Friday, December 09, 2011

Escape to Saigon 3

Pagi tu lepas sarapan memang plan nak ke Ben Tanh Market sekali lagi sebab macam ada barang yang perlu ditambah dan ditukar.



Makan roti Twiggies, pisang, roti cicah nescafe untuk mengalas perut bagi menghadapi hari-hari mendatang.
 


Lepas makan apa semua saja pi berjalan-jalan ke arah belakang kawasan hotel pulak. Sebenarnya Bangunan belakang trafik lait tu la hotel tempat tinggal aku. Sepanjang jalan tu memang penuh dengan hotel kiri dan kanan. Nak ke Ben Tanh Market pun tak jauh.



Sambil jalan-jalan tu sambil ambil gambar.





Lepas pusing ke arah belakang hotel tu tengok macam takdak apa yang menarik patah balik semula ke market ini.



Masuk ikut pintu belakang ni akan lalu ke kawasan pasar basah dulu. Uwekkkkk.







Macam banyak beli barang kat amoi yang bergambar dengan aku tu.



Lepas habis membeli ala kadar apa yang patut beredar semula ke hotel sebab nak check - out 





Lepas dah check - out apa semua tinggal beg kat receptionist. Ambik teksi nak pi ke Saigon Square. Ntah macam mana timbul idea nak ke sana mungkin duk dengaq orang Vietnam duk sajes kat sana baju good good veli veli chip.




Lebih kurang 15 minit perjalanan dah sampai. Sebenarnya Saigon Suare ni menjual pelbagai jenis pakaian, kasut, baju baby dan macam-macam lagi. Dia macam bukak booth kecik-kecik. Banyak jugak barang branded yang reject contohnya jaket baby biru  aku pegang kat atas tu brang Armani Exchange. Lain-lain jenama seperti CK, Hermes, LV, Lacoste, Salvatore Ferragamo dan macam-macam lagi. Namun begitu keasliannya memang tak dapat nak dijamin. Macam tak ori pun ada. Aku beli selai kemeja GAP kat Umar RM15 saja. Secara keseluruhannya ntah aku tak berkenan sangat mai Saigon Square ni. Bagi aku barang dia biasa-biasa saja. Kendian ambik teksi menuju ke arah Masjid Dong Du sebab nak pi cari kedai makan halal. Tapi masa cakap kat driver teksi tu dia tak berapa faham Masjid Dong Du..jadi cakap nak pi Sheraton. Mesti dia tau. Kalau dia tak tau...taktaulah nak cakap apa.



Bila dah sampai depan Sheraton ni dia dah satu lorong dah dengan Masjid Dong Du dan beberapa rangkaian restoran halal di sini. Alhamdulillah jumpa jugak. Niat memang nak rasa makan kat Halal Saigon ni. Dia betui2 bertentang dengan masjid. Sebelah dia ada restoran turkish sebelah tu pulak ada Bombay Indian Restaurant. Bertentang dia pulak ada D'Nyonya Halal Cuisine. Jadi pilihlah mana berkenan.



Masuk dalam premis ni anda akan disajikan dengan rangkaian lagu-lagu rock kapak seperti Ekamatra, Gersang, U-Topia, Blackrose dan tak ketinggalan lagu Datuk SimplySiti kita. Rupanya kecik aja restoran ni cuma dia dua tingkat la.



Lepas order saja hidangan mula-mula depa mai hantaq ayaq tebu suam complimentary sebagai pembuka selera manis berbicara tutur kata mu. Ok over. Nampak bekas hitam sebelah ayer kelapa tu? Dalam tu la dia letak ayaq tebu. Sedap tak manis sangat. Mintak refill free.



Antara lain-lain yang diorder. Ayam teriyaki, sup ketam, tomyam seafood, kangkung goreng belacan dan sebagainya.



Haritu aku makan nasik putih sama kari ayam. Sedap. Better daripada Satay House semalam yang aku rasa. Boleh la mungkin sebab lapaq. Mungkin jugak sebab aku tak rasa lain-lain tempat makan halal kat Ho Chi Minh ni. Bagi aku sedaplah. Alamat restoran ni Halal @ Saigon, 31 Dong Du Street, District 1 Ho Chi Minh. www.halalsaigon.com

Lepas makan lebih kurang apa semua singgah solat jamak siap-siap. Duk bersembang dengan tok siak kat masjid ni dia kata dia orang Champa. Ramai orang Malaysia duk kat Ho Chi Minh ni. 

