Friday, August 17, 2012

Kisah Pizza Hut

Semalam teringin nak makan PIZZA HUT. Gigihlah aku telefon delivery service dia. Panggilan dijawab oleh seorang awek.

Awek: Ye cik terima kasih kerana menelefon Pizza Hut Delivery. Boleh minta no telefon

Sepul : Ok 012-5XXXXXX

Awek: Ok terima kasih sila tunggu sebentar kami semak dalam sistem

Sepul: Ok

Awek: Ok alamat cik betul ye. Nak order apa?

Sepul: Regular Ocean's Catch Pizza stu, spagethi boloniss satu. Itu saja.

Awek: Ok terima kasih. Saya ripit order ya cik. Bla bla bla....


Awek: Cik kena datang ambil sendiri kat outlet Pizza Hut Delivery kita kat Sunway Kota Damansara ye.

Sepul: Ha? Datang AMBIK SENDIRI? Gila kot. Dah nama Pizza Hut Delivery..hangpa la kena mai hantaq.

Awek: Tak boleh cik sekarang kami amat sibuk sebab banya order masuk. Sebab tu customer kena mai ambik sendiri.

Sepul: Hangpa ni gila. Lepas ni suruh kastemer mai masak sendiri kat outlet hangpa.


Awek: Ni cik jadi order ke tak ni?

Sepul: Tuuuuut tuuuut tuuuut... (bunyi letak talipon)

1 comment:

Ayah Faizal said...

Tu dia ...
kot ya pun tak payah la layan dari awai ...
Sabaq ja la