Wednesday, September 21, 2011

Panggilan Tak Hangit

2-3 hari lepas terima panggilan yang tak berapa nak hangit daripada nombor +320267949,seorang Cina yang mendakwa daripada AEON Credit Sdn. Bhd. Mengatakan bahawa aku ada hutang kad kredit tertunggak sebanyak RM 9760.00. Sekali lagi beliau mendakwa nama dia Steven Chong. Cakap memang pelat Cina pekat sangat. Sampai kadang-kadang aku pun tak faham apa yang dia nak cakap sebenarnya. Biasalah bila dia kata aku ada hutang sampai banyak tu aku pun agak cuak. Lagi cuak bila dia sebut nama aku dengan tepat dan baca no IC aku dengan tepat. Sapa tak cuak?

Jadi aku tanya lagi di mana aku apply kad tu dan pada tarikh bila serta dimana transaksi terakhir? Dia kata lagi aku apply kad tu di pejabat AEON JB pada 4 Julai 2011. Tarikh isu kad tersebut pada 20 Julai 2011. Siap bagitau lag no kad kredit 5460 7500 4870 1840. Kredit limit adalah sebanyak RM10,000 dan transaksi terakhir sebanyak RM9760.00 di Sentosa Casino Singapore. Ok masa ni memang aku duk bertekak dengan dia kata identiti aku dicuri dan dia pun sambung lagi " Kami faham. Selalu terjadi kes macam ini encik. Tapi takpa jangan Risau saya akan panjangkan kes encik ini kepada pihak Bank Negara Malaysia. Dalam tempoh 10 hingga 15 lagi mereka akan call dan akan siasat ke ini dengan encik. Aku mula tak sedap hati. Nasib baik makencik kerja kat bank. Call dia tanya betulkah prosedur macam ni? Dia kata pelik jugak Bank Negara memang tak akan call balik mana-mana pelanggan untuk kes macam ni. 

Betul. Lepas 15 minit lebih kurang terima satu call daripada nombor +326988044. Memang aku tak jawab lah sebab pelik sangat kot. Dua kali miss called. Huh cubaan nak menipu aku lagi.

Lepas tu aku verify sendiri dengan call center Ibu Pejabat AEON kat Jalan Raja Chulan di nombor 03-271 9999. Bercakap dengan Yati. Bila aku cakap ada terima daripada individu nama Steven Chong bagitau aku ada hutan RM9760.00 terus Yati sambung " dia kata transaksi terakhir di Sentosa Casino Singapore? " Aku tanya eh mana tau ni? " Cik, setiap hari kami duk terima aduan yang sama daripada beratus -ratus orang cik. Jangan terpedaya Bank Negara tak akan call punya lah. Jadi sekarang ni saya nasihat cik pi buat laporan polis segera".

Phewww. Lega. Masa dapat call tadi daripada Steve Chong ni cuak la jugak sebab tengah drive tiba-tiba ada orang bagitau macam tu. Jadi kepada semua yang dapat panggilan macam ni just be extra careful.

3 comments:

illa said...

yer yer ni slalu jadi skrg..
berhati-hati semua..

bukan org afrika je pandai buat 419 job ni.. cina pon dah belajar ok...

latest news seirra leone(afrika)+ chinese+indian+pakistan.. bergabung tenaga menipu org.. curi data dari mesin atm bank

sepul said...

ilss

hurmmm hurmmm. thanks

Anonymous said...

Then, apa tindakan susulan anda?
Adakah ada buat laporan pulis?
No call centre aeon bank terkurang satu digit. Nanti jika ada individu google terjumpa blog ni, maklumat kat situ kurang satu angka. So tercall cik steven chong pulak..

Patot hang dah bule tangkap masa dia identified diri dia as steven chong sbb chong mmg maksudnya tipu. Ok, xlawak.
Bahasa penang tuh.
Eg: hang tok sah dok chong aku..
*chong=tipu