Monday, May 30, 2011

Universal Studios Singapore : episod 1

Tarikan terbaru di Singapura adalah Universal Studios Singapore yang dibuka kepada umum pada tahun lepas. Ramai kawan-kawan aku dah mai sini. Hatiku melonjak-lonjak untuk turut sama mai ke sini. Alhamdulillah aku sempat mai sini hari Sabtu lepas.

Dari KL lebih kurang jam 8.30 malam aku meluncur laju bersama jentera Power of Dreams ke JB. Sampai kat JB sekitar jam 12 tengah malam lebih dah. Masuk JB ja terus aku cari arah ke Danga Bay sebab dah buat reservation kat KOZI HOTEL. Tau pasal tempat ni pun melalui beberapa orang kenalan. Tapi ramai yang sajes ambik TUNE Hotel. Maybe next time. 



Dia macam bajet hotel tapi ok la kot untuk mai tidoq saja. Rate untuk bilik aku RM98 tapi dapat bilik takdak tingkap. Hmm masa dalam telefon booking dia tak cakap, yang aku pun tak tanya. Takpalah cuma mai untuk tidoq saja kan.

Bangun pagi siap-siap semua lebih kurang 8 pagi dah check out nak pi cari makanan. Hotel ni mana provide breakfast la. Pusing merata town JB jumpa kedai apa nama ntah tepi jalan singgah makan. Ada sahabat sajes pi kat Plaza Larkin tapi malas la buang masa cari jalan. Mana kedai yang jumpak makan situ ja.

Lepas makan, pi tukaq duit, isi minyak full tank kendian menuju ke CIQ JB. Kali pertama aku nak bawak kereta masuk Singaporaaa. Sebelum mai dah habis study maklumat dalam internet & tanya kawan-kawan.

Ok ni dah sampai CIQ dan nak menuju ke check point imigresen Malaysia. Ramai gilak orang maklumla weekend + cuti sekolah.  Dah sampai lane imigresen, puan tu ambik lah pasport kami bertiga. Pastu dia tanya 

" Kamu orang Perlis?" .... 
  aku jawab "Ya awat?".. 
  dia balas " La saya orang Perlis jugak".

Ok so jumpa orang kampung. Sempat la sembang pok pek pok pek pastu dia pun pulangkan balik pasport kami bertiga.


Yahoo off we go to Singaporaa melalui Tambak Johor. Lepas tu terus menuju ke Woodlands punya check point. Tang sini dah tak berani ambik gambaq. Satgi dia rampas kamera aku naya ja.


Ok dah start queue panjang gilak. Takpa sabaq. Sampai turn imigresen Singapora tu awek pakai spek. Aku bagi salam. Bagi passport, turunkan semua tingkap dia tengok orang-orang dalam kereta. Pastu bagitau dia, Kak..kami tak isi white card lagi. Ok so dia bagi kami isi la dalam kereta. Tunggulah kau kereta di belakang aku. Lepas isi semua pot pet pot pet ia bagi balik passport dengan keratan white card menuju ke RED LANE ZONE B untuk nak beli autopass. Bagi kenderaan yang pertama kali masuk Singapora kena beli autopass dulu. Kalo tak takleh masuk. Autopass ni hanya untuk satu kenderaan yang berdaftar makna kata tak boleh ditukar milik. Selesai parking ada orang mai approach then dia tengok no plat kereta dan road tax pastu dia bagi keratan yang dia tulis maklumat semua tu pastu kita queue lah beli. Bayaq 10 dollar singapora dia deduct berapa ntah 4$ kot kalo tak silap aku.  


Ini lah dia rupa autopass tu. Oleh sebab aku lupa nak snap gambaq autopass terpaksa dicilok dari blog abam paling hensem dalam dunia. Nak tau dia hensem ke tak pi la melawat blog dia. 

Lepas tu sampai kat kaunter Kastam depa mintak bukak bonet kereta dan tanya lah nak pi mana, bawak apa dalam kereta. Lepas tu ucap terima kasih dan senyum.

