Friday, April 08, 2011

Kini aku....

Assalamualaikum abang-abang dan kakak-kakak.

1. Bulan Mac dan April 2011 sibuknya sangat lain macam. Sampai terpaksa bawak kerja opis balik ke rumah.

2. Dalam bulan Mac 2011 2 minggu berturut-turut pulang ke Perlis dengan memandu kereta. In other words selang 5 hari baru sampai dari kampung...Jumaat petang balik lagi. Paham? Tak faham jugak hangpa memang mereng.

3. Access kad masuk ke kawasan rumah aku tercicir. Entah ke mana. 3 -4 kali aku melepasi palang automatik hanya dengan mengangkat tangan. Semalam pak gad tu buat muka kat aku. FARK YU! Ada gad + bayar security fee tetiap bulan motor + kereta masih hilang di sini. Rumah-rumah masih dimasuki pencuri. Fark! Duduk dalam pos guard tu melancap ke apa? Minum arak? Apa hal? Botol-botol arak bertimbun kat belakang pos gad tu. Haramjadah.Cepat la sikit aku dapat kuarters.

4. Bulan April sungguh laku aku dijemput menyampaikan ceramah di sana-sini. Rezeki. Tatkala bercakap di khalayak loghat utara ku sungguh padu. Acapkali selesai membebel oghang tanya, cik ni asai utagha ka. Saya jawab "Ya..awat?" Saudari/saudara orang belah sana jugak? "

5. Esok lusa.... 13 April Umar Shadiq sudah memasuki 5 bulan. Seolah-olah baru semalam melihat beliau pertama kali di atas katil berbalut kain hijau di Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Umar sangat suka dengaq aku mainkan lagu Burung Kakaktua dengan gitarku. Siap bergoyang goyang baby cot dia.

6. Minggu depan the whole week tugasan luar. Minggu depan sekali lagi berada di utara atas urusan rasmi.

7. Aku bukan ahli parlimen atau ADUN atau presiden bagi mana-mana pertubuhan. Sibuk aku hanyalah sibuk biasa.

8. People come people go. 

9. Banyak rakan-rakan dah pulang berbakti di negeri kelahiran sendiri. Inshallah one day turn aku. Aku masih budak kampung yang asli.

10. Kembali aktif dalam dunia muzik. Muzik bawah tanah bersama sahabat baik di kampung. Merancang untuk menghasilkan e.p tidak lama kelak. Cuti masa bulan Mac dulu merupakan kali pertama kembali jamming setelah kali terakhir pada tahun 2003.  Tali gitar sudah berkarat. Berhabuk. Teringat masa nak pi beli kat Woh Fatt Jalan Pudu. Epiphone Les Paul Special Edition kaler merah. Pi dengan kereta charade aura kaler hijau kepunyaan sepupu. Gila kentang punya crusty. Crusty istilah housemate masa belajaq UiTM dulu. Dia suka sebut crusty.... "Sempoi hang pi kelas pakai selipar jamban.... Crusty siall!"

11. Dalam kamera banyak gambaq-gambaq yang disnap. Aku tak punya konsentrasi untuk mengedit gambar buat masa sekarang.

5 comments:

@xiM said...

sibuknya abam..

rezeki umar tu hang duk pi sana pi duk sini..

gambaq kalu nak masuk dalam blog takyah edit banyak sangat pun..cukup at least nak menceritakan keadaan sebenar jer..:)

Yeap..people come people go but the one in our heart will aalways remain..

:)

Miss Nazla said...

takpala. demi masa depan yang lebih cemerlang & gemilang. Terbilang pun buleh juga

sepul said...

abam AJ..
alhamdulillah rezeki umar barangkali.
tapi aku syok duk edit gambaq. rasa tak puas kalo tak edit gambaq buh dalam blog.
mekasih abam. c ya nxt wk inshallah

FareeZan said...

dh mcm yb.aha. hang bg ceramah pasai apa?

sepul said...

terima kasih YB Nazla saya undi awak