Monday, April 02, 2012

Gold Coast episod 5

Hari seterusnya di Gold Coast. Tengok Umar tidoq memang enak sungguh. Siap berdengkur-dengkur. Jam menunjukkan 5:45 pagi. Tak sampai hati nak kejut beliau yang sungguh sakan tidoq sampai terlentok kepala macam ni.




Meanwhile kat dapoq mak encik begitu giat duk sediakan makanan untuk breakfast dan juga untuk bekalan nanti.




Breakfast pagi ni masih lagi nasik putih bersama sambal bilis, telur goreng, dan roti tuna. Kebetulan tengah makan Umar pun bangun. Bagi dia makan apa semua, kami siap-siap untuk turun ke pantai.





Bukan main semangat lagi bila bagitau dia pagi ni kita nak mandi pantai. Laju aja berjalan.




Berjalan lebih kurang 100 meter kami dah sampai area Esplanade. Masa ni jam pukul 6:15 pagi. Walaupun nampak panas tapi keadaan dia dingin jugak.







Dah sampai pantai apa lagi berlari-lari nak ke dalam laut. Huh! Laju aja tak tengok kiri kanan dah. Nasib baik sempat sambaq tangan.









Pantai dia sangat bersih. Pasir pun bukan jenis yang ada siput atau batu tajam-tajam tu.











Sekali dia korek-korek pasir pastu masuk dalam mulut ! Semua benda nak masuk dalam mulut ke?















How i wish i could freeze this moment...
















Hampir sejam mandi, main pasir apa semua kami siap-siap nak balik hotel semula. Ada disediakan public shower dan paip untuk bersihkan diri.









Masa nak berjalan pulang, pandangan Umar terarah ke sesuatu.





Playground pulak. Takpa lah kasi la dia main puas-puas.




Dah puas main kat playground, balik hotel siap-siap untuk keluaq semula.

4 comments:

@xiM said...

umarrrrr!!!

ankel ajim winduuuuu!!

*tetiber

sepul said...

aximmmm..
umar pun rindu jugakkkk

SUE said...

aduhai,,, comey sungguh umar ni,,,, cara dia jln,,,, soooo cute,,,,,,
peace,,,,

sepul said...

sue...
hahahah lovely isn't he? semua baby comel la.