Tuesday, June 08, 2010

Hong Kong Day 3 - HK - Macau - HK

˙ıƃɐן uɐʞsnɹǝʇıp ɐƃıʇǝʞ ıɹɐH.

Eh kenapa tulisan terbalik nih? OK ok hari ketiga diteruskan lagi.

Breakfast yang simple cukup untuk mengenyangkan perut sementara.

Seperti biasa, dari Tsim Sha Tsui kami ke Central sebelum tukar tren ke Sheung Wan. Dari situ cari exit D (HK Macau Ferry Terminal). Harga tiket MTR dari Tsim Sha Tsui ke Sheung Wan bernilai $10.50 HKD. (lebih kurang RM 6).

Lepas exit D, terus naik escalator ke tingkat 3 untuk ke kaunter feri yang menuju ke Macau. Pilihan kami adalah Turbojet. Elok-elok sampai aja ada feri nak bertolak dalam jam 8.35 pagi. Kami sampai kat sini dalam pukul 8.15 pagi macam tu la. Feri ni setiap 15 minit ada trip dia. Memang sangat banyak.

Beli 2 tiket sehala yang bernilai $146 HKD (lebih kurang RM 75 seorang). Kalo nak murah beli siap-siap return tiket.


Inilah Turbojet yang akan membawa kami ke Macau dan keadaan di dalam feri ini amat-amatlah selesa dan ruang pula agak luas. Kami duduk kat bahagian atas. Dalam perjalanan dia punya steward/stewardess akan menjual minuman/makanan.

Lebih kurang sejam perjalanan, kami pun sampai di Macau. Selesai urusan cop pasport, kami keluar ke muka pintu dan ternampak dua orang gadis berpakaian sexy sedang memagang sepanduk The Venetian.. this way. Rupanya ada shuttle bus dari sini. Cross jalan ke seberang sana dan carik bas kaler biru macam ni yang tertulis The Venetian.

Stesen dia kat hujung sekali. Senang sangat nak jumpa.

On the way ke The Venetian

Lebih kurang 20 minit dah nampak kelibat The Venetian

Merangkumi hotel, kasino, butik, duty free shopping complex dan restoran. Semuanya nampak mewah. Ada yang mahal dan ada yang murah dan berbaloi untuk dibeli. Mula-mula masuk je kami terus cari kaunter Cotai Rewards untuk buat member kad. Senang aja just tunjuk passport dan dia akan ambik gambaq kita. Tak sampai 5 minit dah siap kad kita. Tujuan dia ialah kita akan dapat 10% diskaun kat semua kedai dalam ni kalao kita tunjuk kad ni. Tapi tak semua kedai terima la. Tapi tak rugi pun buat. Kaunter Cotai Rewards ni agak susah untuk dicari. Nak senang tanya ja kat reception di area sini.


Sini merupakan tempat wajib la untuk dikunjungi. Agak unik dan menarik kerana ia bukanlah awan & langit yang betul. Hanyalah lukisan dan dibuat seolah-olah kita berada kat luaq.

And we are very hepis

Kat dalam ni juga ada disediakan servis dinamakan gondola ride. Tapi mahal nak mampos.

Dan aku menjadi tak keruan... !

Ada barang yang berbaloi untuk dibeli disini. Ada juga yang tak ubah seperti kita beli kat uptown walaupun hakikatnya barang kat sini ori. Terbang melayang beberapa helai HKD. Dalam MU Experience ni jugak ada macam muzium kat tingkat atas. Kena bayaq $150 HKD (lebih kurang RM 75) untuk masuk. Best gilak! Unless u are not MU fan. Dengan Cotai Rewards kad yang kami ada, sangat murah sebab dapat diskaun lagi 10%.

Dalam The Venetian banyak butik untuk shopping.

Masa ni jam 12.30 tgh hari. Ibu mengandung dah lapar. Depan MU Experience ni ada McD yang tak halal. Kami just ambik fries dgn fresh orange. McD kat HK & Macau sangat kedekut sos. Lagi satu semua kasi sos tomato aja. Nasib la kami bawak bekal sos cili dari Malaysia. Kami jugak bawak bekal megi goreng yang siap dimasak dalam bilik hostel pagi tadi. Megi goreng + fries McD.... pehhh gila punya sedap masa ni.

