Thursday, February 02, 2012

Restoran Abuya Tanjung Malim


Masa on the way balik ke Damansara, sekali lagi ambik jalan lama. Tapi kali ni exit kat Bidor sebab bila tengok keadaan jalan dah mula sesak. Kenderaan pun dah mula bergerak perlahan. Lagipun kami tak rush sangat nak sampai destinasi. 

Jalan punya jalan punya jalan sampai kat area Tanjung Malim perut dah lapaq. Google kat mana makanan sedap di kawasan ni banyak terjumpa pasal Pak Din Nasi Lemak. Pusing cari cari cari kedai tutup pulak. Mungkin masih bercuti sempena CNY kot. Lagipun banyak kedai makan yang tutup masa tu sehinggalah kami terjumpa dengan Restoran Abuya ni. Betul-betul dihadapan UPSI. 



Perut dah lapaq hantam sajalah.




Betul-betul seberang jalan tersergam indah UPSI. Teringat lagi masa nak sambung degree dulu UPSI merupakan pilihan kedua selepas UiTM.




Sementara tunggu makanan sampai main-main dulu dengan Umar.Berpeluh jugak aku mengejar dia. Aku tengok kereta -kereta yang parking memang semuanya ada pelekat staff UPSI. Kawasan restoran ni jugak adalah deretan rumah kedai yang mana sebelah tu ada CC, kedai fotostat, klinik, dobi dan sebagainya. Mesti kalau hari -hari lain ramai student kat sini duk berurusan. 




Roti telur, neskepey ais, teh o ais & air kosong. Kuah kari sedap ada ayam 2-3 ketul.



Nasi goreng kampung & nasi ayam.




Dari kejauhan nampak students/staff beriadah di padang UPSI.

Kesimpulannya makanan ok saja. Aku syak mesti restoran ni jadi tumpuan warga kampus kat sini.

1 comment:

Anonymous said...

Hehe..

Ada jugak orang tulis pasal Abuya.
Actually student UPSI takde la ramai sangat lepak makan kat sini.

Diorang prefer lepak kat kedai2 di Pintu Timur (belakang). Dekat sana lagi banyak pilihan kedai makan (takdela banyak sangat). Hahaha.

Anyway, nice blog.