Kemudian pasang GPS cap ayam dan off we go to Sentosa Island. Senang gila pemanduan dengan bantuan GPS walaupun dia cap ayam saja. Nak ke Sentosa Island ikut BKE highway kemudian apa ntah aku pun dah lupa. Pertama kali drive kat Singapora rasa lain sebab speed limit hanyalah 80kmh sahaja. Kalo kena saman speed trap mampuih kena bayaq. Tak bayaq takleh keluaq ke Malaysia.



Ok dah sampai ke destinasi. Parking kat basement Resorts World. Kalo tanak masuk kenderaan direct ke Sentosa Island boleh ja parking kat Vivo City kendian ambik monorel atau kereta kabel ke sini. Sebab kami bawak Umar so nak kesenangan dan keselesaan so parking sajalah kat sini. A bit pricey gila-gila parking sini. Tapi .....anything for u my son ! Anything....everything....



Lepas naik escalator tadi tu berjumpaklah kita dengan globe pusing-pusing ni. Nak ambik gambaq sini memang kena sabaq. Kiri kanan penuh orang saja. Of all the pictures taken... i think this is the best kot. Terima kasih kepada mat saleh mana ntah. Dis happened when u fogot to bring ur tripod.



Gambar lagi dan lagi


Kat sekitar entrance Universal Studios ni ada beberapa tempat best-best lagi antaranya kedai coklat, Chilis, cafes, Hard Rock Cafe, Hard Rock Hotel dan lain-lain lagi.



So.... grab another collection in hand.2 helai classic tees and 2 balloons for Umar. Belon tu free aja. Tq akak Hard Rock.


Singgah sebenterrr di Hershey's Store.



Sejam jugak la duk pusing-pusing baru lah masuk dalam Universal Studios ni. Kebetulan malam tu ada grand opening, so boleh nampak decoration lebih pastu ada tempat yang depa susun kerusi untuk tetamu. Dengar cerita Jet Li antara selebriti yang mai.


Kawasan main entrance ni dilitupi oleh struktur bumbung daripada material apa ntah. Menyebabkan sedikit rasa panas dan berpeluh.



Masuk saja ke sebelah kiri ialah Universal Studios Store. Kalau terlebih duit tu beli la apa-apa yang berkenan di hati.



Antara panorama yang boleh dinikmati  di persekitaran Universal Studios.




Duk berjalan-jalan Umar merengek menandakan lapaq susu. So berenti kat Mel's. Makan je lah burger & fries.


Adanya tanda ni rasanya tak perlu was-was kot.




Beli pek makanan yang Woodywood Packer untuk Umar. Nak bekas dia sebenarnya. Dalam tu ada cheese burger untuk aku la makan.


Lepas makan nak pi basuh tangan ternampak benda ni. Hmmmm dah lama iPad ni ada.

Ok nanti sambung lagi.

5 comments:

@xiM said...

wehhhhh cureeeeeee gambaq!!!kena mintak royalti nehhh..heheeee

aritu kami pi tak jumpa pun kedai makan woodywoodpecker tuh.

USS tak berapa best sangat kan compare ngan Disneyland..

ysa said...

salam,
Ooops.... saya satu family pun ada kat situ same time same day!

Apapun puas hati la dgn USS. Lagi pun belanja murah dari pergi Orlando

ysa

http://anasuka.blogspot.com

FareeZan said...

seronot seronot seronot seronot. ptptn aku dh kene blcklsted. haram jadah py ptptn. !!!!!!!!!!!!! bayaq ke dak sama je! meleleh ayo lio tgk ko melanconglah sepui

HN said...

Nak tanya, adekah bila kita parking kat vivo city & pegi sentosa island via cable car ia akan menjimatkan RM saya, sbb enciksepul ada ckp yg parking dlm sentosa island tu pricey....

Kalo total seme sama jer mcm parking dlm tu , might as well parking jer terus dlm tuh

Anonymous said...

Your cuгrеnt artіcle offers verifiеԁ
bеnefiсial to myself. It’s really useful and yοu're simply clearly really well-informed in this field. You have exposed our eyes to numerous thoughts about this kind of subject matter together with intriguing, notable and strong written content.

My blog: CIALIS
Review my webpage Buy CIALIS Online