Tersembunyi di Taiping ialah sebuah gerai yang menyediakan Yong Tau Foo yang TERBAIK DI DUNIA. (ini menurut anak tekak enciksepul)
Selamat mencuba.

Sangat suka rumah nih. Kalaulah...
Mak encik sangat teruja... sana sini dia pi terjah meninggalkan aku tertidur seketika kat rumah nih.
Dah nak dekat petang terus ke Pantai Cenang nak cari tempat bermalam. Sudah set dari awai nak cari tempat yang paling murah dan berpatutan. So dapat lah satu bilik kat Amzar Motel area Pantai Cenang nih. RM45 ja. Ok what.... yang penting tilam selesa dan air-cond. Ngeh..ngeh..ngehh
Kuaq sat pi cari makanan kat kedai depan motel ni. Online seketika sementara menanti makanan sampai...
Tadaa... simple dan sedap serta berpatutan..
.....
Keesokannya headed to Awana Porto Malai. Ambik-ambik angin dan berangan jadi orang kaya sat.



Macam kat Bali pun ada jugak kat sekitar kawasan dalam premis nih
Then headed to kereta kabel. 2nd time aku naik menatang nih. Dan tetap nerves dan mungkin akan nerves bagi seumur hidup aku. On the way singgah kat Marina apa ke nama ntah.
Berjalan-jalan di jambatan gantung di stesen kat atas. Fuh bergegaqqq oooo

Dalm sejam turun semula ke bawah dan bersiar-siar di kawasan Oriental Village. Terima kasih abang askar dan aweknya kerna menghulurkan bantuan mengambil gambar kami berdua.
Pusing pi pusing mai..beli coklat dua tiga guni, gamat la tak gamat lah, kain batik pelikat lah dipendekkan ceritanya sebelum balik perlu singgah di Dataran Lang sebagai simbolik mai Langkawi. Ayat ni diambil kerna teringat kata-kata yang diungkapkan oleh rakan aku di kampung.
Online sebentar kat stabak Jetty Point sebelum naik feri balik ke Kuala Perlis.
45 minit kemudian touch down kat Jeti Kuala Perlis dan ambil kereta yang disimpan kat Yusof Bee parking kereta dengan kos RM10 bagi satu malam kalo tak silap. Lepas singgah beli Laksa Kuala Perlis kat famili aku dan dalam 30 minit kemudia kami berdua selamat tiba di rumah.

Lepas ja akad nikah lebih kurang sejam kemudian terus ke Bagan Serai tempat butik pengantin tuh untuk sesi mekap dan tukaq baju pengantin lah. Tengok tuh kat atas rambut aku kalo boleh akak tuh nak letak sampai putih semua. Eh akak pulak.,.,. avang la....
Pak.. pak... pum pum dum dum dum dum pak pak pak pak pak pak dum dum dum... Yahooo the arrival of the bride. Abang dan kakak Nita menjadi pengapit kami.

Direnjis-renjis dipilis..... di tepungi la tawar.. Sedih dan terharu pun ada jugak tatkala mendengar pesanan ahli keluarga mertua aku semasa menepung tawar. "Jaga Nita baik-baik..." "Kawin ni sekali aja tau"... " Be a good husband.." " Ayah lepaskan dia untuk hang jaga Sepol"... Fuh terasa tanggungjawab yang begitu besar sekali untuk dipikul. Tapi aku tak la nangis. Ntah ayaq mata ni memang tak mau keluaq pulak.
