi banyak yang dah habis. Masa ni dah dekat pukul 3 dah jadi tak hairanlah banyak lauk yang dah habis. Sotong kerang udang apa semua pun dah habis. 






Pelanggan masih ramai. Sebenarnya ni 1st time bawak Umar mai sini. In fact, sejak Umar lahir ni 1st time kami makan sini. Dah lebih setahun dah tak ke sini. Tapi tak boleh selalu lah bawak dia sebab sini panas kawasan kecik. Tak selesa dia. Hari tu pun half way dah meragam.

Sunday, January 15, 2012

Selamat Hari Ahad

Selamat hari Ahad. Bersiaran dari Seremban 2. Baru balik dari jogging kat City Park Seremban 2. Really love the place. Sempat buat 5.7 km. Kemudian sambung skipping lebih kurang 15 minit. Tak ingat berapa reps yang aku buat. Aku sangat suka peluh di waktu pagi. Rasa badan sangat ringan. Feel the fat you can burn from foods u took last nite. How i wish everyday like disss. Ada snap gambar tapi guna camera fon saja. Nanti aku buat entry bergambar.happy weekend. 

Just a quick update from my tablet. :)

Saturday, January 14, 2012

Sebelum tidur

Tiba-tiba mata tidak mahu lelap awal seperti kebiasaan pada malam ni. Mereka berdua dah selamat dah. Aku berdoa agar aku mampu menjaga dan membimbing mereka bersama- sama ke arah yang lebih baik. Aku cuba. Untuk mencapai tahap yang mana aku berada sekarang ni banyak yang terpaksa aku korbankan. Setiap orang lain jalan hidupnya. Pandai- pandailah bawa diri. Hujan sekarang ni di luar sana. 

Harapan aku pagi esok tidaklah hujan ini berterusan sehingga ke pagi esok. Sangat aku nantikan setiap waktu pagi di hari Sabtu dan Ahad. Masa aku bersama Umar. Kami berdua. Tanpa ditemani ibunya. Masa kami berdua beriadah. Seperti biasa aku berlari sambil menolak stroller Umar. Dia pun dah biasa dan tak banyak ragam. In fact, regular joggers dan lain-lain dah kenal nama Umar. I hope this will lasts forever. How i wish. Inshallah. Abah sayang Umar sampai mati. Seperti yang abah katakan anything and everything for u Umar.

Sunday, January 08, 2012

You Know What

  1. U know what..when u lost your interest in blogging. Aku cuba nak update story Cameron Highlands hampir 5-6 kali sentiasa gagal. Ahh malas aku nak ingat. Dat's y. Dat's what happened.
  2. Apabila kebetulan yang tidak memihak kepada kita nescaya orang sekeliling akan mengambil kesempatan mengemukakan hypothesis masing-masing. That's sucks. Sucks big time.  
  3. Aku dah ada suri dalam hidup aku. Aku dah ada seorang zuriat yang sangat comel dan cakap banyak and who knows if God willing there might be another junior for me soon. Terima kasih Allah. Then what for aku nak ada skandal? Now u tell me. That's human. Please..don't hurt anyone by saying the things that is not true. It might hurt many other people.
  4. It's ok. I already forgive them. There's one proverb says...man always forget but never forgive. Woman always forgive but never forget? Or is it the other way round? Nahhh who cares anyway?



Thursday, January 05, 2012

Cameron Highlands for the 1st time in ma life..

Entry sepatutnya betul-betul lepas aku balik dari sini. Dengan gigih edit apa semua last2 bila nak update line internet kaput. Laptop kaput. Everything goes wrong. Terus jadi malas nak blog. Serius. Malas. Nak baca blog orang pun aku dah malas. Don't know why. Lately aku addicted dengan website news. BBC especially. Faktor umur kot. Tapi aku rasa rileks betul dapat jamah feeds daripada BBC ni. All sort of news to me are very interesting. Don't know why.

Pernah try update guna tablet. Duhhh. Tak payah lah. Aku bukan sabar sampai to the extend. Ok cut the crap. 

Pertama kali seumur hidup sampai sini.



Menginap di Century Pines Resort




Nice room with nice view. So relaxing. Sunyi sesekali disulami bunyian unggas dan cengkerik dari rimab berdekatan. Tanya bellboy, takda ekon ke dik? Dia balas "kat Cameron ni semua hotel takdak ekon cik" . Demmm malu aku. Baru aku tau. Bila hari dah petang nak memasuki senja sejuknya bukan kepalang. Itu yang aku rasa. Ya la tak pernah sampai Cameron. Genting pun dah berapa tahun tak pi.




Malam dinner di kedai apa nama ntah. Bertentangan dengan starbucks & marrybrown. Kedai ni tingkat atas. Telefon tanya kawan steambot kat kedai mana yang paling mantap.






Rasanya biasa sahaja. Takda apa yang istimewa. Sos dia pun biasa ja. Hebat lagi Ketam Village kat Ikano Power Center Mutiara Damanasara. Harga set untuk dua rang macam ni RM35 kalau tak silap aku.




Keesokan pagi bangun awal bawa Umar pi jogging sekitar kawasan Tanah Rata hadapan hotel ni. Cakap keluar asap menandakan kedinginan suhu di sini. Suka betul aku. Sangat rileks, sangat tenang dan sunyi. 








Aku suka lompat tali sekarang ni. Kalau outstation ke atau ke mana-mana i just loved to skip. Good for your heart. Tapi kena extra careful sebab easily effect lutut dan tapak kaki.






Lepas bersenam lebih kurang makan di coffeehouse.




Biasa-biasa saja seleksi makanannya. Standard hotel lah kan.




Lepas makan balik bilik rehat-rehat keluaq la meneroka keindahan Cameron Highlands ni.




Menuju ke Ladang Teh Boh di Sungai Palas


Jalan yang sangat sempit. Ngeri jugak.


Breath taking view





Ruang parkir
















Teringin jugak nak merasa teh yang segar. Rupanya mahal nak mampus. Memang ambik kesempatan betui depa ni. Sepatutnya lagi dekat dengan ladang / kilang teh mesti lagi murah. Ni cekik darah nak mampus. Tak ingat dah berapa harga tapi memang mahal la. Mahal-mahal pun masih ramai orang sanggup beratoq panjang. Termasuklah aku.







Terjumpak kawan kat sini. Baru ja selamat melangsugnkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya. Nampak inai di jari masih merah menyala. Umar buat muka pelik. 









Kat sebelah cafe tu ada muzium dengan kedai cenderahati teh boh. Harga tourists. Memang mahal. Tak beli langsung. Rupanya kat sini lah shooting Ombak Rindu buat. Pandai depa manipulate suasana bagi nampak macam opis. Lebih kurang sejam kat atas sini kami jalan turun semula ke parking kereta.











On the way nak turun tu nampak satu kawasan open space betul-betul kat ladang teh. Berhenti sat kereta snap gambaq cepat-cepat.


Dah petang sikit masa ni balik ke hotel rehat-rehat. Malam tu sekali lagi keluaq nak makan steamboat sebab tak puas hati makan malam sebelumnya. Kali ni lokasi tepi hotel apa benda ntah. Nampak macam happening dengan lampu neon  warna-warni. Orang pun ramai. Tapi rasa nya....hmmmm hampeh. Teruih malaih nak cerita. Ok esoknya kami balik KL ikut Tapah. Dehhhhh pusing-pusing jalan. Teruih rasa macam tak mau pi dah Cameron Highlands. Ntah la kalau-kalau kena outstation ke sini suatu hari nanti.