Minggu lepas sempat ke Felda Kratong 2...nun jauh di pedalaman Pahang untuk makan kenduri. Kena pi jugak sebab ex-housemate makencik aku yang kawen. Since depa memang closef rens sejak dari UiTM days lagik. Melalui jalan Kuala Pilah. 1st time aku sampai ke sini. What to expect? Felda anyway. Aman damai tenang dan sedikit panas.
Lepas memakani makanan kenduri balik sempat singgah kat warung makcik ni. Kenapa tajuk post ni sedemikian rupa? Ya kerana makcik ni saaannnggaaattt kuat pot pet pot pet. Tapi dalam konteks yang mesra la. Ala orang tua-tua yang bercakap tapi macam nak bergaduh tu. Paham? Yang lawaknya dia punya dialek nogori saaanggaattt la pekat. Sampai aku sendiri termanggu-manggu.
Tapi syiok la makcik ni. Sempoi dan lawak. Plus, kuih muih kat kedai dia pun lazat dan rangup. Kedai dia pun sangat strategik, betul-betul kat kepala simpang nak masuk ke jalan apa ke nama ntah. Tapi strategik la.
D'Simpang nama diberi. Ya la sebab kat simpang.
Khusyuk menggoreng. Aku sempat duk kacau makcik ni. "Haa goreng apo tu mokcik?"... "Eh ekau ni poie makan nuu, kacao orang ajo kojonyo"..ujar beliau.
Ni pula seksyen anak-anak dia duk meniaga.
Maso eden nak amik gambo ni makcik ni kato " Eh ekau ni apohal pulak nie nak amik gamba aku heiiii"..
aku bilang..."Ala nak masuk dalam internet, nanti makcik dan kedai makcik femes. Haa baru makcik tau"
Yang berbaju biru tu akak ipar eden. Dio pun ikut sekali poie makan konduwieee.
Tapi kan, macam mana tetiba aku boleh mesra dengan makcik ni walaupun dia jenih pot pet pot pet.
Haaa, inilah puncanya. Kerana sebotol ayaq botol kampung (orang kampung aku panggil ayaq menet).
Aku mintak botol ni nak bawak balik, tapi dia tak kasi. Dia cakap nanti kena bayaq duit lagi kat pembekal. Aku cakap takpa aku nak bayaq duit tambahan untuk botol ni. Dia tak bagi lagi. Start dari situ la yang aku duk kacau dia duk cakap Makcik ni cantik la macam Erra Fazira, Makcik ni sexy la macam Pasa Sanda, kalu makcik datang KL saya bawak makcik jalan-jalan KLCC dengan Zoo Negara. Tergolak bosau dio dan anak-anak dio.
Hehehehe... last-last kacau punya kacau dapat la aku bawak balik botol ni bagi menambah koleksi botol yang aku kumpul.
4 comments:
huih awat hang x beli bungkuih cakoi 2 hinggit mai kat aku sedap tuuu
hamboi sakan duk kacau makcik tu demi sebotol oren yang ntah apa apa di pandangan mata aku ni..
zaryl...
tera nak bawak balik pi Kelana Jaya aku rasa basi dah
azimudin
marilah berkunjung ke rumah saya dan saksikanlah koleksi botol botol yang tersimpan rapi..
Post a Comment