Friday, June 26, 2009

The Trip part 3

Hari ke 3 dikontiniu lagi. Lepas b'fast kat hotel, first pit stop kat tempat persembahan Barongan. Biasa-biasa aja bagi kami tak best pun. Tapi dah memang dalam pakej terpaksalah singgah.

Sampai-sampai aja mak aii memang sangat ramai manusia di sini.


Dalam petak kuning tu ada la sorang tourist tertidoq. Sama ada dia boring ataupun mengantuk sangat. :) Tarian ni menceritakan pasal sejarah di kepulauan Bali ni. Tapi bila diamati betul-betul muka dan watak dalam persembahan ni sebenarnya agak menggerunkan jugak.

Masa nak jalan naik ke van ternampak vespa ni. Agak cool jugak. Lebey kurang 30 minit kat sini kami ke satu tempat tourist jugak, apa nama ntah aku dah lupa. Tapi kat sini memang banyak dengan hasil-hasil batik dan sutera. Ada gak jual barang-barang perhiasan. Tapi agak mahal la.

Lepas singgah ke tempat batik dan sutera kami singgah pulak kat tempat orang buat tembaga, kerongsang dan hasil-hasil metal nih. Huh memang agak boring la. Kalau pompuan mesti suka.

Lebey kurang 30 minit perjalanan dari tempat buat tembaga tadi, kami singgah kat Pasar Ubud. Kat sini barang-barang memang murah. Siap leh tawar lagi. ;) Banyak la jugak hasil-hasil yang kami perolehi dari sini. Yang perhiasan macam tempat letak candle macam kat gambar atas tadi tuh jauh lebih murah kalau beli kat sini. Tapi kat sini agak kotor sikit. Bayangkan tengah syok pilih souvenir, tiba-tiba oink-oink selambe je lalu tepi kaki aku. Fuh nasib baik dia tak lepak baring kat kaki aku. :P Nanti sapa-sapa yang pi Bali mintak supir engkorang singgah sini.


Gambar kat atas ni on the way nak ke gunung Kintamani. My cousin ternampak kedai jual macam mini signboard. Lawa gak. Dia rembat coca-cola punya sign untuk abah tersayang dia. Huhuhuh aku cari M.U takde pown. Chelsea jugak yang ada.


Betul-betul kat depan kedai jugal signage tadi terbentanglah satu pemandangan yang sangat indah. Padi huma. Lawa la dengan sejuknya lagi. :D Okeh lebih kurang 45 minit journey dari tempat ni kami sampai la ke Gunung Kintamani. Still active lagi nih. Kat sini sangat sejuk la jugak lebih kurang macam kat Genting.


Once dah sampai kat sini bersedia la dengan pujukan dan tangis rayu penduduk tempatan yang berhasrat menjual cenderamata kat hangpa. Buat derkkk je ye. Jangan layan. Ala sapa-sapa yang dah pernah ke Tangkuban Perahu tau la. kan? ;)

Termasuk dalam pakej ialah lunch kat Gunung Kintamani. Lebih kurang macam coffeehouse, makanannya dia tulis halal. Tapi dek kerana was-was kami amik ikan & sayur jek. Berjiran dengan meja kitorang segerombolan desperate housewife dari perth. Sembang-punya sembang last2 jadi teman lunch hari tu. Kalau teman tidor macam mana? Hahahahah ngok betul. :p


Gambar-gambar kat atas ni masa on the way turun dari gunung tadi tu singgah kat tempat orang buat KOPI. pehhh marveles. Time kami sampai sini ujan lak. Nak masuk ke tempat ni macam rasa masuk dusun la sebab kena menapak sikit. Kat sini jugak la tempat orang buat kopi luwak. Nak tau google la sendiri ye. Hmmm kopi sangat sedap ditambah diorang guna kulit kayu masin buat stirrer. Banyak la jugak hasil membeli belah kat sini.

Ni bukan kain basah mandi ye. Kami singgah kat Goa Gajah, depa punya holy temple. Sapa-sapa yang pakai suar paras lutut wajib pakai kain ni. Nak ikutkan aku sorang je kena pakai tapi yang bertiga ni nak jugak rasa pakai. Haaa pakai la



Macam ni la lebih kurang kawasan Goa Gajah ni. Sangat sunyi even ramai tourist kat sini. Hari nak petang dah so kami headed back to town.
Tapi on the way nak masuk Nusa Dua ternampak lak PH ni. Dia ni terletak kat dalam satu mall nama apa ntah. Tapi mall ni agak boring sikit la.



Ha part ni yang paling best. Sunset dinner kat Jimbaran. Pehhhh aku sangat suka moment nih. Terasa keromantikannya. Sedangkan datang berempat pun rasa macam ni kalau berdua lagi la kan. ;)
Without rufther due, ini lah yang kami order. Of course seafood. Sambil makan-makan tu leh nampak flight yang kuar masuk airport Ngurah Rai daru kejauhan. Memang best la lepak kat sini. Tambah pulak makanan sangat sodap lebih-lebih lagi udang butter. :D



Sebelum dan selepas..

Tengokla gaya azuan yang sedang enak mencongkil gigi selepas kekenyangan menghantam aneka lauk pauk terhidang. Bagi aku moment dinner kat jimbaran ni adalah yang paling best time aku kat Bali nih.
Lepas kenyang makan balik hotel takkan terus tidur je?? Ada la beb. Nanti la aku hapload yeh. ;)

8 comments:

Myza Pesona said...

Enjoy baca kisah trip Bali tu! Tapi yang tak bestnya, ada pulak temple dan oink-oink tu! Lawatan ke temple tu dah termasuk sekali dlm package ye?

sepul said...

Myza..
a'a termasuk. tapi lawat temple tu macam ok ja. tapi bab oink-oink tu memang tak leh nak buat apa la.

FareeZan said...

jhah ader lagik ker?ha cpt sket apdet

sepul said...

fareezan..
ade ade

Lily.Lulu said...

ye ... saya harus pergi ke situ
macam2 ado !!
tak sabo nih

sepul said...

lililulu..
ya sila sila.. pegi awal sikit la nengok sunset

@xiM said...

dalam banyak banyak gambar ni tetap lah mata aku nak tengok makanan jer..haha..

best la jinbaran tuh!!wajib singgah ni!

sepul said...

@axim..
ceh hang ni mana2 pun makannn aje. a'ah jimbaran tu memang wajibul ghunnah