Thursday, May 12, 2011

Port Dickson : episode 3

Lepas dah kemas-kemas barang semua dah macam letih dan kemengantukan sebab melantak BBQ. Tapi next acara ialah pertukaran hadiah. Minimum hadiah RM15. Jadi pelbagai rupa, bentuk dan warna dapat dilihat daripada susun atur hadiah tersebut.




Jadi hadiah aku yang kaler kuning. Tengok pembalut pun dah excited. Sebelum acara tukaq-tukaq hadiah kami celebrate lah dulu besday bapak budak ni. Nurman Muhakim nama diberi.




Kek coklat moist ehsan Kak Leez. Macam biasa tak pernah mengecewakan. Lilin tu sangat susah untuk ditiup. Dah nak padam tiba-tiba menyala balik. Fehhhhh ada entiti kah dalam bilik kami tuh. Demmm.




Lepas makan dua-tiga suap...tak boleh dapat hadiah lagik. Upacara penyerahan cupcakes ehsan Qis pulak. Siap ada cocok-cocok nama. Umar dan Nyla pun dapat.



Maka lepas tu bermulalah upacara tukar-tukar hadiah. Secara undian kami mencabut nombor untuk mengetahui hadiah yang manakah kami dapat. Nerves nak mampus. Padahal tukaq hadiah je pun. Bukan Jepun...tapi jer pown. Ok main-main. 



Betapa meriahnya keadaan. Gelak ketawa suka riang ria semua ada. Aku paling nerves masa Buzu dapat hadiah aku. Mula-mula tu azim dgn nikli duk kata dah kalao bagi hadiah pendrive pun ok jugak. Senang tak yah pikiaq sangat. Aku pun duk heran la dalam hati mana depa tau nih. Sebabnya memang hadiah aku adalah pendrive 8gb pun. Aku dapat hadiah daripada Buzu iaitu sidebed lamp. Ok la sempoi. Macam-macam hadiah dapat disaksikan pada malam tu antaranya tupperware,satu set pinggan mangkuk,butang baju,USB hub, pen,mangkuk kaca,jam dinding,weight scale dan etc.

Habis ja tukaq-tukaq hadiah ada yang tak puas berendam lagi. So depa ni lah yang terjun memecah kesunyian malam di kolam renang Sri Pena Resort. Burn dgn Qis baru sampa sebelum BBQ tadi so depa nak test drive kolam ni.



Terjun bang. Terjun...



Puas depa duk terjun, lebih kurang kul 1 lebih jugak la, pakat-pakat duk makan lagi lebihan makanan BBQ yang ada tadi kat pinggir kolam ini. Sambil-sambil duk gosip dan duk cerita kisah seram. Pot pet pot pet sampai kul 2 lebih jugak la masing-masing dah ngantuk dah.

Esok pagi aktiviti bersambung. Nanti aku update.

6 comments:

@xiM said...

best!!sempoi dan sporting lah ampa..merahnya makngah bibir buzu tuh..

patut malam tu masa swimming ampa patut tarik nikli lempaq dia dalam ayaq..dia bukan berenang lagi kan.heheee

mana gambaq hang makan ayam??hehee

Leez M. Saaid said...

pic paling seksi ialah buzu dah gincu merahnyaaa ahaksss

sepul said...

abam..
hai makngah buzu bibir merah spenda merah...
kesian NN letih hang ni pandai2 ja nak tarik dia
perlu ke gambaq aku makan ayam nak buh? huh

sepul said...

akak leez..
ha? buzu sexy? homaigadddd

ajim said...

perlu.

sekian.

@xiM said...

bongok.semua komen hilang.cis