Wednesday, September 16, 2009

Thanks H

Nak balik jauh ni kena la servis dulu. H perlu diservis sebelum memulakan perjalanan jauh. Ini kali yang ke-2 aku datang servis kat sini. Before this ada la kat area-area rumah aku jugak. Tapi yang ni la yang paling best dan aku sangat-sangat berpuas hati. Saja nak share pengalaman aku.

Sebab dah booking so orang memang tak ramai la time aku pi. Bersih, nyaman dan selesa. Layanan memang tip top la.

.....Sementara nak tunggu kereta siap lebih kurang 2 jam, aku turun bawah pi bilik AV namanya. Best gilak. Internet punya la laju. Bayangkan baru je nak kuarkan laptop dari beg, dah dapat line. hahahahah saja ja over sebab nak menjelaskan betapa lajunya internet kat sini. Kalau yang lupa bawak laptop leh je pakai pc yang disediakan ni.


Tak lama pastu layan dvd lak. Pehhhh best gilak! Sound macam dalam panggung. Betul beb tak tipu. Best. Dengan diiringi sofa yang empuk nih. Tak lama pastu aku pun terlentok dan sedar-sedar aja telefon berbunyik kringg... kringg... kringg.. "Encik Sepul, u punya kereta sudah siap"
Lepas setel amik resit dapat free gift, air minum Ala Fonte.. Untuk Kesegaran Yang Berpanjangan. Tak cukup dengan itu, dapat pulak kad raya, sun shade dan paper beg nih. Ditambah lagi dengan kemanisan wajah awek cashier yang menggoda itu membuatkan aku macam nak ajak dia pi Pasar Ramadhan kat TTDI... tapi tak ajak pun. Mak encik cekik aku mampusss

Memang aku puas hati la sebab rasa sangat selesa dan aman damai sepanjang aku servis kereta nih. Jauh beza dengan cara pengeluar kereta lama aku dulu. Terima Kasih H.

12 comments:

FareeZan said...

erkk tumpang blk kmpg naik honda bang.:P

singAsong said...

H itu Honda ke?

zaryl said...

selamat pulang H... wakaka

Leez said...

I punya pun H tapi H for Hyundai...huhuhu

MaksuHakim said...

Bila nak deting dgn maksu pakai H

sepul said...

fareezan...
aku balik dgn mak encik la... nanti la deepavali leh la tumpang

sepul said...

song...
honda ex5 je bang..

sepul said...

zaryl...
selamat pulang T

sepul said...

kak leezz..
ok gak tuh. mana2 pun boleh janji puas ati kan

sepul said...

maksu ....
boleh tapi nanti mesti paksu nak ikut kan.. choyyyy

illa said...

bukan nama dia CT ke? baru comel ncn tuan dia... :p

sepul said...

illa...
ct? oh tidak