Monday, July 16, 2012

Nasi Kandaq Fareed Sg. Buloh

Mari kita makan nasik kandaq lagi. Reputasi nasik kandaq kali ni memang tidak dapat disangkal lagi. Ramai orang menceritkan kehebatannya. Gerai ni jugak pernah masuk dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan sedikit masa dulu.






Melalui jalan Kuala Selangor lama yang nak ke arah Sungai Buloh. Kalau dari MRR2 anda terus dan terus saja sampai nak ke arah Damansara Damai apa semua tu. Kemudian ikut signboard ke arah Hospital Sungai Buloh.





Bila sampai di simpang seperti di atas belok kiri. Anda kemudian akan melalui jalan kampung yang sangat sempit.





Kemudian terus dan terus saja sampai nampak Taman Villa Putra di sebelah kanan anda.





Kemudian anda akan melalui kilang Yamaha di sebelah kiri. Bila nampak saja simpang lampu isyarat ni belok kiri.





Lebih kurang 400 meter dari simpang tadi anda akan nampak gerai ni di sebelah kanan anda.




Kemudian buat u-turn dan masuk ke arah tempat basuh kereta macam gambaq kat atas tu. Tadaaaaa !  Anda sudah sampai. Bagi yang tak jumpak jugak  begini koordinat GPS nya : 

Latitud : 3.23104 Longitud: 101.5619624





Macam ni saja dia punya gerai. Ia terletak di Bukit Rahman Putra.





Gerai ni dibuka seawal jam 11:30 tengahari. Ok tak lah awal sangat. 




Ada 3 jenis nasi. Nasi kuning, nasi tomato dan nasi putih. Kunjungan kali pertama haritu aku makan nasik kuning. Macam nasik ganja Market Kangar.






Disediakan 3 jenis air iaitu air sirap, air oren dan air mineral. Kelihatan jugak air tin. Bekas warna biru tu la tempat basuh tangan.





Lepas pilih lauk aku ambik ayam goreng, kuah campur telur dadar sama papadom. Fihhh !





Suapan pertama aku nasik kandaq ni memang tidak mengecewakan. Aku setuju dengan pendapat ramai yang mengatakan nasi kandaq ni memang sedap dan memang hebat! Rasa dia saling tak tumpah macam nasik ganja di Market Kangar.Nasi dia pun memang sedap. Lembut berempah apa semua. Memang lazat lah!





Harga sepinggan mengikut menu aku makan tadi ialah RM7.50 termasuk air oren. Sebelum balik sempat lagi aku tapau untuk mak encik dan untuk aku buat bekalan makan malam nanti.



*Nampaknya aku dah jumpak nasik kandaq yang betui-betui mampu memenuhi selera aku. Nak pi lagi ! Nak pi lagi !

4 comments:

Anonymous said...

Nak pi jugak nanti.
Buleh bawak dak..?

Abang ni asal penang ka kangaiq..?
Jenih mamak ka..?

sepul said...

Boleh. Tidak ada masalah. Saya orang kangaq perlis. Tapi ada sorang kawan mamak penang duk kerja di Miri sana nuh. Dia ada seluaq compress mahai cap 2Xu . Mahai seluaq tu.

Anonymous said...

Tuh mesti jenih mamak hensem kacak bergayew ikeram dinzeli..

sepul said...

ada la iraih iraih muka hang