Tuesday, July 24, 2012

Roti Canai Argyll Road

Roti Canai Argyll Road terletak di Argyll Road (yeah where else?) Pulau Pinang. Perniagaan ini telah dimulakan sejak tahun 1955 lagi. GPS cap ayam aku menunjukkan bacaan berikut: 
5.420366,100.331993




Lokasinya juga tidak jauh dari Roti Canai Transfer Road yang begitu terkenal di sini.  Namun begitu berdasarkan rekemendasi sahabat-sahabat yang tinggal di negeri Pulau Pinang mereka lebih selesa mengatakan Roti Canai Argyll Road lebih hebat rasanya berbanding Roti Canai Jalan Transfer. Lain orang lainlah citarasa.












Struktur paras rupa lebih kurang sama. Aku order roti canai kuah ayam. Begini rupanya. Saat suapan pertama........ yeah! Kinda agree with penangites. Truely local penangites. Roti canai sini lebih sedap pada pendapat aku. Sedap itu subjektif. Tapi bagi aku sedapla. Dah aku kata sedap..sedaplaaaaa! Nanti bila ke Pulau Pinang mahu makan lagi di sini.


Selamat berpuasa :)

2 comments:

Anonymous said...

Awak ni mamak..?

sepul said...

mamat