Perjalanan diteruskan sebab aku nak cari Highland Coffee outlet. Ada kiriman dari tanahair. Menurut kawan aku dia kata Highland Coffee ni depa punya Starbuck versi di Vietnam la. Memang banyak. Sempat merasa Ice Black Coffee perasa Tradisional. Memang kaw nak mampos. Malangnya perasa kopi yang kawan aku kirim tu takdak. 4 outlet aku pi cari. Perasa tradisional dalam pek bungkus memang selalu sold out. Last-last aku beli perasa Moka saja.





Jalan-jalan pekan Ho Chi Minh. Terkilan jugak sebab tak sempat nak pi area post office dengan stesen keretapi. Duk tengok dalam gambaq bangunan dia memang cantik gila. Mungkin takdak rezeki takpa lah.








Daripada tengah-tengah pekan Ho Chi Minh tadi ni tahan teksi mintak bawak pi ke area Ben Tanh Market sekali lagi. Last minit shopping katanya.



Kemudian menapak kembali ke Lan Lan Hotel 1 sebab nak ambik beg beg yang ditinggalkan masa check out tadi. Dari sini kami ambik teksi dan terus saja ke Tan Son Naht International Airport. Sambil tunggu flight jam 7.20 malam duk minum cafe sud dha. Kopi ais depa. Kaw nak mampos. Sampai LCCT Sepang jam 9 lebih. Ambik bas pi KL Sentral daripada situ pulak ambik teksi balik rumah.



Pandangan peribadi aku tentang Ho Chi Minh City:

Sepanjang 3 hari 2 malam aku ada kat sini , alhamdulillah aku rasa kami dapat mengelakkan diri daripada ditipu. Aku rasa juga takdak pengalaman yang buruk dihadapi sepanjang berada di sana. Lain orang lain lah pengalamannya ye dok? Orang Ho Chi Minh bagi aku ok ja. 

- Kat Ben Tanh Market ataupun Nite Market kita boleh tawar harga walaupun taknak beli. Depa tak buat apa pun kat kita cuma buat muka masam pastu ada la sikit-sikit mengomel. 

-Sebenarnya kat Ben Tanh ni bagi aku takdak la yang unik sangat. Sepanjang kat Ho Chi Minh ni aku shopping pun baju kurung cotton dgn kain cotton, t-shirt hard rock classic design 2 helai, kemeja Umar sehelai dengan fridge magnet saja. Barang-barang lain ntahlah...tak berahi aku nak beli.

- Sebelum aku sampai sini banyak orang sajes guna US Dollar. Tapi aku rasa lebih senang guna Dong. Orang cakap lebih menguntungkan. Tapi tak salah pun guna US Dollar. Jika ditakdirkan aku sampai sini lagi di masa akan datang mungkin aku akan guna Dong saja.

-Bandaraya Ho Chi Minh macam sedikit berhabuk dan dipenuhi dengan motosikal. Bunyi hon pula menguasai suasana di sini. Hati-hati ketika melintas. Jangan teragak-agak. Jalan ja perlahan-lahan. 

-Kalau nak pi Chu Chi Tunnel kalau boleh janganlah bawak baby. Kesian dow. 

- Aku terkilan sebenarnya sebab beberapa itinerary yang aku siapkan melalui pembacaan, penyelidikan aku kat blog-blog orang yang dah pernah sampai dan juga pertanyaan aku kat saudara mara yang pernah sampai sini tak dapat diikuti sepenuhnya. Sebab? Ya sebab apa?
- Sebenarnya ni adalah trip bersama beberapa rakan. Bukan aku sorang pi. Ada 5 orang termasuk aku jadi la 6. Sebelum pi depa dah suruh aku buat itinerary apa semua. Yang jadi caca marba sikit tu sebab ada pulak yang ajak ikut kakak Malaysia yang kami jumpa kat Ben Tanh masa nak beli kain cotton tu. Jadi kami buang masa kat Hasanah Collection tu hampir 4 jam termasuk perjalanan lah apa semua duk pilih-pilih lagi. Juga aku tak sempat nak pi tempah suit seperti yang aku target kan di awal trip ini. Jadi macam tak guna la duk pulun buat itinerary apa semua last-last sampai sana macam tak tau apa nak buat dan tak tau kemana nak dituju. 

-Sebab tu aku secara jujurnya lebih suka travel dengan bini aku saja. Masing-masing dah paham. Tapi trip aku ke Vietnam ni ntah macam komplikated sikit la nak cerita. Takpa lah ia pun dah berlaku. Yang mana tak elok tu kita perbetulkan. Sebab aku memang tak suka duk buang masa dan tak ikut plan itinerary kalau pi travel mana-mana. Melainkan benda tu terlalu emergency sangat. 

