Wednesday, May 06, 2009

Apakah ini?

Sekarang adalah musim ia mengeluarkan hasil dengan jayanya..


Sambil tangan menunjukkan tanda bagus sampai nak terkeluaq urat2 tangan.. perasaan ini amat indah dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana makanan pada waktu ini :z Kepada yang tak tau apakah gambar diatas, inilah yang dinamakan pulut mempelam atau dalam bahasa bakunya pulut dan buah mangge harum manis. Makanan sejati orang Perlis. Oh yeah... ;)
Breakfast makan ni, petang makan ni, malam pun makan ni... Pulut di panggang @ di bakar di atas bara sambil dilitupi oleh daun pisang. Kami namakan ia pulut panggang @ pulut sibaq. Bila kena dengan buah mangga harum manis.... pehhh...
Teringin nak rasa? Mai la rumah gua. Satu lagi nota penting... buah-buah harum manis itu adalah hasil dari pokok yang ditanam di sekeliling umah gua. :)

16 comments:

aRa said...

Mintakkkkk...tak penah lagi mkn pulut mangga ni...adeh...teringin mkn mangga...Jaat ar... :p

Alam Setia said...

sedap tu...pulut mangga

sepul said...

ara..
gila sedap beb

Alam..
sedap bro.. nnt ikut aku balik kampung makan pueh2

zariel said...

woit. kerap pulak hang balik kampung no. ada apa2 ka ni? hehe...

ele... kat sini pun ada la harrum maneh melecaih... hahakhah

Leeds Al-Malique said...

mak aihhh! pulut pelam! musim ni takdan rasa lagi ni!

dia paling layan bila dimakan di perlis, tempat asal buah pelam tu haha

@xiM said...

tadi aku duk makan pelam mangga kat kedai dekat jeti Kuala PERlis..HARAM jadah pulut keras nak mampuih..tak reti buat kot..last last aku makan mangga semata mata..huhu

sepul said...

zariel..
mesti la ada apa2. hehehe ada mempelamla..gila tak balik.

sepul said...

leeds..
baik cik leeds balik lekaih. kiri kanan jalan penuh org juai mempelam.

sepul said...

@xim..
hang kena tgk kedai sama. kot2 depa buh pulut lama kat hang tu yg jadi keras kiang tuh. ala hang suruh la anis bawak pi makan kat ladang di kat jalan nak pi sg. batu pahat tuh.

Myza Pesona said...

Sedap tu pulut mangga! Baru ni makan pulu durian dgn pulut mangga kat Langkawi.Jarang nak jumpa makanan mcm tu kat KL ni!

sepul said...

myzA..
memang susah pun nak jumpa kt kl.

Lily.Lulu said...

sib baik la tak kempunan
tadi kat rumah dah makan
sedapppppppp !!

makan buah mangga aje la
:P

sepul said...

puanmoly..
errr ade lagi tak? nak singgah umah pi makan sket leh tak

spatt said...

err..
pulut manis sedap eh?
aku suka pulut panggang...nyum2..

sepul said...

spatt..
sama ja lebih kurang..mai la ghumah aku hehehhe ajak2 ayam ja

FareeZan said...

mak aih..hang gila ka mkn tuh jeh pagi ptg mlm?sdpker? aku dh teringin nie.dosela ko kalu aku tingin xkasik huh