Friday, November 09, 2012

Stadium Utama Kangar...Suatu Ketika Dulu

Sekitar tahun 2003 hingga 2005..... sungguh meriah, sungguh bergegar, sungguh sesak dan sesungguhnya pada masa itu pasukan bola sepak kesayangan aku Perlis Singa Utara berada di kemuncak kegemilangan. Stadium Utama Negeri, Kangar mula digunakan sejak tahun 1995 dan boleh menempatkan sehingga 20,000 penonton dalam satu-satu masa.


Antara memori indah di sini sewaktu aku berada di Tingkatan 4. Masa tu Perlis jadi salah satu lokasi Pusingan Pertama Piala Dunia Remaja 1997. Sekolah kami dijemput sebagai wakil khas dan menjadi penyokong pasukan Kanada.




Sekarang ni bila lalu ja sedih la.





Ruang untuk beli tiket bola. Dulu sanggup balik dari KL hujung minggu semata-mata nak tengok Singa Utara beraksi. Yeah ! Suasana havoc dengan bunyi hon, wisel dan vuvuzela.



Kini, pasukan bola sepak Singa Utara sedang melalui zaman kegelapan dan zaman kejatuhan. Tiada lagi kegemilangan seperti dulu.

2 comments:

Jufardi Risman said...

Hanya tinggai kenangan.bila la nak jadi suasana lagu tu lagi...

Jufardi Risman said...

Hanya tinggai kenangan.bila la nak jadi suasana lagu tu lagi...