-Kepada sapa-sapa yang dah booking tiket nak pi tu enjoy your trip. Have fun. Semua maklumat ada di internet. 

Thursday, December 08, 2011

Escape to Saigon 2

Lepas dah siap-siap mandi apa semua turun untuk breakfast di coffehouse hotel sementara menanti bas untuk tour ke Chu Chi Tunnel jam 8 nanti. 



Kebanyakan hidangan yang disediakan adalah haram di sisi agama Islam. Antaranya ialah popia babi, pizza babi, bihun sup babi dan pelbagai jenis babi babian lagi. Suka sunggoh depa dengan babi. Jadi kami makan roti kosong cicah kopi o, pisang dengan fres oren. Cukup la tu.

Lepas makan sementara tunggu bas sampai saja keluaq depan hotel jalan-jalan ambil gambaq.



Ni adalah rupabentuk tempat penginapan kami.




Wayar berselirat macam ni mungkin dah jadi signature depa.




Motosikal sebagai pengangkutan yang mendominasi jalan-jalan di Ho Ci Minh City.

Sebenarnya bas 15 minit lewat. Naik bas kontot yang macam bas mini tapi ada ekon tv apa semua lah. Perjalan mengambil masa lebih kurang sejam 30 minit menurut tour guide ini. Tapi sebenarnya hampir 2 jam lebih jugak lah. 

Ni lah mamat yang jadi tour guide dalam bas aku naik tu. Sempoi kelakar dan sangat friendly gila.Nama dia Hue. Tapi dia cakap kalau nak senang ingat panggil la dia Hugh Grant. Bas ni dia henti-henti ambil guest dari hotel lain-lain sampai la penuh bas. Bas dipenuhi mat-mat dan minah minah saleh. Ada sorang kapel Cina dari Malaysia. Sepanjang perjalanan dia duk bercerita la sepintas lalu tentang tempat yang kami nak pi.









Tengok sungai dia. Bersih jernih kan? uwekk !!

Lebih kurang sejam setengah perjalanan bas singgah di satu perhentian untuk ke toilet dan sebagainya. Rupanya bukan takat toilet, tempat ni memang bas wajib singgah sebab nak bawak guest tengok hasil-hasil kraftangan yang didakwa oleh tour guide dibuat oleh mangsa-mangsa perang Vietnam Amarika dulu.





                           
                    

Ini merupakan bas kontot yang kami naik.Lebih kurang 30 minit kemudian setelah bergerak dari sini kami dah memasuki ke jalan kampung yang memang sangat bergetar-getar dan memeningkan kami. Entah macam mana aku bayangkan ada budak kecik yang aku rasa umur dalam 6 bulan anak kepada pasangan daripada Malaysia yang aku jumpa kat tempat rest tadi ni mengharungi perjalanan ke Chu Chi Tunnel ni. Definitely not suitable for a baby la aku rasa. Kesian baby.



Welcome to Chu Chi Tunnel. Akhirnya.




Lepas dah bagi duit untuk beli tiket masuk kat Hue tadi ni yang entah aku pun dah lupa berapa harga dia kami memasuki satu lorong yang panjang lebih kurang 50 meter untuk ke kawasan untuk dilawati.




Mula-mula dibawa masuk ke tempat tayangan video sejarah perang Vietnam Amarika. Lepas tu ada orang tua yang pakai topi cowboy tu duk bagi penerangan yang lebih lanjut.




Hue gigih duk menerangkan tentang salah satu perangkap yang sangat menyiksakan di sini.




Ini merupakan satu lubang kecil untuk menyembunyikan diri daripada musuh. Orang-orang kurus sahaja yang melepasinya.




Ada la jugak minah saleh ni gatai jugak nak masuk. Last-last masa nak keluaq kantoi sangkut pungkoq.




Seterusnya di tempat contoh-contoh perangkap yang menyiksakan lagi. Ngilu pulak aku duk bayangkan kalau kena. 



Sampai ke tempat shooting range. Boleh pekak telinga duduk lama-lama. Aku tak try pun walaupun ada kawan duk sajes suruh try. Ntah aku memang tak minat. 




Tiba di pengakhiran tour dalam kawasan Chu Chi Tunnel ni kami dijamu dengan ubi kayu rebus salut kelapa dicicah dengan kacang tanah digaul bersama garam. Patutla orang Vietnam dulu-dulu kurus kering asyik duk makan benda ni aja. Disulami pula dengan teh o yang sangat sedap. Asyik duk tambah saja. Bersebelahan kami ada 3 orang mamat New Zealand yang sekali dalam bas kami tadi.Rupanya yang mamat berbaju kelabu tu fasih bercakap Bahasa Melayu sebab dulu dia pernah dibesarkan di Ipoh. Jadi bersembanglah kami dalam bahasa.Nice 2 know u.



