Monday, April 09, 2012

Gold Coast episod 7

Hari terakhir di Gold Coast. Seawal jam 3 pagi lagi kami dah bangun bersiap apa semua sebab bas nak mai pick up kami jam 6:15 pagi waktu sana. Meaning that 4:15 pagi jam Malaysia. Tak sempat nak prepare breakfast. Lagipun beras + sambal bili + sardin apa semua dah habis dah.









Bas akan mai pick up kat depan Peninsula Apartmen. So kami menapak sikit ja ke simpang. Mula-mula aku macam tak yakin jugak. Bas ni betui ka. Sebab masa ni dah 4:25 pagi. Aku dah berkira-kira nak ambik cab saja. Tengok-tengok nampak bas kaler oren ni mai. Lega. Penerbangan pulang kami jam 9:05 pagi waktu Gold Coast. Meaning that jam 7:05 minit waktu Malaysia.




Masuk dalam bas rupanya ramai rakyat Malaysia dalam ni. Senyum-senyum saja sebab mata aku masa ni dah pedih sangat. Tambah pulak cuaca berangin dingin aja.




Sampai airport 35 minit kemudian. Terus masuk ke parent room uruskan Umar. Buat susu, bagi makan tukar baju apa semua. Dalam masa yang sama makencik pi duk beratoq nak cek in.




Alhamdulillah lepas semua pemeriksaan imigresen dan kastam. Cuma masa crew airport sana cek tiket dgn boarding pass dia bagitau sepatutnya stroller kena check-in sekali. Tak boleh bawak naik atas flight macam tu. Dalam kepala duk kata takkan la kena tinggal stroller kat sini kot. Luckily ntah macam mana dia kata ok i'll let u go this time.



..........



Lega siap jugak full entry our vacation kat Gold Coast. Sebenarnya Gold Coast ni sangat sesuai untuk dilawati sebab banyak tarikan. Cuma biasalah nilai matawang Aussie ni sangatlah mahal. Semua itinerary ni aku buat sendiri dengan bantuan google dan ada jugak tanya sorang kawan aku yang dah sampai sini terlebih dahulu. Forum CARI banyak membantu aku sebenarnya. Daripada situ aku catit semua tempat yang depa suggest pi then aku print peta kat google maps. Pastu study lah route dan ambil kira jarak perjalanan.

Dengan masa lebih kurang 3 hari saja kami kat sini aku rasa puas hati kot sebab semua tempat aku nak pi tercapai. Cuma bila aku bukak balik Forum CARI sekarang ni banyak Malaysians yang duduk kat sana bagitau Currumbin Wildlife Center dah macam tak terurus. Binatang pun tak banyak. Depa suggest better pi Paradise Country. Cisss kenapa aku tak nampak maklumat ni dulu.

Benda yang paling aku risau sekali ialah nak lepas pemeriksaan kastam di sana. Tapi semuanya under control dan kalau bawak baby memang senang sangat. Macam aku depa langsung tak bukak cek beg makanan. Depa tanya ja bawak apa.

Orang-orang kat sana memang helpful dan mesra. Banyak jugak terjadi masa aku naik bas masa nak angkat stroller ada Australians yang siap tolong angkat stroller pastu bagi tempat duduk untuk mak encik dan ruang nak parking stroller. Driver taxi pun sangat banyak membantu. Banyak yang tanya kenapa aku tak sewa kereta aja. Bagi aku aku taknak buang masa cari jalan dan parking dan memikirkan hal keselamatan kereta sewa nanti,walaupun banyak forumers kata parking mudah, jalan pulak senang gila. Lagipun aku cuma ada masa 3 hari saja. Takut-takut kalau drive nanti aku tersinggah tempat-tempat yang takdak dalam itinerary.Yalah kan duk drive tiba-tiba ternampak kedai itulah,kedai inilah, tempat itu lah, tempat inilah. Kalau aku ada masa lebih kurang seminggu kat sini memang aku sewa kereta lah.

Makan pulak memang mudah. Banyak sangat kedai India, Arab dan 2 kedai Malaysia kat area Surfers Paradise ni. Hotel Islander pulak menjadi tumpuan sebab terletak betul-betul dalam town. Jarak ke pantai pulak lebih kurang 300 meter. Kalau mai dengan family ke ada anak kecik ke better duk apartment kot pada pendapat aku.

Ni semua pengalaman aku lah. Setiap orang berbeza-beza kan pengalaman dia. Apa yang penting ada bajet dan masa yang panjang kat sini semuanya beres!


No comments: