Saturday, November 20, 2010

Hari Itu Telah Tiba

Mengikut ramalan doktor, 23 Nov 2010 sepatutnya makencik melahirkan zuriat kami. Kuasa Tuhan siapa yang boleh menidakkannya? Bila masa dia nak jadi, maka jadilah ia tanpa ada sebarang sekatan langsung. Sehari sebelum itu kami bermalam di rumah akaknya di Seremban 2.

Ketika aku sedang nyenyak tidur lepas subuh sekitar jam 8.00 pagi, kakak makencik terus saja kejut aku
"enciksepul, enciksepul...makencik dah pecah ayaq ketuban kat dalam toilet nuh ! "

Zus zas zus zas.... aku dan makencik telah berada di Dewan bersalin Hospital Putrajaya.

Selesai register semua, tunggulah sang suami di luar sementara petugas disitu mengecheck makencik.

Selepas 3 jam....




Beliau keluaq dengan senyuman dan cakap " dah terbukak 3 cm". Ok so bersedialah kami. Masa tu lapaq memang lapaqlah, tapi tak leh nak makan sebab ntah la. Aku bagi makencik roti gardenia plus ayaq mineral. Sambil mulut aku tak henti-henti berdoa.

Time tu beliau boleh keluaq on-off lah daripada bilik rawatan itu. Aku pulak lepak kat tempat menunggu.



Berikut dipaparkan elektronik info. senarai status ibu yang dijangka bersalin pada ketika itu.

Menjelang Maghrib, beliau pun dimasukkan ke dalam labor room. Masa ni hanya Tuhan saja yang tahu perasaan beliau dan perasaan aku. :)


After 2 jam lebih menunggu, doktor decided to do cesarean dalam usaha untuk menyelamatkan bayi. Kami setuju.

Tatkala beliau dibawa ke OT, aku menunggu di ruang menunggu mulut aku tak henti-henti berdoa, berzikir dan sebagainya.
Alhamdulillah, tak sampai 45 minit, doktor called cakap dah selamat semuanya. Baby ada kat Dewan Bersalin. Terus pecut ke Dewan Bersalin.

"Awak suami makencik ye?, itu baby awak".



Alhamdulillah. Sungguh indah ciptaan Mu Ya Allah. Eksklusif. Ini adalah gambar pertama zuriat kami.

Makencik pula terus dibawa ke wad 2B. Selesai tanggunggjawab ke atas zuriat, aku bergegas ke sini dan terus tunjuk gambaq our baby. :)

Terpaku dan semacam tidak percaya. Rasa macam baru semalam pertama kali aku jumpa makencik kat platform 3 di Puduraya pada 26 Mei 2004. Nostalgik. Kini pada 13 Nov 2010 dah ada zuriat. Ini semua ketentuanNya. :)

Hampir 3 malam kami berada di sini, alhamdulillah doktor lepaskan kami keluaq. 



Sepanjang berada di sini, ramai kawan-kawan mai melawat. 

Terima kasih Lily,Nurman dan Nyla. 
Terima kasih Illa dan Fida.
Terima kasih kepada kawan-kawan makencik.
Terima kasih kepada doktor-doktor & nurse.
Terima kasih kepada makcik cleaner.
Terima kasih kepada akak tukang hantaq makanan.

TERIMA KASIH KELUARGAKU & KELUARGA MAKENCIK.

Kalian sangat ku hargai. Hanya Tuhan mampu membalas jasa kalian.

Aku harap kami sekeluarga akan bahagia hingga ke akhir hayat. Tahun depan dapat baby lagik?

MENJERIT makencik kat aku !!!   hehehehhee...

13 comments:

singAsong said...

hai En Saiful.. cara kamu bercerita ini seolah -olah saya turut berada dengan kamu pada tempoh hari. sangat-sangat menjiwai penceritaan kamu. pandai tulis

sepul said...

song...
ngek la kau.. tiru aku komen

Leez said...

tahniah...tahniah....baby umar yg tomei

sepul said...

terimakasih aunty leez ;)

zaryl said...

oit.umaq mata sepet kenan sapa ni? hahaha

zus zas zus zas yg aku tak x tahan tu... adei

Wahidah said...

selamat sudahh..

umar comey..geram je tgk..

be a good father okeh

che'Burn@che'Qis said...

kurniaan tuhan yg tidak terhingga..selamat menepuh alam keibu-bapaan..hahaha

sepul said...

zaryl...
kecik kecik mata sepet la.. tapi la ni koi hensem dah mcm bapak dia.
awat zus zas zus zas weh?

sepul said...

wai... tq aunty wai.
kat bapak dia tak geram ka? muakakaka

sepul said...

burn n'Qis
terima kasih aunty qis dan uncle burn

Wahidah said...

hampeh la hang ne...

apadaaa

sepul said...

wai...
tak malu mengaku kan?

@xiM said...

Semoga menjadi ayah yang baik ya encik sepul!!

tahniah!!