Hampir 2 jam dihabiskan kat sini badan pun dah penat. Ketiak pun dah berbau masam. Naiklah bas pulang ke city centre di Ho Chi Minh sana. Dalam perjalanan balik tu aku tidoq saja tau-tau dah sampai town. Rasa macam balik cepat sikit. Bas kami tu singgah kat War Museum sebab ada beberapa mat saleh yang nak pi. Kami mintak depa drop kat Ben Tanh Market saja. Sampai ja terus masuk tengok-tengok barang apa yang nak dibeli. Macam-maca ada jual dari barang basah, jam, aksesori perhiasa rumah, baju, kain, kopi, kasut, alat mekap, baju budak-budak dan macam-macam lagilah u name it.
Nak cari kain cotton dan baju kurung siap sebenarnya. Duk cari punya cari kat kedai kebanyakan jual 4meter 12USD. Pastu tiba -tiba ternampak ada dua orang kakak Malaysia duk borong banyak gila kain kat sorang makcik ni. Try la nasib tanya. Ok murah. 4meter 11USD. Aku tak la borong banyak sangat. Cuma beli 2 lai saja.Sebab lebih berahi nak beli baju kurung yang siap dah.


Kakak bertudung kuning ni nama dia Fariza ada travel agent sendiri. Dia jugak duk buat bisnes jual kain baju secara kecil-kecilan. Duk tanya dia pasal Hong Anh Collection. Dia kata Hong Anh memang banyak orang duk pi beli sana tapi dia kata ada satu lagi tempat yang dia selalu duk pi ambik baju. Dia kata harga more or less sama ja mungkin cuma seleksi lagi banyak daripada Hong Anh. Ntah aku gamble ja cuba ikut depa. Naik la teksi ntah aku pun taktau kemana kakak ni bawak aku.
Sampai la kat satu kawasan yang macam pekan jugak cuma dia ni lorong masuk sedikit ke dalam. Depan dia ada masjid apa ntah. Bukan Masjid Dong Du tapi dia macam sedikit jauh dari Ben Tanh Market. Serius aku lupa. Silap betui tak catit. Aku cuba google untuk cari maklumat tapi malangnya tak dapat-dapat. Nama tempat ni Hasanah Collection.

Jumpa dengan tokey dia salam-salam tumpang letak beg sat kami pi solat dulu kat masjid bersebelahan. Lepas tu masuk balik untuk pilih baju-baju yang menjadi idaman hati. Nasib baik aku ada bawak baju contoh so senang sikit nak pilih saiz baju. Rambang mata macam nak beli semua. Kat tingkat bawah baju yang baru siap dijahit tapi belum disulam dengan manik-manik. Manakala di ruang atas yang telah siap disulam dengan manik. Harga sepasang tanpa manik kalau tak silap aku USD14 kot. Aku ambiklah 4 pasang tak bermanik dan 2 pasang bermanik.



Hampir 2 jam jugak la duk pilih belek pilih belek sedar tak sedar dah malam dah. Lalai sungguh.
 



Kami dibawa pula ke Satay House ni yang ntah aku pun taktau kat mana. Ni alamatnya 307/25 Nguyen Van Troi, Tan Binh, TP.Ho Chi Minh emel: satayhouse1998@yahoo.com.vn  Ikut ja kakak tu naik teksi. Overall makanan kat sini macam kurang kick sikit. Tapi habis jugak sebab seharian tak makan nasik kan. Last makan kat hotel makan breakfast tadi ja lepas tu duk asyik minum ayaq mineral saja. Total kami makan malam tu 1,016,600 Dong Vietnam bersamaa 48USD.

Lepas makan tak terus balik lagi. Ambik teksi mintak singgah ke Hard Rock Cafe. Sebenarnya HRC ni dah dalam kawasan town dah walking distance lebih kurang 30 minit perjalanan ke tempat penginapan kami. Tapi saja nak ambik teksi sebab dah tak daya dah nak jalan kaki. Muka pun dah belengas ketiak pun dah berbau tungkik.





Seperti biasa beli t-shirt default design classic. Lepas tu ambik teksi balik ke tempat penginapan untuk membersihkan diri. Rehat-rehat jap turun lagi jalan-jalan sekitar kawasan hotel menikmati keindahan malam di Ho Chi Minh City.