Sunday, January 17, 2010

Aku Nikah Akan Dikau......

Alhamdulillah. Semuanya telah selamat. Hampir 2 minggu lebih sekarang ni. Walaupun agak lambat, aku tetap nak posting jugak. Mungkin ramai dah tengok gambaq-gambaq kawen aku kat FB. Tapi yang aku haplod nih yang tak dak kat dalam FB.

Jadi nak dipendekkan cerita, family aku datang sehari awal iaitu 26 Dis 2009 dan dari Kangar kami terus ke Bukit Merah Laketown Resort. 1st time aku sampai ke Bukit Merah tuh. Esok paginya dalam kul 10 terus c-out dan ke Masjid Alor Pongsu kat Bagan Serai untuk majlis Akad Nikah. Gila beb.... nerves. Waktu tok kadi tu pegang tangan aku memang aku pun tak rasa tangan aku sendiri. Akhirnya dengan 2 kali lafaz.... hahahahah 2 kali?? Ya 2 kali aku telah menjadi suami kepada mak encik aku.



Lepas ja akad nikah lebih kurang sejam kemudian terus ke Bagan Serai tempat butik pengantin tuh untuk sesi mekap dan tukaq baju pengantin lah. Tengok tuh kat atas rambut aku kalo boleh akak tuh nak letak sampai putih semua. Eh akak pulak.,.,. avang la....

Pak.. pak... pum pum dum dum dum dum pak pak pak pak pak pak dum dum dum... Yahooo the arrival of the bride. Abang dan kakak Nita menjadi pengapit kami.



Direnjis-renjis dipilis..... di tepungi la tawar.. Sedih dan terharu pun ada jugak tatkala mendengar pesanan ahli keluarga mertua aku semasa menepung tawar. "Jaga Nita baik-baik..." "Kawin ni sekali aja tau"... " Be a good husband.." " Ayah lepaskan dia untuk hang jaga Sepol"... Fuh terasa tanggungjawab yang begitu besar sekali untuk dipikul. Tapi aku tak la nangis. Ntah ayaq mata ni memang tak mau keluaq pulak.



Demikian saja sekilas majlis kenduri kawen aku pada 27 Dis 2009 yang lalu di Alor Pongsu Bagan Serai, Perak. Terlalu banyak gambaq yang ada dan aku pilih yang terbaik untuk disiarkan di sini sebagai simbolik moment aku bergelar suami.

Kepada semua.... TERIMA KASIH.

11 comments:

Leez said...

selamat berbahagia hingga ke akhir hayat untuk enciksepul n nita..ameen

MaksuHakim said...

Amiiin....Semoga berbahagia dan selalu berkomunikasi dgn baik...Nak pinjam tak buku rahsia perhubungan..lalalala..maksu ada..ops~

che'Burn@che'Qis said...

sangat jeles tengok pelamin korang!!heheh..selamat menempuh alam rumah tangga ye!!

CAHAYA said...

kaler kelabu cantik la.

sepul said...

kak leezz...
Thanks kak leez.

sepul said...

Maksu Hakim..
Rahsia Perhubungan? Wahhh nanti turun KL bawak ye

sepul said...

Burn n' Qis..
Thanks Burn & Qis

sepul said...

Cahaya...
actually silver. Konsep Mawi & Ekin katanya....

yummien straggy said...

tahniah cik sepul..
ade tak org ckp muke kak nita ittew seperti sarimah ibrahim?
serius serupe..

FareeZan said...

wey cntek pelamin.pengantin pon same cntek..hehe.

selamat buat anak.bai.

blah hang plak ble nk cite nie?

sepul said...

jeejan..
alamak...nantilah aku citer ye