Tarikan utama pelancong ke Macau tidak lain tidak bukan hanyalah untuk berjudi. Kasino kiri dan kanan bersepah kat sini.

Lebih kurang 3 jam berada kat The Venetian ni kami gerak ke satu lagi destinasi iaitu Hard Rock Hotel Macau. Ada disediakan shuttle bus kat luar The Venetian ni. Bas kaler putih. Sangat senang nak cari, banyak signage.

Pusing pi pusing mai dah nampak Hard Rock Hotel nih. Rupanya dia kat belakang The Venetian ja. Cuma bas ni berpusing-pusing jadi lebih kurang 15 minit baru sampai la. Tapi berbaloi naik bas sebab free. Tak rugi pun.


Hard Rock Hotel Macau berkongsi dengan beberapa lagi premis kasino dan hotel yang nama apa ntah aku pun dah lupa. Masuk-masuk aja kita disajikan dengan akuarium 3D yang sangat gigantic. Kagum jugak !

Terus saja mencari Hard Rock Shop.

We were here

and here..

and here...

and also here...


Then gerak ke Jeti Ferry masa sampai awal tadi. Bukan nak balik lagi. Kami turun ke bawah LG, cari shuttle bas ke stesen bas yang terletak betul-betul depa jeti feri Macau nih.

Cari bas no. 3 yang akan bawak kami ke La Senado Square. Driver bas yang kami naik ni sangat kurang ajar. Very the rude. Kami tanya nak ke La Senado ke? Dia jawab hmmmm aja. Tanpa tgk muka kami. Orang lain tanya lepas kami pun dia buat tak taw aja. Memang orang kat sini aku perasan agak kasaq sikit la.

Tambang bas $3.20 HKD (lebih kurang RM 1.70) seorang. Lebih kurang 15 minit perjalanan kami pun sampai. Bangunan kaler pink tu lah kawasan La Senado.

La Senado ni macam kawasan Central Market. Kat sini ada jual souvenir macam-macam lah. Time ni kul 3.30 ptg dan sangat panazzzz.

panas lah!

Baju, kain cotton, barang baby, kasut, accesories rumah, makanan, minuman, jam, macam-macamlah ada jual kat sini. Harga lebih kurang kat HK jugak lah. Ada yang mahal ada yang murah.

....

Jalan kat La Senado ni, masuk loroang sana masuk lorong sini akhrinya kami berjumpa dengan famous landmark kat Macau ni iaitu the ruin of St. Paul. Ingatkan tak jumpa dah. Sangat ramai orang terutama sekali filipinos.

Kami yang letih

...

Ok lah lebih kurang 2 jam kat sini let's balik...

Tunggu bas kat depan area La Senado ni. Cari bas no. 3 yang menghala ke jeti feri Macau. Tambang pun sama macam masa datang sini tadi $3.20 HKD (lebih kurang RM1.70) seorang.

Sekali lagi beli tiket balik Turbojet dengan harga $154 HKD (lebih kurang RM 75) seorang.

Kami yang sangat letisss


Lebih kurang jam 6.30 petang kami sampai Hong Kong dan masa ni hujan turun. Perut dah lapaq sangat dah ni. Masa dalam feri tadi kami makan epal dan coklat aja. Selesai urusan cop paspot kami ambik MTR kat Sheung Wan ni terus saja ke Central sebelum bertukar tren untuk ke Tsim Sha Tsui. Harga pun sama iaitu $10.50 HKD (lebih kurang RM6) seorang.


Tanpa melengahkan masa lagi jejak ja kaki kat Tsim Sha Tsui terus saja ke Ebenezeer's Kebab & Pizzaria. Dah boleh hafal dah jalan sebab dekat sangat dengan hostel. Menu kami malam tu Chicken Tika Briyani & Chicken Curry with Nasik putih serta air mineral. Nikmat sangat. Dengan sedap, panas-panas dan hujan rintik-rintik kat luaq tuh. Harga keseluruhan makanan malam tu $ 104 HKD (lebih kurang RM60) sahaja.

Selesai makan dan hujan pun dah reda, lebih kurang jam 10 malam kami gerak balik ke hostel dan sebelum tu singgah kat beberapa kedai souvenir sekitar Tsim Sha Tsui ni. Aduhhh beli lagi. Kendian jam 11.30 malam sampai hostel. Nak tercabut kaki aku nih !

15 comments:

MaksuHakim said...

