Friday, May 06, 2011

Rumah Tok Ayah

Dah lama nak buat entry ni. Rumah Tok Ayah. Antara peristiwa paling menyayat hati dalam hidup aku apabila melihat rumah tok ayah akhirnya terpaksa diruntuhkan pada 2008 sebab semakin teruk dimakan anai-anai. Semakin menjadi-menjadi selepas kematian Tok Ayah. Betul kata orang, kalau tuan dia pergi buat selama-lamanya, harta pusaka pun akan turut menjadi suram. 

Aku membesar di rumah tok ayah. Orang tua aku pi kerja, aku ditinggalkan di rumah tok ayah. Aku belajar kayuh basikal dibawah rumah tok ayah. Aku belajar melipat kapal terbang kertas di rumah tok ayah. Aku belajar tengok bola masa tu World Cup 1986 Mexico. Masa tu game awal-awal pagi sekitar jam 7-8 pagi. Aku belajar makan sambal ikan tok paya di rumah tok ayah. Aku mula-mula tengok Voltron di rumah tok ayah.Aku mula-mula makan roti tabur Milo di rumah tok ayah. Terlalu banyak memori aku di rumah tok ayah.











Aku pernah buat slideshow berlatarbelakangkan lagu Home oleh Michael Buble. Sayangnya ia disimpan dalam laptop Asus yang telah rosak binasa. Masa duk ulang tengok slideshow tu air mata aku menitis.
 
Semuanya di Rumah Tok Ayah.

4 comments:

yonna said...

haihh sedih!!!! tp kami panggil tok abah :') rumah still ok. tp byk jugak reput sebab banjir kerap kat sana.and now dah ada sedara jauh duduk.

masa raya hari tu saja jenguk rumah tok abah tu balik, serius yonna cakap, yonna sanggup lagi rumah tu runtuh dimakan anai2 dari tengok sedara sendiri duduk. menangis tak berlagu tgk diorg jaga rumah tu T___________T rasa nak pelempang sekor2. kalaulah diorg tau rumah tu lah tempat paling berharga untuk yonna :'( dari kecik tok bela. dari kecik duduk rumah tu. haihhhh. sedih ni sedih!

nak pi nanges. bai! :(((

sepul said...

Eh eh dari twitter gegirl beralih ke sini pulak. Kami sebak dan sayu masa tgk org duk robohkan rumah tok ayah kami. Saya percaya kita semua pasti ada kenangan tersendiri di rumah tok kita kan? Hampa jgn duk teryak sgt satgi kami pun teryak sama T_________T

@xiM said...

kami pun nak teryak lah camni...huhuhu

hang pandai pulak berjiwa jiwa nooo..

tapi sedih gak lah baca..

sedih..

sepul said...

axim..
eleh tipulah