Thursday, January 13, 2011

Umar Shadiq 2 bulan

Alhamdulillah... terasa macam semalam saja kami bertungkus lumus di Hospital Putrajaya dan hari ini Umar Shadiq telah pun berusia 2 bulan. Sekejap bukan? Selama 2 bulan juga kehidupan kami bertukar dengan begitu drastik sekali. Sekarang apa-apa yang dilakukan pun fikiran tetap tertumpu kepada beliau. Masih lagi dalam mode menyesuaikan diri. Inshallah usaha tangga kejayaan. :) 

Hari ni beliau 2 bulan. Tiada apa yang istimewa pun. Aku ambik cuti nak pi cucuk dia kat klinik TTDI. Awal pagi dia bangun macam tau-tau saja.



Sampai lebih kurang 8.30 orang ramai jugaklah. Giliran no.18.




Klinik ni macam oldies sikit walaupun terletak di kawasan yang high-end. Nak panggil patient pun jerit no. giliran. Kepada pengurusan klinik request la sistem nombor giliran digital kat JKN Wilayah Persekutuan. Kalo dah request jugak tapi tak dapat, request la kat hangpa punya YB.




Hah.. tudia jenuh nurse tu menjerit. Lagi satu nurse-nurse kat sini hangpa takyah la duk buat garang-garang sangat dengan patient hangpa. Tera mana sangat hangpa tu nak kasaq-kasaq dengan orang? Kalau orang pi pakai selipar jamban, jeans GA Blue, baju cheetah hangpa cakap kasaq-kasaq. Kalo orang pi pakai jaket ZARA MEN ka kasut salvatore ferragamo layanan baik sekali. Chaih! 

Hampir 2 jam lebih kat sini kami masih belum makan apa-apa kecuali sekotak ayaq milo. Kendian kami terus ke KWSP Setapak untuk menyelesaikan urusan yang patut. :)





KWSP ni dipilih kerna memang orang tak ramai dan kadar kecepatan staf menjalankan tugas memang sangat pantas dan sangat ramah tamah serta mesra. 

Dari sini kami balik semula ke kawasan Damansara kerana nak pi Ikano. Di sini kami makan kat tempat yg sangat menjadi kegemaran iaitu ....


Ntah apa dia letak dalam kuah dan sambal dia. Memang la sedap nak mampus. Ini tekak aku dan makencik la. Kalo hangpa pi try tak sedap tu.. nasiblah kan.



Yang atas tu ayam untuk aku dan daging set tu untuk makencik. Simple dan sedap.



Ayaq kosong



Apa la depa bubuh dalam sambal ni sampai sedap nak mampuih? Huh!

Selesai makan kat sini makencik bawak Umar Shadiq pi opis dia. Ya opis makencik dalam Ikano. Sementara tu aku ke Cold Storage berdekatan. Hampir setengah jam tengok-tengok makencik mai bawak hadiah toys ehsan dari rakan opis dia. Terima kasih.

Then ke Curve pulak nak setelkan beberapa urusan. Cewah macam penting aja. Singgah beli wafel coklat tang sini. Sedap sangat walaupun lembab nak mampus bangla ni buat kerja.



Hampir sejam merayau-rayau jam dah hampir pukul 3.30 ptg.


Ok lah jom balik. Umar Shadiq sangat baik hari ini. Tak meragam pun. Cuma sekali tukaq pampers dan dua kali breastfeed dia.


Sekian sahaja cerita Umar Shadiq di hari ke 60 nya di muka bumi milik Allah s.w.t ini.

9 comments:

Buzu Ediany said...

dasyat nooh cerita hampa pasai umar shadiq...teruja saya mmbaca..cuma tak berkesempatan nk bjmpa si comei itu...
p/s: cayalah makencik menten selim melim...

sepul said...

buzu..
dashat apanya. cuma bila ada anak ni rasa nak update cerita pasai aaaaannaaakkk saja. takpa nanti ada masa kita jumpa

Lemonade said...

mak oii cutenya krete eh eh..umar shadiq

sepul said...

lemonade..
mekaseh cik lemonade

Miss Nazla said...

ketika baca entry ni playlist plak kebetulan lagu the fray- how to save a life. hmm. ironik.

sepul said...

Cik Naz
how 2 save a life? motip?

@xiM said...

hai Ubi Kentang!!

sepul said...

hai uncle axim :)

Wahidah said...

bace entry2 ne..rsnya life as papa mesti great giler kan...