Buah mangga harumanis hanya terdapat di negeri Perlis.(Betulkan jika aku silap). Ia kini menjadi produk 'emas' negeri Perlis. Musim buah ini selalunya sekitar bulan April hingga Jun setiap tahun. Tapi tahun lepas dia menjadi lebih kurang 2 minggu saja. So kalau tiba musim harumanis memang aku tak akan ketinggalan balik kampung lah. Dah anak jati Perlis kan.
Minggu lepas cuti seminggu balik kampung. Puas! Kakak aku bawak pi cari buah harumanis kat kebun anak murid dia. Memang murah gila. Sekilo RM7. Mana nak cari? Hanya di kebun harumanis Kg. Paya Kelubi. Kalau yang jual kat tepi-tepi jalan tu lebih kurang RM 10-15 sekilo.
Petang tu hujan renyai-renyai. So redah jugak la pi kebun. Kakak aku yang drive.
Nak redah ke kebun ni memang aku tak reti nak explain macam mana. Jalan menghala ke arah Padang Besar melalui Bukit Keteri.
Ok dah sampai. Buah yang sedang mekar nak masak perlu dibalut untuk mengelakkan serangan serangga perosak.
Lagi sekitar suasana di kebun.
Dalam kebun ni ada dangau tempat tuan pengusaha untuk rehat-rehat dan bahagian belakang dijadikan tempat penyimpanan sementara buah yang dimasak. Ada juga ruang untuk tidoq. Depa kena berjaga kat kebun ni takut pencuri yang duk masuk kawasan kebun ni mencuri buah-buah. Time musim-musim tengah duk menjadi ni memang ramai yang nak ambik kesempatan. Aku memang teringin sangat nak tidoq dalam dangau ni sambil menjaga kebun macam ni. Hmmmm inshallah mungkin suatu hari nanti.
Floor plan kawasan kebun ni.
No. telefon dan alamat .
Sambil duk tunggu buah yang dipesan, lepak dulu dalam dangau ni. Lagipun tengah hujan ni.
Ni ha anak murid kakak aku. Rajin duk tolong bapak dia petang-petang macam ni.
7 comments:
wuish.aku pn nk pi beli sana la. ada lagi ka? murah betoi.minta depa simpan utk aku bleh? kecoq ayaq liuq dh ni wuish
zaryl..
harap-harap ada lagi la kot.
cepat cepat takut nanti habih
aku nak pi beli kat mana wehh??\
teringin dowhh!!
saya peminat tegar harum manis.....sedap tu.
orangrawa
axim..
sekarang ni kalo hang on the way nak pi perlis pun ada orang jual kat tepi-tepi jalan. tapi make sure buah tu betul2 harumanis sebab kadang2 depa tipu. buah harumanis dia berbentuk bujur nak bulat sket pasti dia kaler ijau. kalau yang kulit dia kaler kuning2 tu bukan harumanis. tapi kalo kat tepi jalan sekilo mahal sket kot. cuba masuk dalam town kangar kot2 ternampak pasar malam ka. pasar malam kangar kat stadium hari rabu, pasar malam kat arau dekat uitm hari jumaat.
abgzul...
wahhh saya pun saya pun
Inzal memancut mancut
Post a Comment