Saturday, January 14, 2012

Sebelum tidur

Tiba-tiba mata tidak mahu lelap awal seperti kebiasaan pada malam ni. Mereka berdua dah selamat dah. Aku berdoa agar aku mampu menjaga dan membimbing mereka bersama- sama ke arah yang lebih baik. Aku cuba. Untuk mencapai tahap yang mana aku berada sekarang ni banyak yang terpaksa aku korbankan. Setiap orang lain jalan hidupnya. Pandai- pandailah bawa diri. Hujan sekarang ni di luar sana. 

Harapan aku pagi esok tidaklah hujan ini berterusan sehingga ke pagi esok. Sangat aku nantikan setiap waktu pagi di hari Sabtu dan Ahad. Masa aku bersama Umar. Kami berdua. Tanpa ditemani ibunya. Masa kami berdua beriadah. Seperti biasa aku berlari sambil menolak stroller Umar. Dia pun dah biasa dan tak banyak ragam. In fact, regular joggers dan lain-lain dah kenal nama Umar. I hope this will lasts forever. How i wish. Inshallah. Abah sayang Umar sampai mati. Seperti yang abah katakan anything and everything for u Umar.

No comments: