Tuesday, January 18, 2011

Radio Antik

Barang yang akan ditunjukkan ini merupakan hak milik aku dan kakakku.Dulu masa kecik-kecik mak selalu menghadiahkan dengan banyak barang-barang namun antaranya yang menjadi style pada sekitar lewat 80-an adalah portable radio.  Bolehla takat-takat nak layan radio. Satu lagi kalo kami pi berjalan mana-mana mesti bawak punya. Harganya taklah mahal kalo tak silap aku lebih kurang RM30 kot pada masa tu. Entahlah aku hantam saja.



Style gila ada benda ni. Ini yang kakak aku punya. Boleh kata masih elok lagi cuma dah takleh nak berfungsi.



Ha ni aku punya. Biasala benda budak laki mesti rabak punya.


Sebenarnya banyak benda-benda nostalgia atau antik yang boleh dikorek kat rumah aku. Dulu tak kenal pun erti untuk menghargai benda-benda macam ni. Main campak ja. Tapi lately ni aku semakin sayang dan macam nak korek lagi harta peninggalan keluarga kami yang ada kat rumah di kampung.

Tak sabar nak balik cuti sempena raya cina.

4 comments:

@xiM said...

tak sabar nak attend kenduri kawen time raya cina nanti.hehee

antik antik lah best bro!!

orangrawa said...

Tolong jual kat saya radio tu dalam rega sejuta boley?

sepul said...

axim
ya mee toooooo

sepul said...

abgzul
oh tidak oh nehi !