Rasanya ini adalah entri yang terpanjang dr en sepul..kan kan kan?mcm seronok je kat HK ni....orang2 HK komunikasi dgn pelancong mcm mana?english ke?

@xiM said...

Orang tempatan HK tak pandai sangat speaking english..susah gak nak berkomunikasi ngan diorang(tetiba komen balas maksu..hahaha)

entri ni yang aku paling jeles sebab ko dapat pi HARD ROCK HOTEL MACAO..masa kami pi under construction lagi..cettt..

aku pun lupa nak pesan gelas n t-shirt hard rock..tapi aku dah kirim ngan makscik aku yang pi sana minggu lepas..:)

sepul said...

maksu...
mostly org HK memang fail cakap english. even yg frontliners kat airport & MRT station & kat macao semua blur. lagi satu diorang ni cakap kasaq okeh. mmg macam cibai

sepul said...

axim..
hahah takpa takpa.. sharing is caring. experiencein HK memang antara yg best dlm hidup aku.

takpa nanti ada rezeki hang pi lain. bulan 10 ni baru depa nak bukak HR Cafe pulak

@xiM said...

kalau macam tu kena pi Macao lagi lah..:p

Anonymous said...

Nk tnya,abg pg Macau shopping kat sna guna rate HKD ke Macau rates??

Anonymous said...

Everything seems to have a slightly bluish tinge to it, most noticeable when you're looking at light grey areas. The result is a battery life expectancy of around 8. 3 together with the improved graphics and enhanced multitasking facilities.

Also visit my weblog: samsung chromebook

Anonymous said...

Although I've since switched from a Canon consumer camera to a Nikon prosumer camera (the D300), I still use the Nikon version of the same lenses. Monty Alexander has written many articles on digital cameras - canon digital cameras, nikon digital cameras, Samsung digital camera etc. The D7000 just may be the best performing APS-C format camera in the market today.

My page ... d7100

Anonymous said...

When we have comparisons about the applications between to the nexus 7 or Kindle Fire HD and mini i
- Pad, you can understand why customers would pay to
have an bonus $ 129 with tremendous influential applications or the impression about the i - Pad
mini. All five screens are fully customizable with widgets, shortcuts, apps, and photos.
65 inches Super AMOLED capacitive touchscreen run by 16 million colors.

Anonymous said...

But, with the most recent turn of events, the i - Phone 5
has made a landmark in the smartphone industry. With the
Samsung Galaxy literally taking the mobile phone world by storm, there is increased anticipation of the arrival of the next generation Galaxy S smartphone handset.
Fastest mobile data connections (mobile Internet) are supported:.



Also visit my web site; samsung galaxy s4

Anonymous said...

Unfortunately these more compact designs have come at a
great cost and have become far more susceptible to any kind of a liquid spillage.
The Mac - Book Air is usually a light, aluminum model and features been called
the world's thinnest notebook. There are several notebook reviews which give you information about latest laptops launched in the market.

Have a look at my web blog mac air

Anonymous said...

Yard - check for ant hills or evidence of moles and other insects that can damage your lawn.
If your gate changes at the airport, this app will alert you.
This is the second installment from my Go
Green & Save Some Green Series where I will share with you a few simple and effective tips on how to start becoming green around the house.


Feel free to surf to my web blog ... nest thermostat

Anonymous said...

mod files to acceptable videos by most media player including
i - Phone, i - Pod, Apple TV, PSP, Zune, Blackberry, Creative Zen, etc
with no quality loss. s time to prop up the bottom
of the Apple - TV and expose all of its internals. A smooth interface, lots of
recommendations, and even the new Just for Kids section.


Feel free to visit my webpage - apple tv review

Anonymous said...

You see people passing time by checking on friends, catching up on texts
or e-mail or playing a video game oblivious to what is happening around.

When it comes to connectivity, the T-Mobile G1 packs
a real punch. It can also be used to quickly
search Google or Wikipedia.

Also visit my web site - samsung galaxy s4

Anonymous said...

5 MP is excellent resolution, but where and how can you achieve it.
Canon cameras are the loved of millions of photographers who want to explore more sides
of photography. This comes in specially handy when driving a car and you have a i - Pod Touch stand with you so
you can easily slip your phone into that and not worry about it getting damaged in any manner.


Look into my blog post: canon eos 5d mark iii