Wednesday, July 04, 2012

Sportswalk Kota Damansara

Hari Ahad yang lalu aktiviti pagi dimulakan dengan menyertai acara jalan kaki "Sportswalk Kota Damansara". Secara ringkasnya ni acara berjalan kaki. Ada dua kategori 3km dan 5km. Aku masuk 5km.





Starting point di Carrefour Kota Damansara.





Dalam jadual 7:30 pagi dah start berjalan. Tapi dia punya MC berceloteh agak panjang. Pastu masa sesi warming up pun insturktor dia berceloteh agak panjang. Jadi momentum tu dah agak lari. Tambah pulak dengan matahari yang semakin meninggi.





Turut kelihatan pasangan selebriti Vanidah Imran bersama Rashidi Ishak.







Masa kat starting point pun MC tadi duk berceloteh lagi. Hurmmm. Lebih kurang 5 minit kemudian baru la  peserta dilepaskan.Maka berjalan lah kami. Ada sorang lelaki India tu terus meluru ke depan dengan teknik berjalan dia yang solid. Fiihh. Zass zuss zass teruih hilang dari pandangan. Memang atlit jalan kaki. Acara jalan kaki ni sebenarnya kaki kita tak boleh floating. Salah satu kaki kita mesti berada kat permukaan jalan. So kalau nak laju bila kita jalan kena tonggek ke kiri dan kanan pastu tumit cecah ke jalan dulu. Ditambah pulak dengan hayunan tangan untuk mendapatkan kordinasi badan yang betul. Macam terer ja aku duk bercerita. Puiii.





Lebih kurang 35 minit kemudian aku sampai ke garisan penamat. Dapatlah kejayaan sikit. Dalam gambaq kat atas ni bila hampir semua peserta dah sampai. MC ni lagi duk berceloteh.






Goodies bag yang diberi kepada peserta.






Masa ni macam-macam aktiviti ada kat pentas. Ada persembahan silat, pertunjukan freestyle football, persembahan kugiran dan macam-macam lagi. Ada juga cabutan bertuah disediakan.




Bila aku nak gerak dari sini rupanya ada sorang lagi artis yang aku jumpak. Tapi dia ni rileks aja. Duk bertenggek kat koridor sambil memerhatikan dari jauh persembahan kat pentas.






Apapun keseluruhannya it was fun. Cuma nanti janganlah mula lambat sangat. MC pun sebelum acara dimulakan jangan duk pot pet sangat. Nak pot pet pun lepas acara jalan kaki.  Lagi satu marshall tak main peranan sangat pun. Peserta depan aku, seorang lelaki berbangsa Cina terang-terang lari dan marshall pun nampak. Tak bagi pun kertas kuning tulis FLOATING kat dia. Aku pun lupa nak ambik video sebagai bukti. Kepada marshall yang berbaju NIKE long sleeve kaler kuning, please take note ya. Harap-harap kalau urusetia ada google Sportswalk Kota Damansara ni tiba-tiba keluaq link blog aku semoga depa baca la. 




2 comments:

Anonymous said...

Maksudnya cara tuh macam acara 10000m jalan kaki yg Mcm org kenya tuh..
Macam lengang lenanggang yg cepat tuh..

Ok. Bravo..
Meriah uols.?

sepul said...

Ha laaa. Kena lenggang tonggek tungging apa semua tu la