Saturday, June 06, 2009

The Trip part 2

Next day...selepas malam yang sangat 'wow" (gambar tidak dapat disertakan) aktiviti dalam pakej start. Lepas supir datang ambik kat hotel, we headed to Nusa Dua Beach Hotel & Spa untuk pick-up couple yang akan turut serta dalam satu aktiviti pada hari ni. Satu je bukan the whole day. Okay la.. lagipun depa dari Malaysia gak. Entrance hotel ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa gah dan mahalnya tempat ni. Sementara tunggu couple yang lembab nak mampus tu turun, :@ kami snap dulu barang sekeping dua. Sekeping dua aja? Hahahaha aku rasa dekat 50-60 keping gak la. ;)


Ukiran yang sangat kompleks.

Me, cousin & kak ngah

Lobi hotel sangat yang sangat indah. Mungkin ni kot yang orang selalu cakap konsep Bali tu.


Then, kami ke tempat massage & spa. Gila tak pernah seumur hidup aku orang men'spa'kan aku. Takat masaj tu ada la sikit-sikit. Mula-mula sampai orang kat situ brief sikit la apa yang depa akan buat. Then kita kena pilih la aroma apa yang nak untuk minyak urut tu. Kami semua pilih fruity sebab macam best ja. Lepas tu masuk bilik couple, of course la aku dengan azuan kan. Hmmm bermula la 2 jam yang sangat geli dan menyakitkan. Aku tak tahan dengar azuan ayik gelak ja sepanjang orang tu masaj dia. Aku pun jenuh tahan. Hmm.. lepas tu salut dengan minyak apa ntah, pastu letak yogurt pulak kat badan. Alahai... tak tahan betul. Rasa geli dan rimas badanku ini. :(

Haa kat atas ni lepas masaj singgah kat tempat souvenir. Apa nama ntah aku tak ingat. Tapi dia area jalan nusa dua gak la. Tapi kat sini mahal sikit barang dia. Mahal-mahal pun melayang jugak 2-3 keping rupiah ku ini. Kalau org pempuan pi tempat ni hmmm taktau la. One more thing kat Bali ni banyak sangat ukiran-ukiran benda hidup (orang + binatang). Satu lagi kat Bali anda akan notice ada satu bahagian kemaluan lelaki yang depa buat key-chain. Mostly semua kedai yang jual souvenir ada la benda tu.

Lepas tu singgah makan kat Madania seafood nih. OK la tak la sedap mana. :( Tapi kami tak makan seafood pun. Ayam jugak. Then couple yang follow kami tadi blah naik taxi. Enjoy sikit la nak bergelak ketawa dalam van Pak Wayan tu. (Our Supir)

Ha.. kat sini lah tempat yang aku sangat-sangat suggest kalau nak beli souvenir. Sangat murah dan sangat melampau-lampau banyak barang-barang kat sini. Gambaq lupa nak snap sebab terlalu teruja menyopping. Nama tempat ni Pasar Krisna, on the way nak ke Tanah Lot. Sini tempat untuk local tourist la. Memang betul aku rasa sebab sepanjang 3 jam (3 jam??) kat sini tak nampak pun kelibat oreng putiss. Ada la beberapa puluh beg plastiks sarat dengan muatan yang terlebih kami beli kat sini. :*

Oh pemandangan biasa di sini.

Petang tu sampai la kat Tanah Lot. Tengok la muka Pak Wayan a.k.a the tour guide, kat dalam kotak ijau tu, sangat Dato' K kan? Hahahah. Dia ni agama Hindu. Almost 90% orang kat sini agama Hindu, nampak ja kulit putih. Tapi tak sama dengan agama hindu kat Malaysia ni. Kat sini orang mai pun untuk tengok sunset. Petang tu tak berapa nak jadi sebab agak cloudy. Jalan nak turun ke Tanah Lot ni ada pasar. Huh... melayang jugak beberapa keping rupiah ku ini.

Orang-orang kat sini...


The Holy Temple... Tourist tak dibenarkan naik ke atas. Hanya orang Hindu sahaja naik untuk sembahyang.



Cantik jugak awek-awek kat sini. Sporting lak tuh. huh...

Oh my kak ngah. Padan muka nak ambik sangat gambar kat tepi laut. Last-last ombak tu jatuh kat atas baju dia. Hahahaha... :D

Azuan yang sengal. Nasib baik orang tu tak sedar. :p



AKU SANGAT KAGUM. :p

Dah jom balik. Sempat lagi singgah beberapa gerai on the way nak balik ke van. Hmmm kali ni duit ku dapat diselamatkan. Aktiviti malam ada lagi. Nantila aku update. :)

4 comments:

FareeZan said...

ader beli ke x keychain tuh?haha.

Lily.Lulu said...

sila sebutkan berapa harga anda spa itu ??

wah . x sabar ..
pakai beg i love bali
comeyyyy !!

nak pergi jugakkkkkkkkkkk !!!
:D

sila lagi lagi dan lagi entry !

sepul said...

fareezan..
hahaha dah tentu la ada? nak?

sepul said...

puanmoly..
spa termasuk dlm pakej RM418 (hotel 4 hari 3 mlm + b'fast + dinner 1 nite, supir utk 2 hari)
ya sila teruskan ketidaksabaran anda ye