Minggu lepas 28 Feb 2011 sempat ke Bandung, Indonesia. Ya kota fesyen dan penuh dengan warna warni kehidupan masyarakat. Bandung merupakan tempat shopping 'default' bagi rakyat MALAYSIA. Ramai yang sudah ke Bandung pasti tahu betapa berbaloinya shopping di sini.
Pesawat QZ7592 membawa kami dari LCCT ke Bandara Hussein Sastranegara Bandung. Oh ya betul, kami berada disini selama lebih kurang 15 jam saja. Sampai lebih kurang jam 12 tgh hari waktu tempatan dan pulang esoknya. Letih memang takyah cakap la.Memang kami mai pun shopping ekspres tak hingat. Memang dah plan awal dah tempat yang nak dituju dan list out benda yang hendak dibeli. Sepatutnya tiket untuk balik 2 Mac 2011 tapi sebab tinggalkan Umar kat Seremban jadi tak sampai hati nak tinggal lama-lama. Masa beli tiket last year tak da anak lagi so takda feel parenthood lagi.
Cuaca yang sangat baik sedia menyambut kedatangan kami ke sini.
Lepas urusan imigresen & kastam yang mengambil masa begitu panjang, keluar saja dari ruang tersebut Yayan sudah setia menunggu. Beliau sekali lagi menjadi supir kami memandangkan aku begitu selesa dengan beliau pada kunjungan terdahulu. Dia sempoi, tak skema sangat, sangat punctual dan mematuhi arahan serta sangat cekap tentang tempat-tempat yang kami arahkan beliau bawak kami. Menaiki Avanza terus saja menuju ke PASAR BARU.
Kendian mencari baju-bajuan dan telekung.
Menuju ke kedai Sir Cinta untuk membeli baju kurung dam kebaya.Memang suka mai kedai ni ntah pasai apa pun tak taw.
Lebih kurang 2 jam kat sini terus saja kami ke FO Anakecil. Tempat ni mengkhusus kepada pakaiaan dan kelengkapan bayi dan kanak-kanak sahaja. 1st time aku sampai FO ni. Tak jauh pun dari Jln. Riau. Just around the corner ja. Ia terletak kat No. 32, Jln Cimandiri. Masa tanya Yayan dia pun ckp tak pernah mai tapi aku bagitau alamat lengkap sekejap saja dia cari. Dari Pasar Baru lebih kurang 20 minit sahaja.
Kalau boleh semua nak dibeli.
Mostly branded itemlah seperti ZARA, Polo, Osh Kosh, Circo, Esprit dan banyak lagi. Eh semua adalah! Betul memang macam nak beli semua. Dengan harga yang sangat berbaloi.
OK end of part 1. Nanti aku sambung lagi
14 comments:
gile ar !!!~
nak pi shopping kat bandung jugak!!kena buat ni sebagai acara tahunan lah.hahahaa
solomolo...
hahah giler apanya
AJ
jom mari kita..
jom!! next yer!
burnqis
boleh saja inshallah
aj.
glemer!!
hai aj..
hai che burn, che qis..
ceik sepun
AJ...
motip duk buat rasa hensem pulak dah?
NN..
hai zull
cik sepul....camana hang buat gambar kembar tu?
orangrawa
abg tom
oh dengan menggunakan photoshop semuanya boleh. kalo abang nak kasi la soft copy gambar kat saya meh saya buat.
ohhh...potoshop ke? terer hang!
abangtom..
alah belajar pelan pelan bang. yang penting rajin try and error inshallah lama-lama pandai la
Post a Comment