Wednesday, September 19, 2012

Ada Apa Dengan Legoland Malaysia

Legoland Malaysia merupakan satu lagi tarikan terbaru negara kita atau lebih tepat lagi tarikan di Negeri Johor. Di dalam dunia hanya terdapat 7 Legoland semuanya. Selain di Malaysia ia juga terdapat di Denmark, US, Germany dan UK. Dengar cerita ia juga bakal dibuka tidak lama lagi di Dubai, Korea Selatan dan juga Jepun. Ya kawan aku Cik Burn dan Che Qis baru sahaja balik melancong dari negara Jepun.

Mengambil kesempatan cuti 3 hari sempena Hari Malaysia baru-baru ini kami pi ke sanalah. Ia terletak di Nusajaya. Kami dapat tiket berharga RM96 seorang semasa promosi di Matta Fair baru-baru ini. Kanak-kanak 2 tahun ke bawah FOC. Harga sebenar 1 day pass ialah RM140.











Jarak dari parking kereta ke entrance lebih kurang 250 meter. Kawasannya terbuka pokok rendah baru ditanam. Panas dan berbahang. Jenis takdak angin jadi dia macam berkuap. Ketiak masam. Leher bau tungkik.





Punya la payoh nak ambik gambaq depan entrance ni. Ramai sangat orang.






Jom masuk. Setting pintu masuk dia sama macam macam kebanyakan Theme Park yang lain.




Meriah sungguh.



Ok destinasi pertama kedai cenderamata.














Sempat masuk tengok persembahan selama 15 minit ni. Menghiburkan dengan temanya Danger Detective.








Overpriced F & B.




Kotak coklat tu macam pengering baju bagi pengunjung yang baru lepas naik sampan yang terjun dalam air tu.







Aku rasa ini merupakan Baby Room yang paling best. Sekalipun orang ramai tapi masih mampu cater jumlah pengunjung. Penghawa dingin pun kuat dan memang dingin sangat.



















Umar suka sangat dengan keretapi. Kami lepaskan dia naik dengan kakak. Pertama kali lepaskan dia seorang diri macam tu. Takut jugak dia berdiri terjun ka. Alhamdulillah he behaved so well.













Replika beberapa bandar di Asia yang sungguh detail sekali.






Tak dapat pi Taj Mahal ambik gambaq depan replika Taj Mahal pun jadila.





 Nak bergambar depan replika KLCC ni pun punya la susah sebab ramai sangat orang nak bergambar.







Kebanggaan kita.





Masa nak berjalan keluar tu nampak satu lagi permainan yang menarik. Tapi nak beratur punyala panjang. Tengok sajalah.






Dekat kawasan nak keluar tu jugak ada persembahan live band.





Sempat jugak ambik gambar dengan maskot Legoland.





Sebelum balik masuk sekali lagi ke kedai cenderamata. Kebanyakan harga adalah sangat mahal. Standard theme park lah kot. Beli jugak satu fridge magnet harga RM19.90. Ralat jugak sebab FM tu ada sejenis saja dan takda tulis Legoland Malaysia. Dia tulis LEGO saja.

Ingat nak luangkan masa dalam 2 jam macam tu tapi dah lajak sampai 5 jam jugak. Umar seronok sangat duk main kat playground yang ada macam-macam kenderaan dan binatang. Yang bestnya tu kenderaan dia siap ada bunyi contohnya macam bunyi enjin moto.


Konsep Legoland ni aku rasa macam untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah la kot. Sebab permainan dia pun tak ekstrem sangat. Lepas tu banyak jenis educational punya learning experience. Contohnya ada satu ruang untuk kanak-kanak buat kenderaan daripada lego dan test sejauh mana kenderaan tu boleh bergerak. Memupuk semangat cintakan fizik.

Untuk budak-budak umur 2 tahun hingga 6 tahun pun memang sesuai. Banyak sungguh playground yang menarik. Sangat sesuai untuk ibu bapa luangkan masa dengan anak-anak.


Harga makanan pun mahal. Tapi boleh bawa masuk makanan luar cuma pandai-pandai la letak dalam beg. Kawasan ni baru lagi jadi pokok-pokok pun takdak yang tinggi. Kalau nak lepaskan penat memang banyak kafe, restoran dan pondok disediakan. Surau ada 2 dan memang luas dan selesa.


Nanti kalau hangpa nak mai bawakla payung ka, topi ka atau sunglasses ka sebab memang agak berkuap dan bahang. Jadi apa tunggu lagi. Rancanglah percutian anda.

6 comments:

Tuesday Night Workout said...

sYOK nAMPAK ..... bOLEH MASUK lIST PERCUTIAN TAPI jOHOR jOH LA PULAK

sepul said...

Eleh sekali sekala lajak mai la

Amy said...

Macam best. Memang teringin nak pi. Adakah kami yg pasangan takdak anak ni akan rasa bosan kalau pi berdua? Pastu kami tengok Maybank ada buat peraduan nak bagi ticket free, kena blog about it. Jadi teringin nak cuba peraduan tu. I miss Umar. Bye.

sepul said...

Depends jugak la. Sebab permainan dia mostly family oriented dan educational. Boleh la kot cuma mungkin permainan dia tailored untuk kanak- kanak. Just enjoy saja.

@xiM said...

Cewwaahhh ayat last tu apa tunggu lagi rancang lah percutian anda gituhhhhh..

Insya Allah akan sampai bila aku ada anak nanti..ameen.

che'Burn@che'Qis said...

trima kasih kerana nama kami disebut dalam blog yg femes ini..hehehe