Saturday, January 15, 2011

Farewell my beloved boss

Semalam sempat meraikan farewell dinner untuk my boss yang nak pindah keluaq sebab dapat naik pangkat. Lokasi di DTasek @Residence Uniten. Restoran terapung ni merupakan salah satu wing untuk Hotel Residence ni. 

Kualiti gambaq memang macam HARAM sebab aku guna kamera fon 2mp aja ada faham?


Dia macam terapung la. Suasana sini memang best dan sangat-sangat romentix.



Sampai saja kami tidak dibenarkan masuk lagi sebaliknya family my boss masuk dulu. Ok ikut saja.



Masuk-masuk saja dah ada tagging nama dan siap ada gift lagi. Pehh mana nak carik boss lagu ni>?




Bekas teloq ni pun ada. Aku syak ia dibeli di Nilai 3.


Makanan semua dah siap diorder awal. Jadi elok-elok duduk saja waitress pakat duk mai serve makanan. Tapi mostly makanan kat sini fail la. Tak sedap pun. Cuma yang uniknya sotong goreng tepung ni dia bungkuih sekali dengan lebihan tepung. Macam menarik tapi rasa sotong hmmmmmmm macam harem.



Seterusnya mempersembahkan.....



Ikan siakap 3 rasa keras kianggg ! Hambik hang. Ikan tak fresh, berkerak-kerak dan isi liat. Kuah masam. 

Ada banyak lagi seleksi makanan seperti biasalah...sayoq kailan, tomyam, taufu dan pelbagai lagik. Cuma ayaq tembikai dia ja sedap sebab pure tembikai tanpa sebarang perisa tambahan.

Tapi ketidaksedapan makanannya dapat dicover oleh quartet yang menyampaikan seleksi-seleksi lagu malar segar dan setiap meja dapat membuat 2 request lagu sewaktu mereka datang ke meja masing-masing.


Time ni depa nyanyi lagu Cinta Hampa yang dipopularkan oleh Dlloyd. Kalo boleh tukaq tajuk sket "Rasa Makanan Hampa"


Biaqlah makanan tak sedap pun yang penting dapat bersama-sama meraikan seorang individu yang sangat-sangat aku hormati dalam bidang pekerjaan aku ini. Semoga Tn. Hj. gembira di tempat baru. I'm really looking forward to work directly under u again boss.

6 comments:

rockinsudu said...

pelik gile sotong tu. hehe

Wahidah said...

dh agak dh tk sedap..sbb member pernah ckp makanan kt situ mmg tk sedap...

tp FOC kan..:)

@xiM said...

memang kualiti gambar macam hariam tapi the thought that count.sekian terima kaseh.

sepul said...

wai..
ya sangat tak sedap

sepul said...

aximm
janganlah mai makan kat sini

@xiM said...

eeeeeeeeeeeeeee gambaq macam hariam!!sakit mata tengok!