Lama tak dikemaskini. Sibuk.Sibuk.Sibuk.
Beginilah rupa paras tempat penginapan. Selesa yang amat. Cukuplah kalau sekadar nak tidur dan refresh. Tak sampai 12 jam kami di sini terus saja check-out. Hotel Royal Merdeka Jalan Dago.
Sambil-sambil angkut barang dalam kenderaan sempat menjeling ke kawasan sekeliling hotel dan ini yang aku nampak.
Betul-betul bersebelahan. Hmmm.
Oh ya hampir terlupa. Ini sarapan yang disediakan. Lepas makan check-out laju-laju dan laju-laju lagi terus ke tempat ini. Sekali lagi.
Kali ni tempat ni betul-betul berhantu. Goshh. Semalam dalam bilik hotel duk belek balik barang yang dah beli kat Umar The Ubi Kentang Boy. Hmmm sirius tak cukup dow. Hari ini hari Isnin. Nahhh ambik kaw. Takdak pelanggan langsung di awal-awal pagi. Tempat ni kita yang punya.
Duhh. Nampak topi memancing yang kaler biru ada corak kaler ijau tu? RM 5 berjenama GAP. Ok lain-lain barang nanti aku kasi haplod. Rasa aman dan tenang dunia jika hanya membeli untuk barang-barang kita dan anak kita saja. Takyah pening nak pikir pasal kiriman orang. Ya betul. Mungkin kedengaran agak tamak namun kunjungan 2 hari ni abah dedikasi khas untuk Umar The Robot Boy. Untuk yang lain-lain mungkin kunjungan di masa hadapan kelak. Banyak gila seluar aku beli untuk Umar.Hampir 2 juta rp. pagi ni kat sini. Dapat la hadiah misteri berupa beg kecik dan beg besaq untuk Umar.
Kemudian ke sini beli brownies.
Along Jln. Dago. Aku selalu terkonpius antara Dago dan Riau. Macam sama ja.
Pelbagai Factory Outlet.
Dalamnya ada jual es tuyul. Hmmm enak bangets.
Lain-lain tempat yang sempat dimasuk.
Singgah di Jln. Riau sebab nak ke FO Renaritti. Kat sini ada baju bandoeng yang lebih berkualiti berbanding yang dijual di jalanan.Taktahulah kalo ada tempat lain yang jual. Kalo ada sila beritahu sama saya.
Kecik saja kedai ni.
Masa ni dah tengahari. Perut lapar minta diisi. Simpang Raya masakan padang antara yang terkenal di sini. Aku mula jatuh cinta kat Ayam Pop (ayam kaler putih tu) sejak pertama kali makan masa kat Padang sekitar 3 tahun lepas. Fuh. Siap bertambah 2 potong ayam lagik.
Lepas makan sekitar jam 2 terus saja menuju ke Jakarta memandangkan kami balik melalui Bandara Soekarnoe Hatta.
Dalam avanza tidur saja. Letih. Sedar-sedar pun dah kat tol nak masuk kotaraya Jakarta.
Tiba-tiba rasa semak dengan frame yang dibeli kat Jonas Photo sebab besaq sangat. Huh!
Sampai sini sekitar jam 6 ptg. Pi surau, refresh sikit apa yang patut. Duduk la termanggu-manggu di zon berlepas hampir 2 jam.
Nampak saja gate dah bukak terus saja masuk menanti kapal terbang tambang murah yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur. Ooohh Kotarayaku (tiba-tiba lagu Altimet ft. Noh Hujan bermain di kotak fikiran)
Mendarat di LCCT sekitar jam 12 tengah malam. Terus pulang ke rumah kakak di Seremban. Umarrrrr !! We're back.
Sekian saja laporan misi 2 hari di Bandoeng. Penat? Gila hang tak penat.
2 comments:
aku nak komen based on gambar tapi wadefak apa jadahnya ntah komputer opis aku takleh read gambar.nanti aku komen lain.
okbai.
AJ..
ala abam niiiiiii. geramnyer kat abam
Post a Comment